Bab 16
Taehyung membuka matanya. Dia tidak dapat melihat apa apa. Dia hanya nampak cahaya. Jin dan Namjoon membantu Taehyung.
"hyung, Tae buta" kata Taehyung dengan sengih di wajahnya. Namjoon memegang belakang kepala Taehyung.
"yang penting kau masih hidup"kata Namjoon.
" Wheein macam mana? "soal Taehyung. Namjoon memandang Jin.
" kau jangan risau pasal Wheein. Dia baik baik je dekat sana. Btw anak kau selamat dilahirkan semalam"kata Jin. Taehyung mengukir senyum.
"aku teringin nak duduk sebelah Wheein semasa dia melahirkan anak aku" kata Taehyung. Namjoon mengukir senyum.
"dahlah... Yang penting kau dapat jaga anak kau juga nanti" kata Namjoon.
"tapi aku tak dapat tengok wajah dia" kata Taehyung. Jin dan Namjoon menahan sebak. Tiba tiba Puan Kim serbu masuk ke dalam bilik Taehyung.
"Taehyungie... Omma nak minta maaf" kata Puan Kim.
"omma gwaenchanha. Semuanya dah lepas. Taehyung pun dah jumpa Wheein" kata Taehyung dengan senyuman di bibir. Dia mencari tubuh ommanya untuk dipegang. Puan Kim menahan sebak. Dia menekup mulutnya. Tidak sanggup melihat anaknya sebegitu rupa.
"omma jaga kamu ye sayang" kata Puan Kim dalam sisa tangisan. Taehyung sekadsr senyum.
"Namjoon hyung, bawa Wheein pulang ke Korea" kata Taehyung. Puan Kim hanya mendengar.
"omma nak sangat tengok gadis yang anak omma cinta ni" kata Puan Kim lalu mengusap pipi anaknya. Taehyung mengukir senyum.
*****************
Wheein pulang ke rumah selepas check out. Dia melihat anak kembarnya. Jungyeon masuk ke dalam. Dia melihat wajah dua budak kecik lelaki di sebelah Wheein.
"comelnyaa!! Apa nama diorang?" soal Jungyeon.
"Kim Woojin dan Kim Wooyong" kata Wheein dengan senyum.
"wahh tu mesti nama keluarga bapa diorang kan?" soal Jubgyeon. Wheein mengangguk sambil tersenyum. Air matanya mengalir setitik demi titik.
"both of them... Takde satu pon ikut muka kau. Dia ikut muka bapak diorang eh?" soal Jungyeon.
"haah. Hensem macam bapa diorang" kata Wheein. Jungyeon mencuit pipi baby kembar tersebut.
"kau tak nak balik Korea ke?" soal Jungyeon. Wheein terdiam. Banyak kenangan di sana. Tiba seorang lelaki di hadapan pintu bilik Wheein.
"Jinyoung?" soal Wheein. Jinyoung mengukir sengih. Dia melihat anak Wheein.
"wahh twin" kata Jinyoung. Dia meluru ke arah Wheein.
"adik keluar dulu. Bye" kata Jungyeon lalu keluar dari dalam bilik. Jinyoung mendukung bayi tersebut.
"muka dia, muka Taehyung" kata Jinyoung. Wheein menganggukkan kepalanya.
"kau ok?" soal Jinyoung. Wheein menganggukkan kepalanya.
"aku tak boleh lari dari takdir Jinyoung. Sejauh mana pun aku lari, aku tetap akan nampak dia dekat mana mana. Aku rindu bau dia. Lepas terserempak dengan dia dekat mall, aku dapat lepaskan rindu and bau dia masih sama" kata Wheein tenang. Jinyoung menundukkan wajahnya.
"kalau aku cakap ada orang lebih baik dari dia, kau boleh terima?" soal jinyoung. Wheein memandang Jinyoung.
"entahlah... Ambik masa untuk aku terima orang lain. Aku yakin dia jodoh aku" kata Wheein.
YOU ARE READING
Play Date [C] ✔️
RomanceBook | 2 Kim Taehyung seorang lelaki kaya. Dia seorang lelaki yang suka ke club. Dia juga dikelilingi oleh wanita.Dia juga bertemu seorang gadis yang menawan hatinya di sebuah club baru di Seoul. Wheein seorang perempuan yang bekerja di club pada wa...