Bab 15

39 1 3
                                    

*Updated 08/09/2022*

Daim memusingkan badannya menghadap dinding. Mata dipejam rapat. Malam sudah lama menggantikan siang, matahari sudah tenggelam dan bulan mencanak tinggi di atap langit, tapi mata Daim masih segar. Dia cuba kosongkan fikiran tapi tidur masih tak mahu datang menghanyutkan dia dalam mimpi indah. Daim bangun dan mula melakukan push-up dengan harapan rasa mengantuk akan menguasai diri. Genap 60 kali, dia terlantar kepenatan atas permaidani. Matanya masih lagi segar biarpun badannya sudah menjerit lesu.

Akhirnya dia bangkit dari lantai dan menuju ke ruang tamu. Lampu kuning bernyala malap sekadar menerangi ruang hadapan rumah. Daim melangkah ke balkoni dan membuka sliding door. Bibirnya segera membentuk segaris senyuman apabila dia melihat cahaya putih yang terpantul dari permukaan sfera bulan. Bulan purnama. Daim duduk bersila sambil menyandar pada sliding door. Bulan kelihatan seperti berlian yang memantulkan cahaya putih menyinari keheningan malam. Kalaulah boleh beli bulan, dia sanggup beli. Biar berjuta ringgit harganya, dia sanggup bayar. Asalkan boleh saksikan keindahannya setiap malam.

Daim menghela nafas berat. Sepanjang hari, fikirannya asyik terbayangkan Hana. Perbualan mereka, senda gurau dan tawa kecil gadis itu masih terngiang-ngiang di kepalanya. Menurut Jannah, Hana dah tak kerap bermimpi ngeri sejak dia jumpa pakar psikologi dan mula mendapatkan rawatan. Wajahnya juga kembali nampak seri dan sihat. Dia dah boleh ketawa dan bergurau. Daim tahu hatinya dah lama ditawan dan ditambat gadis itu saat denyutan nadinya berubah rentak setiap kali tawa kecil terlepas dari bibir Hana.

Daim melangkah masuk ke dalam, menuju ke bilik tidur. Dia menarik laci di tepi katil, matanya hinggap pada sebuah kotak kecil berbaldu hitam. Dia capai kotak itu sebelum duduk di atas katil. Perlahan-lahan Daim buka kotak tersebut. Bibirnya menguntum segaris senyuman nipis saat matanya disajikan dengan sebentuk cincin emas putih bertakhta permata berlian di tengah-tengah. Simple dan kena dengan gaya Hana. Daim menelan air liur. Buntu kepalanya memikirkan bagaimana nak melamar gadis itu. Dia tahu Hana tak suka heboh-heboh ataupun diberi kejutan di khayalak ramai.

Daim membelek cincin yang dibelinya pada ulangtahun ke lima bulan mereka setuju untuk cuba saling mengenali. Ya, hati dia hanya perlukan masa lima bulan untuk tekad mahukan gadis itu menjadi suri hati dalam hidupnya. Tapi sebelum dia melamar, Daim tahu dia perlu beritahu Hana perkara sebenar—siapa dirinya dan tujuan dia berada di Malaysia. Kotak cincin itu ditutup dan kembali diletakkan dengan cermat ke dalam laci. 

A/N:

A bit short but it'll do. I removed the lawan2 scene. Too cringy.

Let me know if you HEART this story in the comment section below and click the STAR button gais. Merci beaucoup for your undying support.

XOXO

Aku Bukan Hana Tajima!Where stories live. Discover now