Waktu pulang....
Boboiboy:Fuhh.. Letihnya harini!!!
Boboiboy berjalan sambil meregangkan otot badannya. Fang melihat sesuatu di jam kuasanya.
Fang:Hmm... Harini komander bagi cuti dekat kita semua. Jadi, kita boleh lepaklah... Kan?
Gopal:Ha'ah.. Boleh juga. Bernas betul idea kau fang! Bolehlah aku minta boboiboy belanja aku air nanti! Aku pun haus ni!! (sambil urut tekak)
Boboiboy:Oit, kau ingat aku ni anak jutawan ke apa? Nak belanja orang sesuka hati...
Fang:Oh jadi... Bapa kau kerja apa boboiboy?
Langkah kaki boboiboy tadi terus berhenti apabila terdengar soalan cepu emas fang. Semangatnya tadi yang teruja kerana dapat cuti daripada komander terus terbantut.
Fang pula berasa hairan kerana boboiboy tidak meneruskan perjalanannya.
Fang:Eh boboiboy aku tanya ni. Jawablah.
Boboiboy:Ermm... Aku...
Boboiboy teringat kepada ayahnya yang sibuk bertugas sebagai duta itu. Tubir matanya kini terus dipenukmhi dengan air mata namun ditahan sedaya-upaya olehnya.
Ying:Boboiboy, kau Okey ke tak ni?
Gopal:Ha'ah, asal kau senyap tetiba je ni?
Boboiboy:Aa.. Aku..
Fang:Cakap jelah. Tak payahlah nak takut... Bukannya kitorang ni nak pukul kau.
Boboiboy:(masih diam)
Fang mula berasa bosan. Yelah, sudah ditanya tidak mahu dijawab pula. Tanpa menahan sabar lagi dia terus memerli boboiboy.
Fang:Ke.. Mak ayah kau dah mati sebernanya? Sebab tu kau tak nak bagitahu aku dan berlakon kata mak ayah kau hidup lagi?
Boboiboy berasa tersentak dengan kata-kata fang namun dia memujuk hatinya supaya terus bersabar.
Fang:Heh... Pandai betul eh kau ni nak bohong kitorang.. Oit kalau kau takde mak ayah bagitahu jelah, kami ni bukannya nak berkawan sangat dengan kau pun.
Boboiboy terus berasa geram apabila mendengar katagjata yang di lontarkan oleh fang itu. Amarah ya kini muka mengusai dirinya, dia terus memandang ke arah fang seperti singa mahu membaham rusa.
Boboiboy:Baik kau jaga sikit mulut kau tu!!! Mak dan ayah aku hidup lagilah!!! Kau ni jangan jadi biadap sangat boleh tak?!! Lain kali kalau kau tak ikhlas nak kawan dengan aku baik tak payah kawan!!! Dan buat pengetahuan kau, ayah aku bekerja sebagai duta!! Sebab tu dia sibuk dan tak masa nak jaga aku!! Sudahlah, aku benci kau!!! Benci!!!!
Boboiboy terus menolak gopal dan fang lalu berlari sekuat hati. Tangisannya kini tidak dapat dibendung lagi, dia terus melepaskan rasa sakit itu sepuasnya.
Yaya:Boboiboy!! Tunggu!
Ying terus memandang ke arah fang dengan penuh rasa geram.
Ying:Oit, fang! Asal kau cakap macam tu dekat boboiboy tadi ha?!
Gopal:Betul tu, kau fikir elok ke kalau kau cakap macam tu!! Kau ni takkan tak rasa simpati dengan nasib dia?! Kesian dia tahu tak?!
Yaya:Sudahlah, sekarang ni aku nak kau pergi pujuk boboiboy! Tak baik tau kau cakap macam tu dekat dia. Cuba kalau kau duduk tempat dia, pasti kau rasa sedih kan?
Fang:Tapi aku dah biasa..
Yaya:Itu apa yang kau rasa, cuba kau duduk di tempat boboiboy.
Ying:Sudahlah tu, jom kita lepas sama-sama dan pergi pujuk boboiboy! (tarik tangan yaya)
Gopal:Betul tu, tak payah ajak si fang ni...
Fang:Korang..
Fang terus diselubungi rasa bersalah. Dia terdiam sebentar..
Bersambung..
![](https://img.wattpad.com/cover/253688630-288-k713113.jpg)
YOU ARE READING
Love Flower Girl
RandomYaya,seorang gadis yang lemah-lembut dan baik hati. Dia sentiasa membantu sesiapa sahaja dalam kesusahan.Yaya perlu berpindah ke Pulau Rintis kerana ayahnya perlu berpindah tempat kerja.Yaya berasa sedih kerana dia perlu berpindah,namun dia tetap ge...