03

62.6K 3.7K 734
                                    

"LAMBAT. Lapor diri sekarang." Zander bersandar di dinding dengan tangan bersilang, matanya memerhati Adrian yang baru melangkah masuk ke bangunan Max Corp, syarikat yang dimiliki Adrian sendiri.

"Sorry," balas Adrian ringkas, suaranya berat. Dia melangkah ke meja dan terus duduk tanpa banyak bicara.

Zander mengangkat kening, tidak puas hati. "Aku suruh kau explain, mana explanationnya? Tak dapat full marks kalau macam ni," sindir Zander.

Adrian mengangkat wajah, memandang Zander dengan renungan tajam yang mampu membuat orang lain kecut. Tapi Zander? Dia bukan sembarangan.

"What?" Zander mendepakan tangan, senyum sinis terukir di wajahnya. "Kau ingat aku takut dengan pandangan tu?"

Mereka berpandangan sejenak, suasana menjadi tegang sebelum Adrian kembali mengalihkan perhatiannya ke dokumen di atas meja. Zander, satu-satunya manusia yang berani mencabar Adrian secara terbuka.

"Okey, aku rasa kejap lagi mesti Rian..." Zayyan, yang berdiri tidak jauh, cuba membisik kepada Harraz, tetapi Adrian terlebih dahulu memotong.

"Kalau kau nak memekak, kau boleh keluar sekarang," kata Adrian dingin tanpa mengalihkan pandangan dari Zander.

Zander hanya menjeling. "Dah lah, cepat sikit. Mana failnya?"

Adrian menyuakan sebuah fail berwarna putih ke arah Zander tanpa berkata apa-apa.

Zander menyelak helaian di dalam fail itu satu per satu, kemudian bersandar ke kerusi. "Ni je? Tutup mata pun aku boleh buat."

"Bila kita boleh mula?" soal Rafael yang duduk bertentangan dengan Zayyan.

Semua mata kemudian tertumpu pada seorang lelaki yang dari tadi khusyuk dengan laptopnya, Hayyaz.

"Okay cun! Siap!" Hayyaz akhirnya bersuara, menutup laptopnya dan memandang mereka. "Aku dah tahu siapa yang kacau bisnes Uncle Adam dekat sana."

Adrian mengubah posisi duduknya, kelihatan lebih fokus. "Siapa?"

"Lazo and the gang."




"SAMPAI bila awak nak layan Kiara macam tu?" suara Tuan Adam memecah kesunyian antara mereka. Dia tidak suka isterinya melayan Kiara sehingga begitu. Bukannya dia tidak tahu tentang apa yang jadi tengah hari tadi.

Puan Marina menoleh, memandang suaminya dengan dahi berkerut. Apa dia tanya? Sampai bila. Rasanya tanpa perlu dia menjawab, lelaki itu sudah tahu jawapannya. "Sampai saya mati."

Tuan Adam menghampiri, matanya tajam menatap isterinya. "Dia tak pernah salah. Humairah pun sama. Awak tak patut hukum Kiara atas apa yang terjadi."

Puan Marina tersenyum sinis, semudah itu Tuan Adam berkata. "Awak dah lupa apa yang dia buat? Dia yang buat anak sulung kita lawan cakap saya. Dan paling teruk, dia punca anak kita mati. Kalau awak lupa, cucu kesayangan awak tu punca kematian Aariz!" Puan Marina semakin emosi, suaranya bergetar.

"Marina, apa yang berlaku bukan salah Humairah. Dan bukan juga salah Kiara."

Puan Marina ketawa kecil, sinis. "Suka hati awaklah nak bela siapa. Tapi satu hari nanti, jangan terkejut kalau Kiara tak sanggup tengok muka awak pun."

"Maksud awak?" Tuan Adam memandangnya, matanya tajam.

Puan Marina tersenyum, penuh makna. "Kalau dia tahu siapa awak sebenarnya, awak rasa dia masih nak tinggal di sini? Kalau dia tahu kita semua sembunyikan rahsia besar dari dia, awak rasa dia akan terus panggil awak Tok Abah?"

Adrian Kiara: Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now