Chapter 16

491 45 1
                                    

Thank you for 100+ votes!!! I really appreciate it!!! Hope you guys love the story!! Oh and this chapter will be a bit sad(maybe). So i put sadness and sorrow to make it more sad😅😂you can start the music now! ⚠️Warning:isi chapter ini tidak ada kena mengena denga hidup dan mati! Rekaan semata mata sahaja.⚠️

________________________________________________________________________________________________________________

Boboiboy membuka matanya. "Aku kat mana ni? Mana semua orang?". Kelihatan sebuah taman bunga yang indah di sekelilingnya. Sejuk matanya melihat ciptaan Allah yang Maha Berkuasa itu. Dia terfikir,dia dah mati ke sekarang ni? Tapi dia masih belum ucapkan selamat tinggal pada kawan kawannya..ahli tapops..dan keluarganya...dia masih lagi tidak meminta maaf pada mereka,dia masih lagi nak luangkan masa dengan mereka. Dia masih belum bersedia untuk ini... Hatinya serabut memikirkan perkara itu. Tiba tiba,ada satu suara lembut memanggil namanya.

"Boboiboy..."

Boboiboy terkejut mendengar suara itu. Suara yang sudah bertahun dia tak dengar. Suara yang sangat dirindui,dia sentiasa rindu suara itu. Suara yang sangat dikenalinya. Dia sangat rindu pemilik suara itu. Perlahan lahan,dia menoleh ke belakang. Air matanya mula bergenang apabila melihat siapa yang memanggilnya tadi. Mulutnya terbuka,namun tiada apa yang keluar. Hanya bunyi esakan saja didengari. Akhirnya,dia bersuara.

"M...mak...?"

"Ye Boboiboy..."senyuman manis terukir pada wajah pemilik suara itu.

Air mata yang dari tadi ditahan mulai keluar daripada tempatnya.

"Mak!!!"

Boboiboy terus berlari lalu memeluk erat ibunya yang tersayang. Dia sangat rindukan ibunya. Dia rindu semua tentang ibunya. Suara,senyuman,dakapan, semuanya. Dia rindukan semua itu.

"Boboiboy...rindu sangat kat mak..."katanya sambil menangis teresak esak.

Ibunya tersenyum mendengar kata kata anak bongsunya itu. "Mak pun rindu kamu jugak..." Pelukan yang diberi dibalas dengan dakapan erat. Boboiboy sangat rindu dakapan itu. Kehangatan pelukan ibunya sentiasa dirindui.

"Boboiboy mintak maaf..sebab Boboiboy..mak..."

"Shh..."

Dengan lembut,Aisyah mengusap rambut Boboiboy untuk menenangkannya. Dia tidak mahu anaknya rasa bersalah atas pemergiannya. Dia nak anaknya bebas dari kekesalan itu.

"Boboiboy..kamu tak bersalah...ni semua salah mak...mak tak sepatutnya biarkan kamu main sorang sorang kat luar...mak dah tanggung semuanya..."

"Tapi.."

"Shh..."Aisyah memotong kata kata Boboiboy dengan meletakkan jari telunjuknya di mulut Boboiboy.

Boboiboy menjadi tenang sedikit. Tiba tiba moodnya bertukar.

"Ha! Mak! Boboiboy ada banyak benda nak cerita kat mak!"

Aisyah tergelak kecil melihat perubahan mood anaknya itu. "Ha cerita lah."

"Masa Boboiboy jumpa Ochobot kan,semua benda macam tak masuk akal. Boboiboy jumpa alien kepala kotak! Tak macam alien yang ayah bawak balik tu!"

Boboiboy meneruskan bercerita tentang perjalannya dari kali pertama dia dapat kuasa perlawanannya dengan Vargoba. Aisyah ketawa mendengar selama ni alter ego elemental saja yang mengawal perasaan anaknya itu. Dia juga gembira mendengar yang Reverse sudah di pihak mereka.

