JEDAN (1)

107 13 0
                                    

Arrifin berdiri tegak di hadapan pintu wad 121. Mindanya kosong. Anak mata hitamnya melihat kearah satu susuk tubuh yang sedang lemah terbaring di atas katil yang disediakan. Disisinya terlihat seorang lelaki yang sudah pun berusia tidur dengan lena sekali. Sepasang kelopak mata itu cuba menahan empangan air yang mula bertakung di selaput matanya. Dia memejamkan mata buat seketika.

Dia tidak sanggup untuk terus melihat.

Dia tidak sanggup untuk berhadapan dengan mereka ketika ini.

Tetapi dia rindu.

Rindu akan mereka.

Orang yang dia sayangi dan hormati sejak dari dulu. Hatinya berbelah bahagi.

Ezriq yang baru sahaja tiba terus menuju kearah Arrifin. Sampai sahaja dibelakang Arrifin, dia memerhati Arrifin yang masih tidak berganjak dari situ. Dia tahu sepupunya masih tiada kekuatan untuk masuk. Perjumpaan mereka pun ini puas dia memujuk Arrifin untuk pergi dan akhirnya dia bersetuju untuk berjumpa.

Bertahun lama dia menghilangkan diri dan harini baru hatinya lembut untuk bersua muka.

Ezriq membuka pintu bilik wad tersebut seluas-luasnya. Tangan itu kemudiannya dibawa ke bahu Arrifin lalu memandang tepat wajah sepupunya.

"Art. Jangan risau, aku ada. Jom." Lembut sahaja Ezriq memujuk.

Arrifin hanya mendiamkan diri dan mengekori langkah Ezriq. Langkah demi langkah hatinya semakin lama semakin memberat. Akhirnya mereka berhenti.

"Ma-.. mama." Sekian lama Arrifin mendiamkan diri, kini Arrifin bersuara. Suaranya serak menahan tangisnya.

Suzianna sedar akan suara itu cuba untuk membuka matanya dengan perlahan-lahan. Suara itu. Dia kenal suara itu.

Suara yang ditunggu-tunggu olehnya. Dia rindu sangat dengan suara itu. Suara yang ingin dia dengari kembali menyapanya. Adakah dia bermimipi?

Penglihatannya yang kabur mula kelihatan jelas lalu dia memandang dua orang anak muda yang berdiri disisinya. Suzianna mengukir senyuman gembiranya.

"Arrifin? Art? Anak mama?" Hatinya mula tidak tertahan lagi sekaligus air mata lelaki itu mula mengalir dengar deras di pipinya.

"Mama!" Arrifin kemudian laju sahaja dia mendapatkan kedua-dua belah tangan ibunya lalu dikuncup beberapa kali.

Ungku Zaid yang sedang nyenyak tersedar dari lenanya apabila tidurnya seperti diganggu oleh suara-suara yang tidak asing baginya . Dia bangun dari baringannya dan mengamati keadaan sekelilingnya. Saat matanya mengimbas situasi dihadapannya, dia dikejutkan dengan kelibat anaknya terunanya yang lama tidak bersua muka bersama anak buahnya disisinya. Mindanya seakan berhenti seketika.

"Art minta maaf mama. Art banyak buat salah dan tinggalkan mama. Art tak jaga mama masa sakit. Art minta maaf maaf." Tangisan sang ibu juga pecah. Tidak tertahan rindu didada, Suzianna menggagahkan dirinya untuk menarik Arrifin didalam pelukannya. Lama.

Ya Allah! Terima kasih kau bawakan anakku ke sini!

Syukurnya di dalam hati.

"Mama minta maaf juga Art. Mama bukan mama yang terbaik buat Art. Maafkan mama ya? Jangan tinggalkan mama lagi. Jangan tinggalkan keluarga ni lagi ya?" Arrifin laju menganggukan kepalanya. Dia tidak sanggup untuk berjauhan seperti ini lagi. Cukuplah setakat ini sahaja. Cukuplah.

Setelah pelukkan dilepaskan, Arrifin mendapatkan pula ayahnya yang berada disisi ibunya. Dia melutut dihadapan ayahnya lalu tangan kanan milik ayahnya ditarik untuk dicium. "Papa. Art minta maaf"

Ungku Zaid menarik nafas lega melihat anaknya kembali. Dia mengukir senyuman sambil memandang tepat pada wajah anaknya. Tangan kirinya diangkat dan diusap kepala anaknya dengan penuh kasih sayang sebelum menarik anaknya ke dalam pelukan.

