Chapter 11

596 51 9
                                    


Solar hanya merenung dua susuk tubuh di depannya. Dalam hati,dia tertanya tanya kenapa Reverse tak serang Gempa. Dia kembali kepada realiti sebaik saja mendengar Reverse bersuara.

"Apa yang kau cadang,hah? Berlari depan kitorang macam tu. Kau memang tak sabar nak tinggalkan dunia ni ke?"

Gempa dan Solar hanya terdiam mendengar kata kata Reverse. Solar masih lagi cuba memproses apa yang sedang berlaku. Mula mula,Reverse serang semua elemental masa dalam badan Gempa. Tapi,bila Gempa dah ada,dia jadi takut semacam. Lepas tu,dia hentikan serangan dia bila Gempa masuk campur. Otak Solar tak boleh nak berfikir sekarang kerana banyak benda yang perlu diselesaikan.

"Cukuplah,Reverse. Kau tak boleh guna diorang untuk lepaskan kemarahan kau."kata Gempa.

Reverse tersentak mendengar kata kata Gempa. Dia membuka mulut untuk bersuara,tapi dipotong oleh Solar.

"Apa maksud kau,Gempa? Gunakan kitorang untuk lepaskan kemarahan? Apa yang kau cakap ni?"

Gempa memandang ke arah Solar. Dia mengimbas semula apa yang berlaku masa Reverse ambil alih badannya. Semasa dia tak mampu kawal badan dia sendiri,dia dapat rasa perasaan Reverse. Macam macam perasaan yang dia rasa. Benci,kecewa,sunyi, ditinggalkan. Semua bercampur menjadi satu. Menjadi dendam.

Tapi ada satu perasaan yang Gempa tak terfikir langsung akan ada dalam Reverse.Gempa balik ke realiti apabila suara Reverse kedengaran.

"Apa je yang kau tau pasal aku? Kau tak tau apa apa! So jangan nak berlagak macam kau tau!!"

"....aku tau."

Reverse terdiam apabila dua perkataan tu keluar dari mulut Gempa. Dia mula rasa tak tenang. Rahsia dia akan terbongkar. Kelemahan dia..semua orang akan tau.

"Korang..korang pernah terfikir tak apa sebenarnya personaliti Reverse?"

Soalan Gempa menyepikan suasana dalam kapal.

"...kemarahan..?"Thorn bersuara.

Walaupun hanya seorang daripada 6 orang jawab soalan,itulah yang Gempa nak dengar. Adik adiknya masih lagi tak tau apa apa.

"Kemarahan. Perkataan tu dah describekan Reverse. Tapi korang perasan tak...Hali pun kemarahan jugak?"

Sekali lagi mereka terdiam. Hali dah wakilkan kemarahan,jadi takkan la ada dua orang yang wakilkan kemarahan pulak kan? Bila fikir balik,sepatutnya elemental elemental tu wakilkan personaliti masing masing.

Gempa:berani, bertanggungjawab, perlindungan, pemimpin
Hali:mudah marah, serius, berkemudi
Taufan:ceria, suka bermain, riang
Blaze:mudah tertekan, cuai
Ice:Mudah pergi, tidak berpengalaman, tenang
Thorn:kebudak-budakan, Naif, tidak rasional(tambah comel kat situ👀)
Solar:terlalu yakin, agresif

Sepatutnya personaliti diorang tu tak boleh sama,jadi kenapa personaliti Hali ada dua?

























































Ya.

"Personaliti Reverse bukan macam Hali. Korang perasan tak..ada satu personaliti yang tertinggal. Personaliti tu takde pun antara kita bertujuh. Dan itulah personaliti Reverse."

Keenam enam elemental itu senyap,memerah otak untuk fikir apa personaliti yang Gempa maksudkan. Tiba tiba mereka mengangkat kepala serentak. Maknanya mereka dah tau apa personaliti yang tertinggal.

"Jadi..maksud kau..."Hali bersuara.

Gempa menganggukan kepalanya,seakan akan tau apa yang mereka fikir."Betul. Personaliti Reverse adalah-"

Kata kata Gempa dipotong dengan jeritan Reverse.

