"Spesies A." Jawab Boboiboy."Spesies A? Tu spesies apa pulak?"Fang yang masih bingung bertanya. Kaizo juga berminat nak tahu maklumat tentang dua spesies terkuat di dunia. Diorang tak tau apa apa tentang spesies spesies ni sebab kebanyakan spesies sudah dianggap tidak wujud. Jadi tiada sebab untuk mereka tau.
"Spesies A ni spesies yang terkuat di galaxy. Sebenarnya,kalau spesies U tak ramai,spesies ni yang akan jadi spesies terkuat kat dunia. Kuasa diorang ada banyak. Salah satunya kawal minda orang lain macam spesies Ixora. Tapi diorang lagi pandai kawal daripada spesies Ayma. Kedua,diorang ada kuasa psikik. Kuasa ni lebih kepada mental. Jadi sesiapa yang kena serang dengan kuasa ni boleh jadi gila,bergantung dengan cara apa diorang guna. Diorang pun boleh kawal cuaca. Lagi..."Boboiboy memegang dagu, menunjukkan yang dia tengah fikir.
"Diorang ada deria yang kuat. Diorang boleh kesan musuh berdekatan ikut kuantiti tenaga. Jadi,lebih mudah untuk selesaikan misi kalau diorang ada dalam kumpulan kita." Kata Reverse dari belakang Boboiboy.
"Ha! Haah! Diorang ada deria yang kuat!"ulang Boboiboy,membuatkan semua orang sweatdrop. "Itu la yang aku cakap tadi."kata Reverse sambil facepalm.
"Lagi satu,diorang pun ada kuasa tak bernama tu. Tapi,spesies diorang dah diajar untuk kawal kuasa tu dari kecik lagi. Sebab tu diorang spesies terkuat!"terang Boboiboy. "Sebab tu la aku nak belajar kawal kuasa tu daripada spesies A ni."
Semua orang hairan mendengar kata kata Boboiboy kecuali Reverse. Memang la,diorang kan satu orang je. Ok tiber. (Rev:Oi! Time aku punya dialog la kau nak jadi tiber kan! Me:Hehe..sori ii) Balik pada cerita!
"Kau nak belajar dari spesies A? Kau kenal ke mana mana alien yang spesies A ni?"tanya Rev. Boboiboy tersenyum mendengar soalan Rev. Rev memandang Boboiboy dengan muka yang ingin tahu. Nampaknya Boboiboy tau sesuatu yang dia tak tau.
"Aku kenal sorang."jawab Boboiboy,mengejutkan Ayma. "Tapi macam mana? Diorang semua dah pupus dah. Kalau ada pun,takde sape tau kat mana diorang!"
Boboiboy menoleh ke arah Ayma dengan senyuman yang yakin. "Macam yang aku cakap tadi,aku kenal sorang. Dan dia survivor dalam spesies tu."
Semua terkejut(kecuali Reverse ofc). 'Dia kenal spesies A? Tapi bila? Macam mana?' Itu yang bermain dalam kepala semua orang.
"Dan aku yakin kau kenal orang tu,Rev."
Rev segera memandang Boboiboy dengan wajah terkejut. Beberapa minit kemudian riak wajahnya tenang kembali. 'Banyak lagi yang kau rahsiakan dari aku,Boboiboy. Satu hari nanti,aku pastikan aku tau semua benda tu.'bisik hati kecilnya.
"Ok,ok!" Semua orang memandang ke arah lelaki yang memakai headphone. "Jom tukar topik!"
Semua orang kecuali Team Freedom sweatdrop. Mereka hanya facepalm saja memandangkan mereka dah biasa dengan perangai Ruffy yang tak makan saman tu.
"Boboiboy,jom lawan!"cabarnya.
"Ha? Aku?"kata Boboiboy sambil menunjukkan jari telunjuk pada dirinya sendiri.
"Ehhh! Mana boleh!" Runa segera mendekati Boboiboy lalu menarik tangan kanannya. "Aku nak lawan dia dulu!"
"Tapi aku pun nak lawan dia!"kata Ayma sambil menarik tangan kiri Boboiboy. Semua orang sweatdrop melihat kelakuan Team Freedom. Rev sebagai ketua hanya menepuk dahi saja.
Tiba tiba badan Boboiboy ditarik ke belakang seakan akan dia ditarik oleh daya magnetik.
Zero memeluk Boboiboy dengan cara protective dari belakang.
YOU ARE READING
𝐄𝐋𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐌
RandomBoboiboy dan kawan kawan akhirnya mendapat rehat setelah banyak keluar menjalankan misi. Pada hari itu entah kenapa tiada alien jahat datang serang. Dah penat agaknya. Sedang mereka berehat,Adudu tiba tiba menyerang mereka. Sebelum Adudu sempat buat...