137 24 15
                                    

Masuk harini sudah lebih kurang 2 minggu kami tidak bertegur walaupun serumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Masuk harini sudah lebih kurang 2 minggu kami tidak bertegur walaupun serumah. Ibaratnya kami berada di dua dunia yang berbeza. Tidak pernah bersemuka dan dia selalu mengelak dari bertemu denganku.

Makan pun asing-asing. Majoriti kami kerap makan di luar berbanding di rumah. Aku teringin untuk bersemuka dengannya dan berbual bersamanya seperti sebelum ini.

Teringin.

Secara spesifiknya lebih kepada rindu. Ya aku rindukan dirinya. Rindukan Kang Yeosang yang bergelar suami kepada diriku.

Mungkin aku sorang sahaja yang berfikiran begini. Kyunghee kau memang bodoh. Dia dah ada Saeri buat apa nak fikirkan pasal kau?

"Hoii kau termenung apa?" jerkahan dari Suji sedikit sebanyak membuatkan aku rasa nak sumbat kasut Adidas kesayangan aku ni dalam mulut dia.

"Sibuk la kau" aku sambung menyedut Americano yang baru luak sedikit.

Kopi memang pahit. Tapi kalau ditambahkan masalah yang melanda otak, auto jadi manis. Kalau tak percaya boleh la cuba.

Ok tak. Tipu je.

"Kau kenapa?" soal Suji.

"Kenapa apa?" aku buat-buat tak faham.

"Tak payah nak acah-acah bengap. Kau cerita dengan aku sekarang apa masalah kau? Macam putus cinta je aku tengok" soalan yang aku memang boleh agak akan keluar dari mulutnya. "Kau gaduh dengan Hyunjae ek?"

Ok tu betul-betul tibe.

"Hell no! Sejak bila dan ketikanya aku broken sebab dia?"

"Tanya je" dia mencebik. "Habistu ni kau murung sebab apa?"

Aku memandangnya. Mungkin inilah masanya untuk aku berterus-terang pada Suji tentang hubungan sebenar aku bersama Yeosang. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum memulakan topik. 

"Suji aku nak jujur dengan kau satu benda ni. Cuma aku nak kau janji dengan aku kau jangan marah aku"

"Hayela yela. Apadia? Macam menarik je" Suji memasang minat untuk mendengar ceritaku.

"Aku sebenarnya dah kahwin"

"Ok. Nice one. Dengan siapa?" aku menelan liur.

"Yeosang. Kang Yeosang"

Krik

Krik

Krik

"Su-"

"SERIOUSLAAA?! WEHHH!"

Aku terkedu terkejut dengar dia berteriak. Tak tahulah Suji ni marah ke happy sebab kalau dia menjerit sama je bunyi dia. Tapi mesti dia marah aku kan?

"Kenapa kau tak bagitau yang kau dengan Yeosang- UGHHHH apahal aku baru tau?" dia menggenggam kepalanya.

"Jap sekarang ni kau marah ke apa?"

"Nampak macam aku marah ke?"

"Sikit" aku sengih.

"Nak marah kenapa? Sebab kau dengan Yeosang? Merepek la. Aku lagi suka ada la. Asalkan kau happy aku ok. Aku marah sebab kau tak bagitau aku awal-awal je" ada nada merajuk di hujung ayatnya. Alahai kawan aku sorang ni.

"Alaa sorry la. Aku terpaksa. Tapi kira ok la aku bagitau kau sekarang kan?" Suji pasang muka meluatnya.

"So yang kau murung berhari berminggu ni mesti sebab dia kan?"

Aku terdiam. Suji kalau bab menduga aku memang nombor 1. Kau bagi la hint sekerat mana pun dia still boleh tembak dengan tepat.

Kecuali time exam.

"Sekarang ni sebagai tanda maaf aku pada kau, kau kena cerita kat aku from A to the Z pasal korang"

Aku bersyukur ada kawan macam Suji. Walaupun wujudnya bangang dia, tapi dia tidak pernah mengeluh berkawan dengan aku. Thanks Suji.

tbc...

****

klise lagi fwjkuhwkiruhwroigoh

✔︎𝑺𝒆𝒏𝒊𝒐𝒓 • Kang YeosangWhere stories live. Discover now