Bab 2

48 3 3
                                    

Daim memakai cermin mata hitam aviator. Hampir 12 jam terperap dalam kapal terbang, naik kematu punggung. Nasib baik tak berbisul. Daim membiarkan wajahnya tercalit senyuman nipis. Lamanya tak jejak kaki ke tanah tumpahnya darahku ini. 

Teringat zaman kecil-kecil dulu. Masuk bendang, tangkap belacak, mandi sungai, kena sengat tebuan, panjat kerbau, tangkap ikan, panjat pokok kelapa dan curi buah kelapa, kena kejar lembu, main gasing, jerat ayam. Rindunya, Malaysia...

"Hisashiburi ne?" Shuichi, lelaki berdarah Jepun yang juga merupakan sepupunya menegur sambil menepuk belikatnya sekali, dua kali. Daim menoleh memandangnya sekilas sebelum mengangguk setuju. (**It's been a while)

"We're gonna be here for a while." Ujarnya sambil menarik senyum nipis. Lapang dadanya bila memikirkan dia akan berada lama di Malaysia. 

"Hey, I'm not complaining." Shuichi menjungkit bahu. Sepupunya itu memang dah lama terpaut hatinya dengan Malaysia. 

"Ikuzo, tabetai. I'm starving!" Bahu Shuichi dipautnya erat. (**Jom, nak makan)

"Matte o, konya okoru deshou?" Tanya sepupunya tiba-tiba sekaligus membantutkan langkahnya. (**Sekejap, malam ni jadi kan?)

"Apa yang jadi?" Daim menyoal kembali. Ada rancangan apa malam ni?

Shuichi memandang dia tak berkedip. "Honki dayou? Really bro? Kau tak ingat?" Daim ketawa dengar nada meluat yang mewarnai suara sepupunya itu. Dasar dramatik anak Jepun ni. (**Kau serious la?)

"Seriously, malam ni ada apa?" Tanya dia setelah tawanya reda. 

"House-warming party kat rooftop. Takkan lupa? Kau jangan Daim, aku dah minta budak-budak aku prepare semua benda." Shuichi memandang dia lama. Riak tak puas hati jelas di wajah Jepun dia.

Daim berkerut untuk beberapa saat sebelum ingatannya mulai kembali. Lupa pula sepupunya itu ada beritahu tentang rancangannya untuk berparti bersama teman-teman di Malaysia yang dah lama tak ketemu. 

"Oh sou. The party. Jadi, jadi. Tapi kau kena make sure takda sake atau booze atau wine. Semua yang berkaitan, faham? The old man would kill us both if he finds out." Daim memberi peringatan. (**Betullah)

"Wakatta. Ni siapa jemput kita ni?" Shuichi mengangguk sebelum mengerling sepupunya itu. (**Baiklah / Got it)

"Naik Grab je la." Balas Daim datar, meneruskan langkah. 

"Grab? Kau nak orang tua tu sembelih kita ke?" Cabar Shuichi sambil menjungkit sebelah kening. 

Daim terdiam sejenak. Dia melepaskan satu keluhan berat sebelum melihat telefonnya. Tiada sms atau Whatsapp, tiada juga missed calls

Kalau dah diperuntukkan wakil syarikat untuk menjemput mereka di lapangan terbang, mesti akan ada seseorang yang maklumkan perkara ni kepada mereka.

"No calls, no text messages. Nobody's going to fatch us. Dah jom, aku dah lapar ni. Kalau kau nak tunggu budak Samurai, kau tinggal. Aku gerak dulu!" Laju langkah Daim atur, dah malas nak menunggu. Perutnya sudah bergendang kelaparan.

Shuichi toleh ke arah ruang ketibaan, mencari andai ada sesiapa yang sedang menunggu mereka. Tiada sesiapa di ruang itu. Dia mengeluh akur. "Fine, let's go."

~*~

"Ah makanan Malaysia jugak paling sedap. Nanti bawak aku makan kat kari Nuar tu Daim." Shuichi mengusap perutnya yang kekenyangan. Bertahun lamanya dia tak merasa seribu rencah mengebaskan deria rasanya kegemarannya, kari kepala ikan Anuar di Bangsar. 

Aku Bukan Hana Tajima!Where stories live. Discover now