"Tok Abah! Kiara dah balik!" Dengan wajah ceria, Kiara melangkah masuk ke rumah agam milik tok abahnya. Pembantu rumah, Mak Piah, segera datang menyambut, mengambil beg tangannya dan menyerahkan sepasang selipar kepadanya.
"Terima kasih Mak Piah," ujar Kiara sambil tersenyum manis.
"Sama-sama," balas wanita separuh abad itu dengan senyuman.
Kiara terus melangkah menuju tangga untuk ke tingkat atas. Seperti biasa, dia ingin menemui tok abahnya. Itu sudah menjadi rutinnya setiap kali pulang.
"Tok abah kau ada dekat atas," tegur suara seseorang dari belakang, membuatkan Kiara berpaling.
"Eh, maktok," sapanya dengan senyuman tipis. Kiara segera menghulurkan tangan untuk bersalam. Puan Marina, wanita yang dipanggil maktok itu tadi menyambut salamnya, namun sebelum Kiara sempat mencium tangan itu, dia menariknya kembali.
"Maktok nak pergi mana?" soal Kiara, melihat gaya maktoknya yang kelihatan seperti ingin keluar.
"Aku nak keluar dengan Nia," jawab Puan Marina ringkas. Tak ada niat mahu berborak panjang dengan cucunya itu. Buang masa.
"Kie nak ikut boleh? Please," pinta Kiara, berharap kali ini maktok akan berlembut hati.
Namun, jawapan yang diterima tetap sama seperti selalu. "Tak payah. Kalau kau nak keluar dengan Nia, tunggu masa aku tak ada."
Kiara hanya terdiam, tidak membalas.
Melihat maktok yang sudah bersiap untuk pergi, dia sempat bersuara lagi. "Bye, maktok. Jaga diri. Kalau apa-apa, call Kie okey?"
Puan Marina memandangnya dengan sebelah mata. "Aku pandai jaga diri," balasnya dingin sebelum melangkah keluar rumah.
Kiara hanya mampu menghantar pemergian maktoknya dengan pandangan sayu. Satu keluhan kecil dilepaskan. Dia sudah terbiasa.
Pintu bilik Tuan Adam Kamil dikuak perlahan. "Assalamualaikum, Kie dah balik!" Kiara memberi salam sambil tersenyum lebar.
"Cucu kesayangan tok abah dah sampai! Meh sini," ujar Tuan Adam yang sedang duduk di atas katil sambil menepuk ruang kosong di sebelahnya.
Tanpa berlengah, Kiara menghampirinya dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Tangan itu, baginya, adalah tangan yang membesarkan dia sejak berusia enam tahun, melindunginya daripada sebarang bahaya, dan menghapuskan air matanya saat dia bersedih.
"Kenapa tak ikut maktok keluar? Rasanya baru tadi dia keluar, kan?" soal Tuan Adam sambil memandang cucunya penuh kasih.
Kiara hanya tersenyum tipis sambil menggeleng. "Tak apa lah, Kie teman tok abah. Lagipun, tadi Kie dah keluar dengan kawan."
Tuan Adam mengeluh kecil. Dia tahu alasan Kiara hanyalah untuk menyembunyikan apa yang sebenarnya berlaku. "Tok abah minta maaf," ujarnya sambil mengusap lembut bahu Kiara.
"Bukan salah tok abah. Memang dari dulu maktok macam tu dengan Kie, nak buat macam mana kan?" balas Kiara sambil menggelengkan kepala, bibir dipaksa senyum.
Tanpa menunggu balasan, dia menukar topik. "Oh ya, kenapa awal sangat balik hari ni? Selalunya pukul lima baru balik. Ini baru pukul tiga dah sampai rumah. Dekat pejabat tak ada kerja ke?"
"Ada, tapi tok abah bagi papa uruskan. Tok abah rasa tak sedap badan," jawab Tuan Adam jujur.
"Kenapa? Sakit?" Wajah Kiara berubah risau, bimbang akan kesihatan tok abahnya.
Tuan Adam tertawa kecil. "Tak lah. Penat sikit, tok abah dah tua."
"Tok abah ni," rungut Kiara sambil mencebik. "Tok abah kenalah pentingkan kesihatan. Jangan selalu kerja. Kalau apa-apa jadi, siapa nak teman Kie? Tok abah je yang Kie ada."
YOU ARE READING
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romance[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] start : 19 August 2021 end : 10 October 2021 Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau...