Chapter 19

400 41 0
                                    

Perjalanan mereka berlima ke lokasi yang tidak diketahui oleh 4/5 orang di situ mengambil masa 25 minit. Sepanjang perjalanan ke sana,tiada sesiapa berani bersuara. Takut menimbulkan atmosphera yang tak diundang pulak.

"Kita dah sampai."

Fang,Boboiboy,Rev dan Reverse menjenguk ke luar tingkap kapal angkasa. Boboiboy dan Rev masing masing tidak tahu tempat yang Kaizo bawak mereka itu. Manakala Fang dan Rev terkejut melihat planet dihadapan mereka. "Ni bukan ke..."

"Tak..tak mungkin!!" Fang memotong kata kata Rev lalu berlari keluar daripada kapal."Fang!!" Boboiboy segera keluar kapal lalu mengejar Fang dari belakang,diikuti dengan yang lain.

Tiba di satu tempat,Fang menarik nafas panjang akibat berlari."Tak mungkin!!" Dia tidak percaya apa yang ada di depan matanya. Benda yang sudah bertahun dia tak nampak. Kali terakhir dia nampak tempat itu mungkin masa dia berumur 3(?) tahun.

"Kenapa ni Fang?"Boboiboy yang baru sampai menepuk bahu Fang namun tidak dihiraukan.

"Kapten..ni bukan ke..."Fang bersuara sebaik saja Kaizo,Rev dan Reverse sampai."...rumah kita..?" Dia langsung tidak menoleh ke belakang. Fang terus merenung rumah yang dulunya cantik dan kemas,namun sekarang usang dan terbiar. Kaizo menghela nafas panjang lalu berjalan memasuki rumah itu. Fang dan yang lain ikut saja tindakan Kaizo.

Mereka semua melihat keadaan sekeliling. Semuanya tunggang langgang. Televisyen yang dulunya tergantung pada dinding,kini sudah pecah di lantai. Kerusi dan.meja yang dulunya tersusun kemas,kini patah dan bertaburan. Dinding pecah,kaca tingkap berselerak di atas lantai. Semuanya hancur. Sama seperti keadaan hatinya sekarang.

Kaizo berhenti berjalan. Tanpa menoleh ke belakang,dia berkata,"Fang,kalau kau nak tau..kat sini la mak ayah meninggal."

Fang seperti tidak percaya kata kata abangnya. Hati yang tadinya retak kini sudah hancur berkecai."Macam mana semua ni boleh terjadi? Kenapa kau rahsiakan daripada aku?!" Air mata mula mengaburi penglihatan si adik. Dia sedih. Sedih sangat.

Boboiboy yang melihat tidak mampu berbuat apa apa. Dia nak tolong,tapi ini hal dua beradik itu. Dia sedar,dia tak layak masuk campur.

"Aku terpaksa..."Setelah lama senyapkan diri,Kaizo mula bersuara. Fang segera mengangkat kepala untuk memandang ke arah abangnya."Kenapa?" soalnya.

Kaizo menghela nafas panjang. Seketika kemudian,dia memandang ke arah Fang dengan air muka yang sedih. "Dah sampai masa kau tau perkara sebenar. Aku akan ceritakan semuanya..."kata Kaizo. "...boleh kau dengar?" Satu senyuman terukir pada bibir. Bukan senyuman yang biasa dilihat semasa berlawan,kali ini,senyumannya menampakkan keikhlasan dari hati. Fang mulai tenang apabila melihat senyuman yang langsung tidak disangkakan dilihat kembali pada wajah abangnya. Perlahan lahan,dia mengangguk sebagai jawapan.

Mereka berkumpul di satu ruangan yang kurang kerosakan di dalam rumah Fang dan Kaizo. Fang tidak henti memandang si abang,menunggu Kaizo mula bercerita. Kaizo mengambil tempatnya lalu menghela nafas panjang. Seketika kemudian,dia memandang ke arah si adik yang dari tadi merenungnya tanpa henti dan bersuara.

