Harini adalah hari hujung minggu dan merupakan hari dimana aku bermalas malasan di rumah sahaja. Aku tidak berminat untuk keluar kemana-mana. Stay home stay save.
Cewah.
Aku masih mengadap laptop untuk menyiapkan assignment yang bertimbun. Sebenarnya due date semua assignment aku lama lagi. Tapi aku tak nak bertangguh.
Jadi lebih baik awalkan buat kerja. Nanti siap awal boleh la rehat sekejap sebelum assignment bertambah memandangkan aku ada beli novel baru semalam.
Yeosang pula awal-awal pagi sudah keluar untuk menghadiri kelas tambahan. Maklumla dah nak dekat exam bagi pelajar tahun terakhir sekolah menengah atas. Tinggal lah aku seorang diri di dalam rumah.
Aku melihat jam. Sudah hampir pukul 1 dan waktu makan tengah hari. Yeosang balik dari kelas tambahan pukul 3.
Nampaknya aku terpaksa la makan di luar. Inilah nasibnya bila kau tak mahir dalam memasak. Beli makanan luar sahaja hiks.
Aku bangun dan bersiap ala kadar. Bukan nak masuk restoran 5 star pun. Jejak masuk 7e beli mee segera pun dah cukup nak pulak makan sorang.
Setelah mengunci pintu, aku pun berjalan kaki. Aku malas nak naik grab sebab kawasan perumahan aku tak jauh dari bandar. Lagipun aku lagi selesa berjalan kaki.
Sampai sahaja di 7e, aku terus pergi ke bahagian mee segera mencari mee segera kegemaranku. Aku berpaling apabila bahuku dicuit oleh seseorang. Ringan je tangan aku ni nak melayang ke muka manusia yang cuit aku tadi,nasib baik sempat tahan.
"Terkejut la gila" Hyunjae tersengih memandangku.
"Kau buat apa kat sini?"
"Kau rasa? Kau nampak aku macam tengah kait buah kelapa ke kat sini?" soalku dengan sarkrastik.
"Tanya je. Jangan la garang sangat" cebiknya. "Kenapa bila dengan aku je kau nak berkasar ek? Padahal aku tak buat bende jahat pun kat kau"
Good question. Aku sebenarnya tak selesa dengan dia kerana dia merupakan rakan sekelas aku di universiti dan kecoh satu kelas aku pasal dia sukakan aku. Secara ringkasnya aku tak suka dan serabut.
Aku tak marahkan dia. Tapi disebabkan aku banyak kali di paksa untuk terima manusia yang aku tak suka, terus aku rasa annoying bila dia dekat dengan aku walaupun hanya sedepa. Dalam masa yang sama aku turut rasa bersalah sebab aku layan dia macam orang asing.
"Drama la kau" aku tayang muka jijik. "Kau buat apa kat sini?" soalku.
"Saje cari makanan. Tiba-tiba rasa lapar" jawabnya sambil memegang perut kempisnya itu.
Aku hanya mengangguk dan sambung mencari mee segera. Pilih mee segera pun lama. Bukannya cari jodoh pun haishh.
Eh. Tersedak Yeosang nanti.
"Memandangkan kita berdua kat sini, apa kata aku belanja kau astu kita makan kat sini?" aku memandangnya. "Alaa aku tau kau bukan tak suka aku. Kau cuma annoying pasal budak kelas kita yang duk shipkan kita tu kan?"
Aku terdiam.
"Please, Kyunghee. Aku nak berkawan dengan kau je. Tak kisah la kau reject aku ke apa tapi yang pasti aku dapat berkawan dengan kau"
Aku mengeluh berat. Apa aku nak jawab? Takkan la aku nak reject berkawan dengan dia?
Berkawan je pun. Kenapa susah sangat kau nak terima dia wahai Shin Kyunghee? Haihh
"Yelaa kita kawan"
🐠
Pintu 7e dibuka dan aku menapak keluar dengan bantuan Hyunjae yang mengada-ngada nak bukakan pintu. Padahal aku boleh je buka sendiri. Menggedik juga nak bukakan untuk aku.
