02

81.2K 3.9K 171
                                    

BUNYI derapan tapak kaki kedengaran, memecah kesunyian gazebo petang itu. Tuan Adam yang sedang duduk sendirian di gazebo rumahnya memalingkan wajah ke arah langkah tersebut. Kedatangan Adrian disambut dengan senyuman mesra. "Rian, my best boy is here."

Adrian mengambil tempat duduk di sebelah Tuan Adam. "Uncle." Tangan dihulurkan untuk bersalam.

"Umi kamu macam mana? Sihat?" soal Tuan Adam penuh perhatian.

Adrian mengangguk perlahan. "Tadi sebelum Adrian datang sini, Adrian ada jumpa umi. Dia okey je."

Tuan Adam tersenyum nipis, lega mendengar khabar itu. "Baguslah kalau macam tu."

Tanpa berlengah, fail berwarna hitam yang sudah tersedia di atas meja kopi diambil oleh Tuan Adam dan diberikan kepada Adrian. "Ini semua maklumat tentang bisnes uncle dekat Dubai."

Adrian menerima fail itu dan segera membukanya. Beberapa helaian pertama diselak dengan teliti. "Rasa-rasanya uncle tahu siapa punya kerja?" tanya Adrian sambil matanya tetap tertumpu pada dokumen-dokumen tersebut.

Tuan Adam menggeleng kecil. "I have no idea, Rian. Terlalu banyak musuh sampai tak tahu siapa yang buat."

Adrian menutup fail itu perlahan, mengangguk faham. "Tak apa, Rian akan cari sampai dapat."

Tuan Adam tersenyum lega. Dia tahu Adrian boleh diharapkan. "Max macam mana? Okey?"

Adrian mengangguk kecil lalu bersandar pada kerusi. "Okey. Thanks to you."

Dua tahun selepas kematian Encik Haikal, ayah Adrian, yang dahulu merupakan orang kanan Tuan Adam dalam menguruskan White's, semua tanggungjawab kini dipikul Adrian. Dari menguruskan syarikat hinggalah menjadi kepercayaan utama Tuan Adam.

"Rian dah banyak tolong uncle."

"Tak, family uncle yang dah banyak tolong Rian. Tolong Rian waktu Rian sendiri tak tahu nak handle company. Tolong umi, tolong Mel. Kami yang berhutang dengan uncle," balas Adrian.

"Kalau ada apa-apa, uncle bagitahu je Adrian. Apa-apa yang boleh balas semua jasa baik uncle terhadap kami," sambungnya lagi, matanya menatap Tuan Adam dengan bersungguh. Dia sehingga tidak tahu cara mahu membalasnya.

Tuan Adam tersenyum dan memandang Adrian. "Hmm, nantilah uncle fikir," balasnya sebelum mencicip kopi yang dibancuh Mak Piah tadi.

"Kalau dah tahu, bagitahu Rian," ujar Adrian lagi, memastikan Tuan Adam tahu dia serius.

Beberapa saat berlalu dalam diam sebelum Tuan Adam akhirnya bersuara, nada suaranya lebih tenang. "Aku rasa aku dah tahu."

Adrian memandangnya penuh minat. "Apa dia?"



DI sebuah pusat beli-belah, Kiara sedang melihat sepasang kasut. "Kasut ni cantik tak, Nia? Ingat nak bagi papa yang ini lah," katanya sambil mengangkat kasut tersebut untuk ditunjukkan kepada Nia.

Nia mengangguk laju. "Cantik, cantik! Aku rasa papa mesti suka. Pandai kau pilih."

"Okay, jap aku cari saiz kasut papa," ujar Kiara, lalu mula mencari saiz yang sesuai.

Namun, kesibukan mereka terganggu apabila Farrel tiba-tiba muncul dengan wajah cemas. "Korang, jom balik. Cepat!"

Nia mengerutkan dahi, hairan dengan Farrel yang tiba-tiba menyuruh untuk pulang. Tadi kata nak pergi ke tandas sekejap. Dah kenapa kena balik? "Ha? Kejaplah, Rel. Baru sampai."

Farrel menggeleng tegas. Wajahnya jelas menunjukkan sesuatu yang serius. "Jom. Papa call suruh balik rumah tok abah."

"Kenapa? Kita dinner sama-sama ke?" soal Kiara, masih tidak mengerti.

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Where stories live. Discover now