Dalam kapal angkasa Fang...
Kelihatan Fang sedang perhatikan satu susuk tubuh dihadapannya dengan tekun. Susuk tubuh itu sedang memandu kapal angkasa yang sama semasa kali pertama Fang bawa setelah mendapat signal SOS daripada Kokoci untuk menghulurkan bantuan dalam serangan nyamuk amuk. Fang mula sweatdrop melihat orang dihadapannya hanya buat macam dia tak wujud saja.
"Err...kapten. Biar la aku bawak kapal angkasa ni..."kata Fang untuk kali kelima.
"Tak payah."ringkas saja si abang menjawab. Haih,adik beradik sama je,dua dua keras kepala.
"Tapi-"
Kata kata Fang terhenti apabila sepasang mata merah menjelingnya. Jelingan itu cukup membuatkan bulu romanya meremang.
"Takde tapi tapi. Biar aku je yang bawak."Kaizo terus mengalihkan pandangannya ke depan,takut terlanggar sampah angkasa dalam perjalanannya.
'Tapi ni kapal angkasa aku...'keluh Fang dalam hati. Air mata halimunan mengalir di pipinya. Risau jugak 'Lily' dia hancur sebab abang dia. Tapi dia pasrah jelah..."Baik kapten..."
Keadaan dalam kapal menjadi sunyi sepi selama 4 minit berterusan. Dua dua dah rasa tak selesa dah dgn atmosphera yang tak diundang itu. Jadi mereka pun bersuara untuk menghilangkan kesunyian.
"Err..."
Terus tak jadi cakap. Tulah,sape suruh cakap serentak kan? Padan muka awkward terus HHAHAHA.
"Kau cakap dulu."arah Kapten Kaizo. Fang pun menurut saja perintah si abang."Kapten..nak pergi mana ni?"
Kesunyian mula melanda(lagi) selama 5 saat. 5 saat pun rasa macam 5 minit. Lama tu. Akhirnya dia mula menjawab,"Tengok je."
Fang facepalm secara dalaman,sudah mengagak apa yang abang dia nak jawab. Dia pun buat keputusan untuk menyelesakan diri dengan atmosphera yang sunyi itu. Takut nak tanya soalan lagi.
Mengetahui yang Fang sudah tiada benda untuk diacakapkan lagi,Kaizo pun membuka mulut untuk berkata kata. "Fang,aku-"
Belum sempat Kaizo habiskan ayatnya,tiba tiba kapal angkasa mereka bergegar dengan kuat,mengejutkan dua beradik dalam kapal angkasa itu. Gegarannya sangat kuat sehingga Kaizo pun terjatuh dari kerusi memandu manakala Fang sempat berpaut pada meja kawalan."Apa yang berlaku?!"soalnya sambil menolong Kaizo bangun. Mereka segera memandang keluar cermin tingkap kapal dan ternampak satu susuk tubuh berkepala petak berwarna hijau yang sangat dikenali. "Adudu?!" Fang menjerit pada musuh semula jadi kawan baiknya,Boboiboy."Apa kau nak hah?!"
Kaizo yang berpaut pada meja kawalan yang sama dengan Fang mula membuat muka tak puas hati.'Budak hijau ni cari pasal betul la...💢'marahnya dalam hati,tak puas hati sebab Adudu datang pada masa dia dah bersedia untuk bercakap dengan Fang.
"Macam biasa..serahkan jam kuasa kau,Boboiboy!!"
Krik krik..krik krik..
"Kau..cakap pasal Boboiboy ke?"Fang mula sweatdrop. "Yelah. Mana dia?"tanya Adudu yang masih blur.
Fang facepalm mendengar kata kata Adudu. "Haduhh..alien ni lah... Boboiboy mana ada kat sini. Dia tak ikut kitorang."jawab Fang sambil buat muka 'bodohnye alien kepala kotak ni' kat Adudu.
"Oh ye ke?"
"Nak buat apa ni Encik Boss? Nak balik rumah tak?"tanya Probe yang dari tadi senyap. Adudu tidak menjawab,masih lagi cuba memproses apa yang terjadi. Seketika kemudian,baru dia tersedar sesuatu."Heh..nak balik buat apa? Benda dah ada depan mata! Serang,Probe!!"
