180 28 49
                                    

Perlahan aku membuka mata apabila hidungku dapat menangkap bau yang sangat enak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Perlahan aku membuka mata apabila hidungku dapat menangkap bau yang sangat enak. Ketika itulah perut aku mula memasang bunyi saxophone dalam lagu Take Me Home Ateez. Wahai perut, aku tau kau lapar sabar ye.

Aku turun dari katil dan keluar dari bilik untuk pergi ke tingkat bawah. Semasa turun aku turut terdengar bunyi sudip dan kuali sedang berlaga macam sabung ayam tapi bukan. Terdetik dalam hati aku rasa bersalah kerana tak tolong memasak sekali.

Sampai sahaja di dapur, aku hanya berdiri sambil menutup mulut yang sedang menguap. Mengantuk betul aku ni. Mana taknya aktiviti kat universiti tadi banyak sangat sampai aku tak sempat makan time rehat.

"Eh dah bangun?"

Aku sedikit kaget apabila ditegur. Aku memandang ke arah wajahnya yang sedang tersenyum manis ke arahku. Tetapi aku mendatarkan sahaja wajahku tanpa membalas apa-apa.

Baru bangun tidur la katekan...

"Sini la duduk. Makan malam dah siap" ajaknya dengan lembut sambil menghidangkan lauk yang terakhir.

Aku hanya menurut. Kerusi ditarik dan dihenyakkan punggung ke atasnya. Aku memandang juadah yang sudah tersedia di atas meja dengan pandangan yang kosong.

"Sangie ke buat semua ni?" soalku padanya.

Yeosang tersenyum mendengar soalanku. Dia tidak menjawab sebaliknya menghulurkan semangkuk nasi ke hadapanku. Sudu dan chopstick turut disediakan olehnya.

Tanpa banyak soal, aku menjamah sedikit Stew ayam yang dibuat olehnya bersama nasi. Kedua-dua keningku diangkat dan rasa mengantuk tadi terus hilang. Not bad.

"Macam mana?" soalnya pula bersama wajah yang penuh berharap.

"Sedap. Tak sangka Sangie boleh masak sesedap ni" jawapan dariku mengundang senyuman bahagia di wajahnya. Nampaknya dia berpuas hati dengan jawapanku.

Kami menjamah makan malam dengan penuh berselera dengan hasil masakan Yeosang. Walaupun dia masih bersekolah menengah, tetapi bakatnya dalam memasak sangatlah.... *chef kiss.


🐠


Selesai makan, aku menawarkan diri untuk membasuh pinggan mangkuk serta perkakasan dapur yang belum dibasuh lagi. Memandangkan Yeosang sudah masakkan untuk makan malam, jadi giliran aku pula melakukan tugas. Begitulah kehidupan kami di dalam rumah ini.

Tugasan aku tergendala seketika apabila ada sepasang tangan memeluk pinggangku dari belakang. Aku dapat rasakan nafas lembut berdekatan telingaku. Jantung aku mula berdegup kencang tetapi pantas dikawal.

"Sorry..." ujarnya perlahan.

Aku mengerutkan dahi. Sorry? Untuk apa? 

"Pasal petang tadi" seperti mengetahui apa yang terlintas di fikiranku, dia menjawab.

"Takpe" jawabku pendek.

"Betul ni? Tak marah ke?" aku tertawa kecil mendengar soalannya.

Memang cara layanan aku nampak macam aku marah ke? Rasanya aku tak tarik muka or bercakap kasar pun. Mungkin dia cuma overthinking fikir aku marahkan dia sebab jawab pendek.

"Mana ada marah. Tak marah pun la" jawabku dengan yakin.

Mendengarkan jawapan itu, dia mengeratkan lagi pelukannya. Kemudian bibirnya dihinggapkan pada pipiku seketika. Aku tersenyum.

Tak salahkan suami sendiri cium pipi isteri dia?

Ya. Aku dan Yeosang sebenarnya sudah berkahwin dan hubungan kami sudah lebih 2 bulan. Selama itu jugalah hubungan kami dirahsiakan dari ramai pihak termasuklah Suji, kawan rapatku.

Sebenarnya banyak kali juga aku mahu berterus terang dengan Suji tentang aku dan Yeosang. Tetapi aku takut dia tidak boleh terima kenyataan memandangkan dia salah seorang peminat Yeosang. Yeosang menyarankan aku untuk menceritakan segalanya pada Suji.

Tapi...

Haih.

Lagipun mesti ramai tidak menyangka bahawa aku sudah berkahwin bersama junior yang masih bersekolah lagi. Sejujurnya sampai sekarang aku tidak percaya yang aku sudah bersuami. Aku pula berstatus isteri orang.

Lagipun jarak umur kami hanya 2 tahun. Takde la jauh sangat kan? Kira ok la kan?

Kan?

Kami berkahwin pun atas permintaan eomma Yeosang yang inginkan aku sebagai menantunya. Disebabkan dia tidak mempunyai anak lelaki yang lain, jadi Yeosang lah pilihannya. Aku tidak mampu untuk menolak, jadi aku menerima sahaja lamaran eomma Yeosang.

Eomma aku pula tidak kisah memandangkan dia pun sukakan Yeosang. Atas rasa hormat keatas kedua-dua belah pihak, aku dan Yeosang hanya menurut. Jadi dipendekkan cerita, kisah kami bukan berdasarkan cinta.

Yeosang pula dia tidak seperti lelaki-lelaki yang pernah aku kenal sebelum ini. Dia lain dari yang lain. Lagi-lagi apabila dia...

"Noona, lama lagi ke basuh? Sangie dah ngantuk"

Tengok tu. Cara dia panggil 'noona' tu buat aku cair macam lava dalam gunung berapi. Comel!!!! 

Dari first meet lagi dia memanggilku dengan panggilan itu. Katanya dia menghormati aku sebagai seniornya memandangkan aku lebih tua darinya walaupun kami sudah diikat. Aku tidak kisah asalkan dia tidak berasa janggal apabila denganku.

"Noona..." rengeknya perlahan.

"Ye nak siap ni. Sabar ye"

Haihla hati...Sabar je la dengan Yeosang yang comel ni.





***

diam.

aku pun cringe time menaip part tu😔

✔︎𝑺𝒆𝒏𝒊𝒐𝒓 • Kang YeosangWhere stories live. Discover now