DVA (2)

85 12 0
                                    

Badri, Carish dan Danniel melangkah masuk memasuki rumah agam yang tersergam indah itu dengan kagum serta terpegun melihatnya. Rumah ini seperti istana kecil yang indah dikelilingi dengan tumbuh-tumbuhan yang mekar dan indah. Nyaman sahaja apabila mereka berjalan masuk kedalam Astana.

Masuk sahaja ke dalam mereka disajikan lagi dengan keindahan ukiran-ukiran yang terpahat di setiap penjuru dinding yang berwarna putih salju itu lalu dihiasi dengan beberapa perabot yang agak sederhana mewah. Simple and elegant.

Ini adalah pertama kali mereka menjejakkan kaki ke rumah Arrifin selama mereka berkawan dari kecil. Itu pun kerana Arrifin dan Ezriq merahsiakan semua perkara daripada mereka apabila mereka ingin datang kerumah Arrifin.

Namun begitu apabila mereka masuk sahaja kedalam kediaman ini, mereka dapat merasakan rumah itu sebagai mengalu-alukan kedatangan mereka dengan aura yang sangat tidak boleh dijelaskan. Aura yang agak misteri dan menyeramkan disertakan dengan kesayuan rumah itu. Itu yang mereka rasakan.

Pelik bukan?

"Korang dah sampai rupanya." Tegur satu suara yang mereka sangat kenali. Mereka bertiga segera berpaling kearah suara itu. Senyuman terukir di bibir mereka bertiga.

"Riq! Rindu kau doh!" Danniel segera bersalaman dengan Ezriq diikuti oleh rakan-rakannya yang lain.

"Tau dah" Ezriq tersenyum senget.

"Eh Riq! Mana Art? Dari aku masuk sini tadi tak nampak dia langsung. Masa tahlil arwah dekat masjid haritu pun sama" Soal Badri sambil matanya meliar mencari kelibat Arrifin. Mana tahu dia tidak perasan kelibat kawannya sorang itu. Sangkanya.

"Haah ye doh. Aku pun nak minta maaf sebab balik awal dan tak sempat nak singgah rumah sebab adik aku tulah. Haishh! Tabah saja aku dengan budak bertuah tu! Ada ke patut suruh aku balik semata-mata suruh aku halau semua ex boyfriend dia yang datang dia. Dia yang cari pasal aku yang kena." Ujar Carish pula dengan geram. Cemberut mukanya apbila mengingati semula kejadian itu.

Mau dia tak begang. Sudahlah baru sampai. Tak sampai setengah jam dia berada di kenduri tahlil dia mendapat telefon dari ibunya menyuruh dia untuk pulang dengan kadar yang segera. 

Sampai sahaja dirumah, dia disambut oleh sekumpulan lelaki yang tidak tahu mana datangnya yang dikatakan sebagai ex boyfriend adiknya. Mereka datang semata-mata untuk berjumpa dengan adiknya yang tiba-tiba menghilangkan diri dari mereka. Tepuk dahi Carish mendengar.

"Fuh! Dasyat adik kau. Berapa ramai ex boyfriend dia yang datang?" Soal Badri dengan tertanya-tanya.

"Adalah nak dekat 30 orang dekat depan rumah aku tu." Keluh Carish

Ternganga rakan-rakannya yang lain mendengar tetapi tidak bagi Ezriq. Tergelak dia mendengar cerita Carish.

"Tak apa aku faham." Jawab Ezriq apabila dia kembali tenang. "Art ada dekat atas." Sambungnya. Senyuman Ezriq mula kendur apabila dia menyebut nama itu.

Selepas perkebumian ibu bapa Arrifin, Arrifin tidak keluar bilik sehinggakan tahlil arwah pun dia tidak mahu menonjolkan dirinya. Pada malam yang sama, Carish mendapat panggilan dari ibunya. Apa yang dia tahu, Badri dan Danniel memang naik sekali dengan kereta Carish. Jadi mereka bertiga terpaksa balik selepas mendapat panggilan itu.

"Dia tak nak keluar blik. Bercakap apatah lagi. Aku dengan parents aku pun dah tak tahu nak buat apa. Kitaorang hanya dapat hulurkan makanan je untuk dia makan. Kemudian dia berkurung dalam bilik. Sama ada termenung sendiri atau tidur. Nasib baik dia masih jamah makanan tu. Kalau tak aku tak tahu dah nak buat apa" Luahan Ezriq. Keluhan kecil dilepaskan. Rakan-rakannya memandang simpati.

Spy 2 : Between Us [On Going]Where stories live. Discover now