ČETIRI (4)

68 14 0
                                    

Rijeka International Airport, Croatia.

Seorang lelaki bermata emerald berdiri dengan tenang di tempat menunggu yang disediakan di lapangan terbang itu. Lelaki comel persis pelakon Thailand itu cuba menangkap susuk tubuh seorang demi seorang manusia di situ. Akan tetapi, dengan pelancong-pelancong yang terlalu ramai dan sesak disitu, dia mengambil keputusan untuk berhenti mencari.  Jam dijeling sekilas.

8.00 pagi.

"Assalamualaikum." Suara yang agak garau menyapanya dari belakang. Segera dia memaling kearah suara tersebut. Serta merta bibirnya dinaikkan sambil diikuti dengan baik dengan sepasang mata emerald yang menawan itu.

"Waalaikumussalam. Brother Riq!" Lelaki emerald itu memeluk Ezriq dengan teruja.

Tak sangka dia rasa. Sekian lama mereka tidak berjumpa akhirnya bersua muka.

Beberapa saat mereka berpelukan akhirnya pelukan itu dilepaskan. Tidak menunggu lama lelaki itu menuju pula kearah Arrifin disebelah Ezriq untuk dipeluknya.

"Brother Art!" Namun kegembiraannya sekejap sahaja apabila Arrifin mengelak daripada dipeluk. Cemberut muka lelaki itu dibuatnya.

"Brother Riq! Look at him! Why is he so cold to me?! Bruh!" Mata emeraldnya memandang kearah Arrifin dengan tajam. Geram dia dibuatnya. Nasib ramai orang disini, kalau tak lama dah dia pelangkung kepala adik sepupu dia yang dingin itu.

"Hey Pyn! Since when is he so friendly with you, man? Come on. Don't take it too serious. You usually get used to it, right?" Lelaki bernama 'Pyn' itu mengeluh kasar sambil memeluk tubuhnya. Kecik besar kecik besar Pyn itu melihat Arrifin yang tiada riaksi itu. Makin sakit hatinya apabila Arrifin seperti didalam dunia dia sendiri dan tidak menghiraukan orang-orang yang memandang dirinya.

Pyn tahu dengan susuk tubuh tegap, wajah yang tampan dan aura yang misteri yang ada pada adik sepupunya seorang ini dapat menarik pengguna-pengguna awam yang berada disini walaupun dia berada di dunia dia sendiri. Akan tetapi hanya orang yang tertentu sahaja yang boleh membaca fikirannya melalui mata hitamnya. 

Those eyes are cry.

Lost.

And dark than before.

A child lost in the darkness of sorrow with a full of water around him without any leakage. 

Itu adalah perumpamaan yang kena dengan situasi Arrifin ketika ini dari pandangan seorang doktor psychiatrist.

"That's why I need your help." Seakan-akan boleh baca fikiran Pyn, Ezriq membisik di telinga Pyn. 

Pyn adalah abang saudara sebelah ibu Ezriq. Lelaki berketurunan Malaysia-Croatia ini adalah salah satu doktor pakar psychiatrist terbaik di Croatia. Dengan hanya melihat  raut wajah sesorang serta gerak-gerinya, dia boleh membaca emosi dan perwatakan yang seseorang ini sedang bawa. Ini juga adalah salah satu sebab dia memilih Croatia sebagai tempat destinasi mereka. 

Lagi pula, Pyn tahu akan semua rahsia mereka. Dari mula Arrifin melarikan diri sehingga mereka sedar dari koma semua dia tahu. Ini kerana Ezriq akan memberitahunya semua perkara sekiranya dia ada masa untuk menghubungi Pyn. Selain Arrifin, Pyn juga adalah sepupu rapat Ezriq. Oleh kerana Ezriq tidak mempunyai abang dan Pyn adalah anak tunggal dalam keluarga, hubungan mereka rapat seperti adik beradik. 

Dia jugalah orang yang ada ketika mereka berdua dalam kesusahan.

Pyn yang tengah fokus memerhatikan Arrifin sejak tadi tersentak dengan bisikan Ezriq yang secara tiba-tiba. Dengan posisinya yang terlalu rapat itu membuatkan dia hilang semangat. Nasib tak kena penampar hangat darinya. Tak pasal-pasal biru pipi adik sepupunya sorang ni. 

Spy 2 : Between Us [On Going]Where stories live. Discover now