"Benda ni jadi masa aku sekolah rendah dulu. Masa tu kau kecik lagi,jadi kau takkan ingat. Satu hari,lepas aku balik sekolah,rumah ni kosong,takde orang. Masa aku cuba cari kau dan mak,mak tiba tiba tarik aku masuk satu bilik. Mak kata kita diserang. Ayah pulak..aku tak tau apa jadi kat ayah. Mungkin..dia dah diserang dulu awal awal. Lepas tu,mak suruh aku bawak kau dan Enerbot lari jauh jauh dari rumah. Mak suruh lari tanpa mak. Mula mula aku tak nak..tapi mak kata semuanya akan ok..." tiba tiba saja Kaizo menundukkan kepalanya. Dia mula ketawa. Yang lain hanya memandang Kaizo dengan muka yang hairan. Kenapa dia gelak?

"Aku pun..percaya apa yang mak kata. Aku memang bodoh,kan? Hahahah..."Boboiboy,Rev dan Reverse memandang Kaizo dengan muka yang terkejut. Kaizo sedang ketawa,tetapi air matanya mengalir. Fang sendiri pun terkejut melihat kelakuan abangnya. Air mata yang dari tadi ditahan kini jatuh jua.

"Walaupun mak dah gadaikan nyawa dia untuk kita..Borara masih dapat kejar. Aku dah cuba lawan,tapi masa tu aku LEMAH! Aku terlalu lemah nak lindungi semua orang. Adik aku sendiri pun hampir dirampas! Tapi..aku terhutang budi kat Maskmana..sebab selamatkan kita. Kalau aku hilang kau jugak Fang...aku tak tau apa lagi tujuan aku hidup. Sebab tulah...aku berkhidmat untuk dia sampai sekarang."

Kaizo menarik nafas dan lepas. Dia mengelap air mata yang mengalir. "Aku mintak maaf Fang..aku mintak maaf sebab rahsiakan benda ni daripada kau. Aku buat semua ni..untuk jaga keselamatan kau...aku tak nak kau tenggelam dalam kegelapan disebabkan dendam. Aku tak nak adik aku jadi macam tu. Aku mintak maaf,Fang. Aku mintak maaf.. Aku tak kesah kalau kau tak nak maafkan aku. Aku faham. Kau ada hak untuk tak maafkan aku. Tapi aku cuma harap..kau faham. Tolonglah faham..."

Fang tidak cakap apa apa. Dia masih lagi memandang ke lantai. "Fang...kau kena faham...ni semua untuk kebaikan kau sendiri..."kata Boboiboy dengan lembut. Dia pun setuju,Kapten Kaizo tak patut rahsiakan benda ni daripada Fang tapi dia tau,semua orang berhak dapat peluang kedua.

Kaizo menghela nafas panjang. "Takpe,Boboiboy. Tu  hak dia sendiri. Kita tak layak masuk campur."katanya dengan lembut. "Kita patut balik sekarang. Mesti yang lain tengah risau-"

Kata kata Kaizo dipotong dengan satu pelukan. Fang memeluk abangnya dengan erat sekali. Seakan akan jika dia lepas,abangnya akan pergi buat selamanya.

Kaizo terkejut dengan tindakan adik kesayangannya itu. Namun,pelukan itu tetap dibalas dengan lembut."Terima kasih sebab jaga aku selama ni,Kapten."kata Fang.

Tiga beradik berambut hitam dan putih di sana hanya tersenyum melihat siblings vibes dihadapan mereka. Mereka memandang satu sama lain lalu ketawa.

____________________________________________________________________________________

Di dalam kapal...

"Kapten."

Kaizo memandang ke arah lelaki berambut putih bercalit hitam yang berada di belakangnya. "Kenapa?"

Rev memandang Reverse untuk mendapatkan kepastian. Reverse membalas pandangan Rev dengan anggukan. "Boleh tak bawak kitorang ke satu tempat?"

"Tempat apa?"

"Aku akan bagi koordinat dia nanti."jawab Rev.

"Bila korang nak pergi?"

"..."

Rev memandang Reverse untuk sekian kalinya. Mereka mengangguk serentak tanda keputusan sudah dibuat.Wajah Rev serius memandang Kapten Kaizo.


































































"Sekarang."



Bersambung...

𝐄𝐋𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐌Where stories live. Discover now