ŠEST (6)

80 11 0
                                    


6 bulan kemudian

Tiara dan Ammar menyembunyikan diri mereka disebalik semak. Pandangan mereka dihalakan ke satu bangunan klasik yang berdiri megah dihadapan mereka. Bangunan itu terletak jauh dari sekitar bandar. Sesiapa yang melihatnya pasti terpegun melihat bangunan yang yang berkonsepkan ala-ala 'english vintage concept' ini.

Tetapi siapa sangka. Di dalam bangunan secantik ini bukan sepertimana cantiknya bangunan ini. Tempat ini adalah sebenarnya markas tempat simpanan segala jenis dadah dan juga sebagai tempat pembelian dadah yang terbesar didunia. Hanya segelintir sahaja yang tahu akan perkara ini. Mengapa? Kerana sesiapa sahaja yang mengetahui kegiatan mereka seakan menempah maut mereka sendiri. 

Tempat ini sangat dijaga rapi. Mata-mata mereka dimana-mana sahaja. Senang kata kalau mereka tersalah langkah, nyawa mereka akan hilang walaupun hanya sekadar bayang mereka sahaja ditemui oleh mata-mata kumpulan ini.

"Tiara. Aku rasa sekarang bukan masa yang sesuai. Kita berundur dulu jom." Bisik Ammar. Tiba-tiba dia terasa gugup pula untuk teruskan misi ini. Hatinya tidak sedap. Barangkali ada sesuatu yang akan menanti mereka tapi perasaan dia tidaklah diluahkan.

Tiara mengerut dahinya. " Apa kau ni? Kita plan 6 bulan untuk ni. Kau kata bukan sekarang? Kau tahu tak kita boleh mati tau kalau kita keluar tanpa buat apa-apa."  Gadis itu mengeraskan suaranya walaupun perlahan. 

Tiara tidak pasti apa yang difikirkan oleh Ammar ketika ini tetapi ini memang tidak masuk akal kalau mereka hendak berpatah balik ke tempat mereka. 6 bulan mereka menetap dan menyiasat tentang markas mereka. Segala rancangan sudah diatur dan sudah tiba waktu begini disuruh berundur? Memang menempah maut!

"Mar kalau kita berdua je tak apa tau. Ini satu team kita dah ada dekat sini kau suruh berhenti?"

Ammar mengeluh berat. Dia tahu dia salah membuat tafsiran bahawa harini adalah masa yang sesuai untuk mereka bertindak menangkap DREO, kumpulan penyeludupan dan pengeluar dadah. Risiko mereka agak berbahaya sekiranya mereka tidak bertindak lagi-lagi mereka berada di sekitar bangunan itu. Akan tetapi hatinya kuat mengatakan untuk berundur sebelum semakin keruh. Dia dapat rasakan ada benda yang mereka terlupa perkara penting yang membuatkan mereka tak akan menang dalam misi ini.

"Tak apa. Aku roger diorang suruh gerak balik. Jom gerak sekarang sementara diorang tak perasan lagi" Ammar memberi isyarat berudur kepada salah seorang ahli SIA dalam kumpulan mereka. Walaupun kumpulan mereka keliru akan isyarat itu tetapi tetap akur dengan isyarat yang diberi. Lelaki itu menarik lengan Tiara untuk kembali ke kereta mereka dengan kadar yang segera. Tiara hanya akur dan mengikuti sahaja. Pelitup muka berwarna hitam dimukanya dibetulkan.

Sebaik sahaja mereka tiba di kereta, dengan segera mereka masuk ke dalam kereta. Pintu dikuci lalu Ammar menarik kunci di poketnya lalu mula menghidupkan enjin kereta.

Ammar tersentak seketika. Keretanya tidak dapat dihidupkan.

Dicubanya sekali lagi. Namun masih tidak dapat dihidupkan. Mukanya mula pucat.

Jangan kata -..

"Mar. Kau okay tak? Asal tak boleh hidup?" Soal Tiara. Tiba-tiba mereka dikejutkan satu bunyi yang asing bagi mereka.

Tok! Tok! Tok!

Kedua-dua mereka terkaku. Tekak mereka terasa pahit. Peluh mula membasahi dahi mereka. Bunyi itu datang dari arah tingkap mereka. Tak sanggup mereka mahu melihat.

TOK! TOK! TOK!

Ketukan dari arah cermin kereta mereka kembali menusuk ke dalam sepasang telinga mereka. Kali ini semakin kuat dari tadi. Seperti dia mahu sahaja memecahkan cermin kereta itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 12, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Spy 2 : Between Us [On Going]Where stories live. Discover now