"Lepas tu,Boboiboy terdampar kat angkasa sampai membeku! Tapi masa tu la kuasa Solar keluar! Solar kalahkan Vargoba dengan satu serangan je! Habis stesen tapops hancur sebab Tembakan Solar Gerhana tu..."kata Boboiboy sambil memegang belakang lehernya.

"Tapi sekarang stesen tapops dah elok,kan? Jadi kamu tak perlu la rasa bersalah lagi."pujuk ibunya.

"Hmm! Nasib baik ada Solar,kalau tak mesti Boboiboy dah takde dah kat dunia ni!"selepas habiskan ayat itu,dia seperti tersedar sesuatu. "...mak..Boboiboy tak ucap selamat tinggal lagi kat kawan kawan Boboiboy...kat Rev..ayah...memang Boboiboy akan pergi macam ni je ke?"

"Apa kamu cakap ni?"

Boboiboy memandang ibunya pelik. "Bukan..Boboiboy dah mati ke?"

Ibunya senyap seketika sebelum menghela nafas panjang.

"Tak Boboiboy,kamu hidup lagi."

Boboiboy terkejut mendengar kata kata ibunya. "Tapi..macam mana Boboiboy boleh ada kat sini?"

Senyuman terukir pada wajah anggun ibunya. "Sini adalah tempat diantara hidup dengan mati. Kamu hampir mati,tapi sebabkan kuasa kamu,kamu masih lagi ada tenaga. Jadi kamu kena pergi balik ke dunia asal kamu."

Boboiboy tersentak. Dia membuka mulut untuk bersuara,namun tiada apa keluar. Dia menundukkan kepalanya.

Tiba tiba,satu cahaya kecil terapung ke wajahnya. Dia segera menoleh ke arah ibunya yang sedang merenung tangannya yang sedang berkecai menjadi cahaya tadi.

Boboiboy mula panik. Dia tak nak kehilangan ibunya lagi.

"Boboiboy,masa dah hampir tamat. Baik kamu pergi kat kawan kawan kamu."kata Aisyah.

Riak wajah Boboiboy bertukar menjadi resah. "Ta..tapi Boboiboy nak ikut mak! Boboiboy tak nak kehilangan mak lagi!!"

Air mata mula mengalir deras. Aisyah memandang anaknya dengan wajah yang sedih.

"Boboiboy,kamu tak boleh ikut mak. Kamu masih ada peluang untuk hidup." Tangan Aisyah mencapai tubuh Boboiboy namun Boboiboy makin menjauh.

"Tak nak! Boboiboy tak nak..!"

Aisyah segera memeluk tubuh hangat Boboiboy. Air matanya juga mengalir.

"Kawan kawan kamu masih lagi tunggu kamu bukak mata. Rev pun sama. Ayah kamu pun. Semua orang tengah tunggu kamu. Takkan kamu nak tinggalkan diorang macam tu je?" Kata Aisyah dengan lembut.

"Tapi.."

"Dengar cakap mak,Boboiboy..kamu kena balik ke keluarga kamu..."

Boboiboy terus mendiamkan diri. Dia menangis dalam dakapan ibunya.

Aisyah mengusap belakang Boboiboy. "Ingat pesan mak,boleh? Teruskan hidup kamu,jangan putus asa. Jangan mengalah dalam hidup. Janji dengan mak ye? Ingat Boboiboy,mak sentiasa tengok kamu dan Rev. Mak sayang kamu berdua sangat sangat..."

Tubuh Aisyah yang tadinya hangat perlahan lahan menjadi sejuk. Tiada lagi kehangatan yang dia mahukan. Cuma..sejuk. Sejuk. Macam orang yang dah mati.

Perlahan lahan,Boboiboy mengukirkan senyuman lalu mendongak. "Boboiboy janji."

Aisyah memberikan satu senyuman manis terakhir kepada anaknya. Perlahan lahan,wajahnya menjadi cahaya kecil seperti tangannya dan terbang ke atas. Boboiboy cuba mencapai cahaya terakhir tidak sampai. Hanya jari telunjuknya saja berjaya menyentuh cahaya itu. Dia terduduk lalu menangis di taman bunga yang indah itu.

𝐄𝐋𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐌Where stories live. Discover now