Tak baik la kau ni Kyunghee.
"Thanks la belanja aku even aku tak minta pun" ucapku sekadar berbahasa.
"Alaa perkara kecik je" Hyunjae tersengih-sengih.
Secara zahirnya Hyunjae memang annoying dan bising walaupun ada rupa. Boleh dikatakan rupa dari khabar. Suka hatilah pepatah aku.
Tapi dia ni baik. Tidak berkira dan senang didekati. Patutla si Suji tu asyik cakap aku ni rugi tak terima mamat ni la ape la.
What ever.
Aku dah ada Yeosang.
"AARGGHHH"
Suara jeritan seseorang yang tidak jauh dari kami mencuri perhatian. Kelihatan seorang gadis sudah selamat bersandar pada bahagian dada seorang lelaki. Budak couple lah kot.
Biar je la.
"Eo? Saeri?" teriak Hyunjae pada seseorang lalu berlari anak ke arah manusia yang dipanggil Saeri itu.
Aku hanya menghantarnya dengan pandangan kosong yang menandakan aku tidak berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Tetapi aku terkedu bukan kerana manusia Saeri tu. Aku terkejut lelaki yang bersama Saeri itu adalah Yeosang.
"So perempuan semalam tu nama dia Saeri la?" aku menggumam sendiri.
Kaki aku dihayunkan pergi ke arah mereka. Saja nak melawat. Macam ada benda menarik.
"Ada ape ni?" aku mencelah.
Aku nampak wajah terkejut Yeosang apabila aku memunculkan diri. Tapi aku cuma bersahaja buat-buat tak kenal dia. Aku memandang ke arah Hyunjae.
"Haa weh. Ni sepupu aku nama dia Saeri" Hyunjae memperkenalkan Saeri padaku. Aku dan Saeri sama-sama berbalas senyuman.
"Hai, Saeri. Saya Kyunghee" aku memperkenalkan diri.
"Oh ni la unnie Kyunghee yang oppa cerita haritu kan?" dia memandang Hyunjae sekilas. "Patutla oppa suka. Cantik orangnya"
Aishhh janganla puji. Malu ><
Tapi Hyunjae yang beria gelabahnya.
"Biasa je la. Btw, kita pernah jumpa kan semalam? Tak silap...dalam kedai buku?" acah-acah lupa pulak aku.
"Oh haahla. Unnie la semalam tu? Tak sangka boleh jumpa kat sini" jawabnya ramah.
"Jadi yang ni...?" aku menunjuk ke arah Yeosang tanpa memandang ke arahnya. Tpi hujung mataku dapat menangkap yang dia sedang menelan liur dalam diam.
"Ini Yeosang. Namchin Saeri" jawab Saeri malu-malu. Tangannya dilingkarkan pada lengan Yeosang.
Wahh wahhh bahagia betul.
"Ni la Yeosang budak hot tu kan? Boleh tahan ek taste Saeri" Hyunjae menyampuk sambil tersengih-sengih.
"Alahh cakap orang. Habistu hubungan oppa dengan unnie apa pulak? Mesti korang couple kan?"
Soalan Saeri membuatkan Hyunjae terdiam dan tersipu-sipu. Aku membalas pandangan Yeosang seketika bersama senyuman lalu memandang kembali ke arah Saeri. Wajahnya menampakkan bahawa dia ingin mengetahui tentang hubungan kami.
Aku menghembuskan nafas perlahan.
"Kami kawan"
YOU ARE READING
✔︎𝑺𝒆𝒏𝒊𝒐𝒓 • Kang Yeosang
Truyện Ngắn[𝚌𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎] Aku tak tau kalau ada orang lain yang alami perkara yang sama macam situasi aku sekarang ni. Boleh dikatakan sangatlah pelik. Mungkin aku sorang je. Mungkin? - Shin Kyunghee °short setory °Kang Yeosang Malay Fanfiction ⊙2021