Daim memandang sekeping gambar lama di tangannya. Dadanya terasa senak. Gambar hitam putih yang terkoyak separuh itu dibelek tanpa kelip. Gambar sebuah keluarga. Gambar seorang ibu dan anaknya. Gambar wanita yang tak pernah dikenalinya, tak pernah ada dalam memori kehidupannya. Tak pernah wujud.
Gambar ibunya. Okāsan..
Shuichi memegang bahu Daim. Sudah hampir 30 buah rumah mereka pergi. Tapi tiada seorang pun yang kenal siapa wanita dalam gambar itu. "Kau sure sini tempatnya?" Tanya Shuichi sambil memandang Daim yang sedang menyandar pada kereta. Nafas yang dihembusnya kasar. Bahang matahari bukan main perit lagi. Badan terasa seperti ayam golek. Melekit. Peluh yang berjurai-jurai di dahi dan pelipis dikesat dengan belakang tangan.
Daim menggeleng kepala. "Aku tak sure. Tapi kat belakang gambar ni tulis nama tempat ni." Gambar di tangannya itu diterbalikkan. Tulisan tangan berangkai pada hujung belakang gambar dipandang. "Still haven't found the other half?" Shuichi bertanya. Daim menggeleng lagi.
"Tak. Tapi aku rasa lagi separuh gambar ni ada gambar ayah aku." Dia menjangka. Shuichi angguk setuju sambil mengambil tempat di sisi sepupunya itu. "Kau tahu nama mak kau?" Tanya Shuichi. Daim menjungkit bahu.
"Entah. Yang aku tahu, ayah panggil dia Mi. That's all."
"Mi? It could be any names. Mimi, Mika, Miki, Mina, Miji." Ujar Shuichi resah. Hendak cari ibu Daim seperti mencari sebiji permata di padang pasir. "Mak aku bukan orang Jepun Shuichi. Kau tak payah nak menjepunkan nama mak aku." Daim menjeling sebelum menegakkan tubuhnya. Gambar ibunya disimpan ke dalam dompet dengan cermat. Lelaki berbangsa Jepun itu hanya menarik senyuman senget.
"So kau nak buat apa sekarang?" Tanya Shuichi, memerhati gerak-geri sepupunya itu.
"Tak sure lagi." Daim cuba membayangkan wajah ibunya. Kenangan semasa kecil ketika di Malaysia dulu masih segar di ingatan namun wajah ibunya, hanya samar-samar. Entah kenapa, dia tak mampu nak ingat apa-apa tentang ibunya. Dia hanya dapat cedok cebisan-cebisan memori. Selebihnya luput dari ingatan.
Daim melepaskan satu keluhan berat. "Don't worry mate. We'll find her." Pujuk Shuichi. Bahu sepupunya itu dipegang kuat, memberi jaminan. Daim tersenyum tanpa berkata apa-apa. Tiba-tiba mata Shuichi bersinar-sinar. Daim menjungkit sebelah kening. Dia dapat tengok mentol menyala dalam kepala sepupunya itu.
"Weh, aku ada idea. I think we need a woman's touch to help us. Selalu perempuan hebat bab mencari ni. Connection ramai. What if we ask your princess' help? What do you say?" Cadangan yang keluar dari mulut Shuichi itu terus meleburkan senyuman di bibir Daim. Keningnya bertemu, dahinya berkerut. Telinganya berdesing mendengar nama itu.
"Kau boleh tak jangan sebut nama perempuan tu?" Daim memeluk tubuh. Hatinya yang tadinya sedikit tenang kini membara dengan api kebencian. Shuichi tak berkelip tengok sepupunya itu. "Perempuan tu? Siapa?" Tanya Shuichi pura-pura tak tahu.
"Hana la, siapa lagi?" Tempelak Daim jelik dengan lakonan sepupunya. "I never said your princess is Hana. Kau yang sebut." Ujar Shuichi sambil menayang senyuman nakal yang bersinar megah.
Daim mengetap rahangnya. "Aku tak faham la bro. Apasal kau tak suka kat Hana?" Soal Shuichi hairan. Jarang sekali dia lihat sepupunya itu tak menyukai perempuan. Secara amnya, Daim memang tak suka bergaul dengan manusia tapi dia takkan menzahirkan rasa benci. Sekadar dingin dan malas nak melayan. Jadi pelik sebab kali ni, sepupunya itu bersungguh-sungguh nak tunjuk yang dia tak suka kat Hana.
"I just don't like her." Balas Daim sambil menjungkit bahu. "What do you mean you just don't like her? Dōshite? Kanojo wa hijō ni ii da. She's nice, friendly, tak sombong, tak kekok. She's cool. Tak faham aku apa masalah kau. Really, I don't get you." Shuichi memegang dagu, cuba menganalisis kemungkinan yang menyebabkan Daim begitu tak berkenan dengan Hana. (**Kenapa? Perempuan tu baik kot)
YOU ARE READING
Aku Bukan Hana Tajima!
ChickLitHana merupakan seorang saintis dan kepala jabatan pusat kajian di sebuah syarikat Jepun, Samurai Industries. Seorang yang berkeyakinan tinggi, degil, witty, sangat opinionated dan tak ada sense of fashion. Daim menjawat jawatan PA kepada anak pemil...