"Maafkan papa juga Art"

___________________

Kedua-dua kubur dihadapannya ditatap sayu. Dia sudah tidak daya untuk nangis. Air matanya sudah kering dan matanya mula memerah akibat nangis. Bibirnya pucat serta badannya mula longlai kerana seharian dia tidak makan. Dia lemah untuk kali pertama dalam hidupnya. Tanah perkuburan yang sunyi dari ibu kota menambahkan lagi rasa kesuraman disitu. Songkoknya dibuka dan digenggam dengan kuat.

"Art. Jom balik. Lama dah kita dekat sini. Tok imam pun dah balik. Jom Art." Pujuk Ezriq. Dia mengusap belakang Arrifin dengan lembut.

"Betul tu Art. Jom balik ye nak. Tak elok lama-lama dekat sini. Art pun mesti penatkan? Satu hari Art tak rehat, tak makan apa semua. Jom kita balik." Tengku Diana,ibu kepada Ezriq bersuara. Kasihan dia melihat anak buahnya. Seperti dirinya tidak terurus gamaknya.

Arrifin hanya mendiamkan diri. Fikirannya kosong. Kata-kata mak ngahnya, Tengku Diana seperti lalu sahaja di telinganya.

Melihat reaksi Arrifin, Ungku Rizal, ayah Ezriq memberikan isyarat mata pada anak terunanya untuk memapah Arrifin ke kereta mereka. Faham akan itu, mereka berdua memapah Arrifin manakala Tengku Diana dan Ungku Erika mengemas barang-barang mereka untuk dibawa pulang. Sebelum beredar, mata Tengku Diana dialihkan ke kubur Suzianna dan Ungku Zaid.

' Kak, abang, kami pergi dulu ye. Semoga tenang akak dan abang disana' Bisik hati kecil Tengku Diana. Wanita itu mengorak langkah dari situ diikuti dengan anak gadis disampingnya. Apabila mereka masuk sahaja di kereta, kereta Alza berwarna biru itu meluncur laju di atas jalan raya menuju pulang ke Astana, rumah sebenar Arrifin. Ini pun atas permintaan Arrifin. Jadi diturutkan jua oleh sepasang pasangan itu.

Sampai sahaja di Astana, Arrifin turun dari kereta itu lalu masuk ke dalam rumah agam itu dengan langkah yang agak lemah. Memori hitamnya mula menyengat kembali mindanya. Dia menutup mata seketika dan dibuka semula. Dia mencuba memberanikan diri untuk menapak kehadapan. Akan tetapi kakinya mengeras dihadapan pintu.

Untuk pulang ke Astana adalah kehendaknya sendiri. Dia ingin melihat rumah yang dia tinggalkan sejak dia kecil itu lagi walaupun dia masih lagi trauma dengan apa yang berlaku. Kesan yang dialami olehnya sangat mendalam baginya sehingga dia tidak mahu menjejakkan kakinya kerumah ini.

Tetapi apakah daya, dia adalah pemilik tetap rumah ini. Sebelum Ungku Zaid pergi, seperti dia telah menjangka apa yang terjadi dia telah pun menukar segala harta dan hak pemilik kepada Arrifin. Pada mulanya dia agak terkejut kerana abang dan kakaknya juga berhak atas harta-harta itu dan mengapa semuanya ditukar atas namanya.

Kemudian lama kelamaan apabila difikirkan balik dia mula runsing. Dia langsung tidak tahu apa yang berlaku kepada keluarganya sebenarnya. Ungku Firdaus dan Ungku Aritza sampai sekarang tiada khabar berita.

"Art. It's okay. Rumah ni dah selamat Art. Tak ada siapa yang boleh buat apa-apa dekat kamu. Kenangan yang lama dulu memang ada yang pahit tapi tak semua. Ada juga yang manisnya yang tak boleh kita lupakan sampai bila-bila. Betul tak Art?"

Kata-kata Tengku Diana menyentak mindanya kembali ke alam nyata. Tiba-tiba satu suara lain seakan-akan menerjah telinganya. Matanya berpinar seketika.

'Kenangan awak yang lama dulu memang ada yang pahit tapi tak semua dan ada juga yang manisnya yang tak boleh dilupakan.. '

Keresahan tadi mula hilang. Hatinya seakan-akan tenang. Fikirannya mula tercari-cari suara itu.

Suara seorang gadis.

Siapa dia?

Hanya satu nama sahaja yang berlegar di kepalanya ketika ini.

Anis?

______________

Spy 2 : Between Us [On Going]Where stories live. Discover now