"Baiklah kelas kita tamat disini sahaja. Pastikan kerja yang saya bagi tu awak siapkan. Sampai due date hantar selengkapnya kalau tidak saya tolak pointer awak" Miss Kim memberikan kata-kata khidmatnya sebelum keluar dari bilik kuliah.Aku mengemas kesemua alat tulis dan nota-nota lalu dimasukkan ke dalam beg. Beginilah ya jadi manusia bergelar 'student'. Assignment lagi bertimbun dari duit poket aku.
"Weh Kyunghee. Jom teman aku pergi kedai buku nak?" soal Suji.
"Kedai buku? Nak buat ape?"
"Beli buku la takkan nak beli kucing pulak?" jawabnya sarkastik. Ceh tanya pun nak marah.
"Malas la" kami mula melangkah keluar dari bilik kuliah apabila aku sudah siap berkemas. "Lagipun aku nak balik tidur. Aku penat sangat harini"
"Alaa sekejap je. Lagipun aku nak beli pen je. Dakwat aku dah habis"
"Lah kat koperasi ada apesal kau tak pergi beli?"
"Alaa pen tu tak sama dengan pen favorite aku. Please Kyunghee. Pleaseee" Suji mencebikkan bibir sambil puppy eyes.
Pikir aku tergoda ke?
"Yela yelaa. Tapi kejap je tau"
Akhirnya aku mengalah. Bukan sebab kesian. Selagi aku tak bagi jawapan selagi tu la dia bagi punya penyet tu.
Nasib kawan.
"Seriously?! Yeayyy saaaayang kau" Suji mendepakan tangan untuk memelukku. Dengan pantas aku mengundur.
"Hayee cepat sikit. Takpayah nak berdrama hindustan dengan aku berpeluk bagai. Jom"
Aku mengheretnya.
🐠
Sampai sahaja di kedai buku, aku hanya membelek rak buku ilmiah untuk pelajar universiti. Manalah tahu kalau ada buku yang aku berkenan untuk study kan? Takpun aku beli la satu buku fiction untuk baca time bosan nanti.
Suji pula dari tadi di tempat pen. Lepas satu, satu pen di testnya. Entah mana satu pen favorite dia pun aku tak tau padahal semua pen sama je aku rasa.
Rasa je la.
Sedang ralit aku membelek buku-buku yang ada di rak, terasa bahuku dilanggar seseorang dan kedengaran pula bunyi buku terjatuh. Aku terkejut lalu berpaling. Seorang pelajar lelaki mengutip bukunya yang jatuh tadi.
"Ah maaf- " lidah aku kelu untuk meneruskan kata-kata setelah melihat gerangan yang melanggar aku tadi.
Manusia tersebut juga terkedu sepertiku. Kami hanya berbalas pandangan sebelum rakan perempuannya datang memotong sesi dari mata ke mata kami. Tch kacau.
"Yah Yeosang. Lama lagi ke? Kitorang nak bayar dah ni" soal perempuan tersebut.
Aku berpaling ke arah susunan buku tadi. Malas mahu mengambil kisah dua burung merpati sejoli tu sedang berdrama depan aku. Mengapa mesti begini miskha?
"Eo? Aaa...aku dah settle. Jom bayar" terus mereka berjalan ke arah kaunter untuk meneruskan tujuan mereka. Aku hanya memandang dari jauh.
"Tak sangka kau boleh terserempak dengan dia" Suji yang datang entah dari mana tiba-tiba mencelah.
"Siapa?" soalku.
"Tu la. Kang Yeosang. Budak hot tu. Hensem gila duh dia. Kadang-kadang aku tercrush kat dia sebab hensem sangat macam putera raja turun dari kayangan"
"Seriously kau ada taste dengan budak junior? Budak sekolah pulak tu" aku menayang muka judge pada Suji.
"Hello sorry sikit. Budak sekolah macam dia pun high class kau tau tak?" balas Suji bersungguh. "Dia bukan setakat hensem. Kaya dan digilai ramai perempuan pelbagai peringkat umur tauu"
"Ughh what ever wahai Han Suji. Teruskanlah bermimpi ye" aku memutarkan bebola mata tand meluat. "Sekarang ni kau dah jumpa ke belum pen favourite kau tu?" soalku menukar topik.
"Pen...?" dia membelek-belek tangannya lalu memandang ke arahku. "Belum. Hehehehe"
Spontan aku menepuk dahiku. Penangan si Kang Yeosang habis kawan aku sorang ni angau sampai lupa pasal pen dia. Haduh la Suji...Suji.
Nasib kau la Shin Kyunghee dapat kawan kuat berangan macam ni.
****
lahh bosan betul
YOU ARE READING
✔︎𝑺𝒆𝒏𝒊𝒐𝒓 • Kang Yeosang
Conto[𝚌𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎] Aku tak tau kalau ada orang lain yang alami perkara yang sama macam situasi aku sekarang ni. Boleh dikatakan sangatlah pelik. Mungkin aku sorang je. Mungkin? - Shin Kyunghee °short setory °Kang Yeosang Malay Fanfiction ⊙2021