"DIAM!!DIAM, DIAM, DIAM, DIAM, DIAM!!! KENAPA PUN KALAU ITU PERSONALITI AKU YANG SEBENAR?! APA YANG KAU BOLEH BUAT PASAL TU?! KAU TAK TAU APA YANG AKU RASA!"

"Reverse,aku-"

"AKU KATA DIAM!! KAU..KAU JANGAN BERLAGAK MACAM KAU TAU SEMUA BENDA!Kau ingat..kalau kau ketua..kau boleh ubah semua benda?! Kau tak tau apa apa pasal aku..kau tak tau!! JADI JANGAN SENGAJA BUAT BUAT TAU!!! Walaupun kau kenal aku..tak bermaksud kau betul betul kenal aku!! Kau takkan boleh hilangkan dendam aku..TAKKAN!! Aku..aku akan pastikan korang terima balasannya..aku pasti!! Korang takkan dapat hentikan a-"

Kata kata Reverse dipotong dengan sepasang tangan membawanya ke dalam pelukan. Matanya melebar tanda terkejut.

"Personaliti sebenar kau..kesedihan,kan? 'Boboiboy' selalu lepaskan perasaan sedih kat kau..dia tak tau yang kau pun merana sebab perasaan tu...Aku mintak maaf bagi pihak Boboiboy..kau layak dapat lebih daripada rasa sedih...kau layak dapat lebih daripada tu..kau layak rasa gembira."

Mendengar kata kata Gempa,mata Reverse sudah mula berkaca kaca. Dia cuba menahan tangisannya namun Gempa masih boleh dengar.

"Lepaskan semua..jangan simpan lama lama..."kata Gempa dengan lembut.

Reverse sudah tak boleh tahan lagi tangisannya. Air matanya perlahan lahan jatuh membasahi pipi. Reverse memeluk Gempa dengan erat. Tak lama kemudian suara tangisan Reverse bergema dalam bilik. Mata para elemental menjadi lembut sebaik sahaja mendengar tangisan Reverse. Mereka tak sangka Reverse tanggung semua tu. Ahli Tapops yang lain hanya melihat dengan mata yang sayu.

10 minit kemudian,Reverse berhenti menangis. Tapi air matanya masih kelihatan. Gempa lepaskan pelukan dan merenung tepat ke arah mata Reverse. Matanya menjadi lembut apabila melihat air mata yang masih mengalir. Dengan lembut dia mengelap air mata Reverse dengan kedua belah tangannya.

Tiba tiba iris Reverse bertukar warna. Gempa hanya melihat dengan muka yang terkejut.

Kini,iris Reverse tidak lagi berwarna merah. Sekarang,warna putih rambutnya dipasangkan dengan iris baby blue yang baru. Gempa tersenyum melihat perubahan adik ketujuhnya itu.

Perlahan lahan,Rev mendekati dua Boboiboy itu. "Warna biru ek? Nampak sesuai dengan kau."katanya dengan senyuman manis.

Reverse mengangguk tanda terima kasih atas pujian Rev. Riak mukanya menjadi sedih.

"Rev,aku mintak maaf sebab hampir bunuh kau tadi. Aku melampau pulak tadi."katanya sambil mengusap belakang lehernya.

Rev tersenyum mendengar kata kata Reverse.

"Apology accepted!"katanya dengan nada yang ceria.

Keenam enam elemental lain segera pergi ke arah mereka bertiga.

"Jangan lupa kitorang jugak!!"

Suara ceria Taufan menangkap perhatian mereka bertiga.

Blaze melilit tangannya di sekitar bahu Reverse. "Jadi sekarang kita kawan,kan?"tanya Blaze dengan nada yang ceria tapi penuh harapan.

Reverse terdiam selama beberapa saat sebelum tersenyum dan mengangguk.

Thorn dengan gembiranya memeluk Reverse. "Bagus la! Aku dah lama nak main dengan kau!"

"Betul tu!"sokong Taufan.

Trio Trouble Maker sama sama mengheret Reverse untuk bermain sama sama.

Yang lain hanya sweatdrop melihat Reverse diheret oleh TTM itu.

"Kita tak sempat nak cakap dengan dia pun..."kata Solar.

Gempa tergelak kecil mendengar kata kata Solar. "Takpe,nanti korang boleh la sembang dengan dia."




































Bersambung...

𝐄𝐋𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐌Where stories live. Discover now