Daim meninjau lagi stesen Hana. Masih tak sampai lagi? Tak pernah-pernah lagi perempuan traffic light ni lambat masuk kerja. Dalam pejabatnya pun tak ada. "Lambat Hana hari ni." Komen Vala, menyedari mata Daim yang acapkali melekat pada stesen dan pejabat Hana.
"Budin dah tried call dia. Tak masuk. Bateri dia mati kot. Budin cuba call Jannah kejap." Budin mendail nombor teman serumah Hana pula. "Dapat?" Vala bertanya. Budin menggeleng. "Hana ada meeting kan hari ni? Dengan semua HODs." Tanya Budin kepada Vala. Gadis India itu mengangguk risau.
"You masuk meeting dulu la Daim. Wakilkan Hana. We'll keep trying to reach her." Minta Vala sambil memegang bahu lelaki itu. Daim diam untuk beberapa saat sebelum mengangguk. Dia mencapai pen dan kotnya yang tergantung pada kerusi, sebelum keluar dari makmal menuju ke bilik mesyuarat yang terletak di tingkat paling atas.
Daim menghampiri meja setiusaha bertugas. "Hi Daim, you're just on time." Sapa setiausaha bernama Sheryl. Peramah orangnya. "Hi Sheryl. Is Hana here?" Tanya dia sambil meninjau ke dalam bilik mesyuarat melalui cermin kaca kecil di tengah-tengah pintu bilik mesyuarat itu. Macam dah full house tapi bayangan Hana macam tak ada dalam bilik itu.
"No, she's still not here. I thought she's with you." Sheryl menggeleng kepala. Tangannya menarik fail untuk mesyuarat hari ni. "Hana tak pernah lambat tau." Komen wanita itu. Daim menyandar pada mejanya sambil melirik pada senarai nama ketua-ketua jabatan yang menghadiri mesyuarat hari ni.
"Yeah. Her punctuality irks the hell out of me." Setuju Daim. Sheryl ketawa kecil dengar. "I know right? She makes all of us look bad with her crazy discipline. You dah try call dia?" Tanya Sheryl. "She should be here any minute." Balas Daim sambil mengangguk.
"Okay. I need to make a copy of these documents. You masuklah dalam dulu." Pelawa Sheryl sopan. Dia dah bergerak ke arah bertentangan di mana terletaknya mesin fotostat. "Nah. I'll wait for her here." Balas lelaki itu sambil menggeleng kepala, menolak pelawaan gadis itu.
"Okay." Sheryl buat tanda 'OK'.
"Ahem." Satu suara halus berdehem.
Daim menoleh ke sisinya. Seorang wanita tinggi, berambut lurus dan panjang, bermata biru dan bertubuh langsing sedang berdiri beberapa kaki darinya. Bibir wanita itu yang tercalit gincu merah jambu mengukir segaris senyuman manis. Daim menjungkit sebelah kening menanti wanita itu menyampaikan tujuannya berdiri macam tiang bendera di sebelah.
"Hi, I'm Herlina. You Daim kan?" Wanita itu akhirnya menghulurkan tangan kanannya. Wajahnya masih memakai senyuman manis. "Hi." Daim menyambut huluran tangan wanita itu.
"You PA anak Mr. Takahashi, betul?" Herlina memulakan perbualan. Nadanya pekat dengan loghat orang KL. Daim mengangguk sekali.
"Yes." Balasnya pendek. "Actually I tak pernah jumpa anak Mr. Takahashi. Mr. Shuichi kan nama dia?" Tanya wanita itu lagi. "Yes." Jawapan yang sama diulangnya sambil kepala diangguk sekali.
"I hope I can meet him someday. We could all have lunch together. Anyway, I'm the head of the marketing department. Kalau you need my help, just call me. Here's my card." Herlina mengeluarkan sekeping kad berlabel logo Samurai Industries dari handbag merah gelap yang dikepit dicelah lengannya dan dihulurkan pada lelaki itu. Daim menerima kad tersebut sebelum membelek sekilas.
"Thanks." Kad di tangannya diangkat sedikit sebagai tanda terima kasih.
Herlina melebarkan lagi senyumannya. "Will you be joining us?" Tanya wanita itu sambil menunjuk ke arah bilik mesyuarat.
"I will. I'm waiting for Hana." Balasnya sambil mengerling jam yang membelit pergelangan tangan. Lagi lima minit mesyuarat akan bermula. Mendengarkan nama Hana, senyuman berjuta-juta ringgit wanita itu lesap bagai dikesat-kesat.
YOU ARE READING
Aku Bukan Hana Tajima!
ChickLitHana merupakan seorang saintis dan kepala jabatan pusat kajian di sebuah syarikat Jepun, Samurai Industries. Seorang yang berkeyakinan tinggi, degil, witty, sangat opinionated dan tak ada sense of fashion. Daim menjawat jawatan PA kepada anak pemil...