Fang dan Kaizo terkejut melihat serangan mengejut daripada Adudu. "Tak sempat nak keluar dan lawan!!"Kaizo sudah buntu.
Fang cuba memikirkan cara untuk menghentikan serangan Adudu. Tiba tiba...
"Reverse! Sekarang!!"
Fang,Kaizo,Adudu dan Probe terkejut mendengar suara yang sangat mereka kenali. Mereka segera memandang dari mana datangnya suara itu. Sebaik saja Fang dan Kaizo pandang belakang,tiba tiba saja Reverse meluru ke depan,mengejutkan mereka dan menghentikan serangan Adudu dengan mudah. Macam mana dia boleh bernafas kat luar kapal? Diakan separuh alien yang ada kat Boboiboy!
"Tetakan pedang gelap!!"
Dengan satu serangan,Adudu dan Probe melayang jauh dari mereka.
________________________________________________________________________________________________________________
"Macam mana kau boleh ada kat sini Boboiboy? Kau ikut kitorang ke?!"tanya Fang.
"Err..hehehe...sebenarnya..."
"Masa Kaizo ajak kau keluar tadi,dia perasan benda tu. Pastu dia ikut."jawab Rev.
"Dia ajak aku sekali."sambung Reverse.
Boboiboy perlahan lahan memandang ke arah Rev dan Reverse lalu memandang ke depan balik namun memandang ke beakang balik dengan laju kerana terkejut."Rev? Bila masa kau ikut?! Tak perasan pun!"
"Reverse ajak aku."kata Rev dengan selamba sambil menuding ke arah Reverse.
Kaizo melangkah ke depan dengan muka yang marah. "Kenapa korang ikut sekali?! Korang tak sepatutnya ada dalam kapal angkasa ni!!"
Rev melangkah ke depan untuk melawan."Eh eh eh! Habis tu kenapa korang curi dengar perbualan aku dengan Reverse? Korang tak sepatutnya dengar semua benda tu! Jadi kenapa kitorang tak boleh?"
Haih,bila dua abang bergaduh,boleh jadi perang ni. Boboiboy pun segera menghentikan pergaduhan mereka."Maafkan kami Kapten. Kami tau kami tak sepatutnya ikut. Tapi Fang kawan kitorang! Kitorang ada hak nak tau pasal family korang!"
Fang yang duduk di tepi terkejut mendengar kata kata Boboiboy. Macam mana Boboiboy tau apa yang abang dia nak buat sedangkan dia tak tau apa apa? "Pasal family kitorang? Apa maksud kau?"
Boboiboy memandang ke arah kawan baiknya dengan muka hairan."Eh? Kau tak tau ke Fang?"
Rev menghela nafas panjang."Dia tu adik. Mana tau apa apa. Macam kaulah,Boboiboy. Kau pun tau sebab aku bagitau,kan?"Boboiboy sweatdrop mendengar kata kata abangnya. Tapi dia tak boleh nak buat apa apa,benda tu memang fakta.
Fang mendekati Kaizo dengan muka ingin tahu."Kapten nak bawak aku pergi mana sebenarnya?"tanya si adik. Kaizo memandang muka Fang. Riak wajahnya ada sedikit rasa bersalah sebaik saja melihat ada kesedihan pada wajah adik yang tersayang. Dia menghela nafas panjang lalu menjawab.
"Kau akan tau bila kita dah sampai."
Bersambung...
Clyfieqh here! Sori sbb dh lama x update,sebulan lebih! Btw selamat hari raya aidilfitri semuaaa!! Sedap x lemang,rendang semua? Enjoy x first raya semalam? Mestilah enjoy kan,sape je x enjoy? Ok la,sampai sini je chapter kali ni! Sayonara!!
YOU ARE READING
𝐄𝐋𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐌
De TodoBoboiboy dan kawan kawan akhirnya mendapat rehat setelah banyak keluar menjalankan misi. Pada hari itu entah kenapa tiada alien jahat datang serang. Dah penat agaknya. Sedang mereka berehat,Adudu tiba tiba menyerang mereka. Sebelum Adudu sempat buat...