Bab 3

48 3 2
                                    

Hana masuk ke dalam makmal dengan hati berbunga. Mana tak gembira? Singgah kat kedai di tepi jalan nak makan nasi lemaHana masuk ke dalam makmal dengan hati berbunga. 

Mana tak gembira? 

Singgah kat kedai di tepi jalan nak makan nasi lemak, tiba-tiba ada orang belanja sebungkus. Siap dengan kuih-muih lagi. Alhamdulillah. Murahnya rezeki pagi-pagi ni. Bila perut dah kenyang, nak buat kerja pun senang.

"Morning Hana." Sapa Vala, salah seorang penyelidik di Samurai Industries. 

"Morning Koch. Dah breakfast?" Hana bertanya ceria sambil menekan cecair EcoAct sanitizer, produk keluaran Samurai Industries ke tapak tangannya. Satu kebiasaan yang diterapkan setiap pekerja makmal.

Vala menjulingkan mata dengar gadis itu menyebut nama gelarannya dalam makmal, Koch, inspirasi daripada salah seorang saintis yang menemui struktur kimia DNA iaitu Francis Koch. Sebagai gurauan dan motivasi, setiap penyelidik dalam makmal diberi nama timangan sempena nama saintis ternama dunia.

"Dah Einstein. I breakfast roti canai tadi. Nah, my mum ada bekalkan wadeh untuk you." Vala menolak bekas Tupperware ungu ke arah Hana. 

"Tak sangka I your mum ingat I suka wadeh. Wah, alhamdulillah, murah gila rezeki I hari ni. Cakap kat mak you, I sayang dia forever and ever." Balas gadisi itu terharu sambil membuka Tupperware ungu itu.

"Sedapnya bau." Hana dah terliur.

"Makanlah. Bersemangat dia buat untuk you tau." Vala ketawa tengok Hana rakus menghidu bau wadeh, kuih tradisional India kegemarannya. 

"Yeke? Awww, sweetnya your mum. Tapi V, I kenyang lagi ni. I baru breakfast nasi lemak. Ni I ada bawa nasi lemak dengan kuih-muih untuk semua orang. Tea break nanti I makan okay?" Hana menutup kembali bekas Tupperware dan simpan ke dalam laci. Sempat dia cekup satu kuih wadeh untuk melunaskan nafsunya sebelum dia simpan bekas berisi wadeh tu.

"Ya Allah, sedapnya V." Vala tersengih tengok reaksi spontan ketuanya itu. Bungkusan berisi nasi lemak diagih-agihkan ke meja penyelidik yang lain. 

"I know right? My mum'd be ecstatic if she saw your reaction." Hana terangguk-angguk sambil menikmati kuih tradisional India kegemarannya itu.

"Oh by the way Hana, anak Encik Takahashi dan PA dia nak jumpa you." Beritahu gadis India itu, menukar topik. Berlipat leher Hana tengok dia. Anak bos dah sampai? Terus kuih wadeh dalam mulut ditelan. 

"What? Now?" Tanya Hana tak percaya. Takkan sekarang? Pagi sangat ni. Hana menuju ke sinki dan mencuci tangan sebelum mengeringkannya dengan tisu bersih.

"Yeah. They're waiting for you in there." Angguk Vala sambil menjulur pen di tangannya ke arah sebuah bilik kecil yang dijadikan ruang pejabat. Rahang Hana jatuh. 

"Ha? Diaorang ada kat dalam tu? Sekarang?" Mata Hana mengikut arah yang ditunjuk gadis India itu. Vala mengangguk lagi.

"They've been waiting for almost 35 minutes now." Tambah Vala sambil melirik pada jam di dinding makmal. 

"What? Oh darn it. Apasal la diaorang tak inform kat I awal-awal? Okay, okay. Chill, no need to panic. Thanks V." Hana menggigit bibir sambil menarik dan menghela nafas beberapa kali. 

Tenang, tenang. You can handle this. Just breathe

Setelah jantungnya berdegup normal, digagahi langkah ke bilik di mana anak bos dan pembantu peribadinya sedang tunggu. Hana tarik nafas panjang-panjang dan kumpul semua kudrat yang ada sebelum menolak daun pintu bilik pejabat.

Terbuntang biji matanya bila melihat seorang lelaki tinggi lampai sedang leka menyelak dokumen-dokumen penyelidikan yang pernah mereka jalankan di sini. 

Aku Bukan Hana Tajima!Where stories live. Discover now