Chapter 28

57 7 0
                                    

Bab 28

Wheein masuk ke bilik pejabatnya dengan agresif sekali. Bag tangannya dicampak ke atas sofa. Dia menjerit sepuas puasnya. Kasut tumit tingginya juga di balingnya. Geram bagai naik gila jadinya.

"tak guna betul... Eiii tak guna perempuan tu eiii dia belum kenal lagi aku sapa. Tunggu kau, aku lenyek kau nanti" Kata Wheein. Dia menyelam rambutnya ke belakang telinga. PAnya masuk selepas mendengar jeritan dari bossnya.

"Puan, ada masalah ke?" soal PAnya. Wheein memandang PAnya lalu menangis. Panik PAnya yang melihat bossnya begitu. Pantas dia menelefon rakan baik kepada bossnya.

Solar yang ada hari off datang kerana mendengar berita dari PA Wheein. Dia datang dalam keadaan panik. Dia membuka pintu bilik kerja Wheein. Wheein duduk sandar di sofa sambil menghadap siling. Dah berupa seperti orang gila. PAnya menuju ke arah Solar. Solar menanya apa yang jadi dan semua dijelaskan oleh PA Wheein tetapi tidak pada masalah yang dihadapi Wheein.

Dia duduk di sebelah Wheein. Tangan gadis itu digenggam. Wheein mengering ke arah Solar. Dia menangis sepuasnya. Panik pula gadis itu. Dia menepuk Wheein.

"ya! Kenapa kau menangis?" soal Solar. Wheein masih menangis.

"aku benci betullah... Kenapa dia buat aku macam ni?" soal Wheein dalam sisa tangis. Solar masih tidak memahami apa yang cuba Wheein sampaikan.

"ok slow slow cerita. Aku tak faham sangat ni" kata Solar. Dia juga cuba menenangkan Wheein.

"aku takut Taehyung nak duakan aku" Kata Wheein. Kata kata itu sudah cukup buat Solar marah. Dia menahan geram.

"selama ni dia bagai nak gila cari kau, takkan lah dia nak duakan kau. Aku tak rasa macam tu" kata Solar. Wheein cuba untuk mendengar kata kata Solar tetapi dia masih berjaga jaga juga.

"apa apa pun kau ada hak untuk naik hantu dekat betina tu" kata Solar lagi. Wheein mula menjadi waras. Dia menyelak rambutnya ke belakang telinga.

"now kau buat macam takde ape ape berlaku. Kalau tak kau senang untuk dikalahkan" kata Solar. Wheein memandang Solar. Dia menahan geramnya.

********************

Taehyung meminta tolong daripada Joy untuk mengambil anaknya di sekolah. Lalu diminta untuk membawa mereka ke office nya. Joy menunggu anak kembar Taehyung di luar sekolah. Dua budak itu keluar lalu memandang Joy. Joy menunduk bagi memandang mereka.

"kamu Woojin dan Wooyong kan?" soal Joy mesra. Mereka berdua memandang diantara mereka lalu memandang Joy.

"yes, aunty ni siapa?" soal Woojin sebagai abang. Joy tersenyum lalu membalas.

"nama aunty Joy. Aunty PA papa kamu" kata Joy. Wooyong menyorok belakang Woojin. Dia membisik sesuatu. Wooyong ini pemalu orangnya.

"mama kata tak boleh ikut dengan orang yang tidak dikenali" kata Woojin. Joy menggaru rambutnya yang tidak gatal lalu dia menelefon Taehyung. Taehyung menyuruh Joy memberi telefon tersebut kepada mereka berdua. Selepas beberapa minit bercakap, Woojin menamatkan panggilan.

"now,dah percaya?" soal Joy. Woojin memandang Wooyong. Nak tak nak terpaksa juga. Tetapi sebuah kereta berhenti di hadapan kereta Joy. Wheein keluar dari kereta itu. Woojin dan Wooyong ceria lalu berlari ke arah Wheein.

"sayang masuk dalam kereta" kata Wheein. Mereka hanya akur. Wheein datang dekat ke arah Joy dengan wajah tenang.

"satu sahaja saya nak cakap, jangan berani sentuh anak saya. Lagi satu, kalau boleh tak payah langsung ambil sibuk pasal keluarga saya. Just jaga tepi kain awak" kata Wheein. Dia berlalu masuk ke dalam kereta. Kereta itu berlalu pergi dari kawasan sekolah tersebut.

JOY masuk ke dalam pejabat. Taehyung yang berada di situ menunggu Joy membawa anaknya. Tetapi lain pula jadinya. Joy memandang Taehyung yang berada di situ.

"mana anak saya?" soal Taehyung.

"oh isteri boss dah bawa mereka pulang. Jadi saya balik sendiri sahajalah" kata Joy. Taehyung mengangguk faham. Dia mahu berlalu keluar lalu Joy memegang tangan Taehyung. Taehyung menatap mata gadis itu dengan tanda tanya.

Gadis di kaunter yang merupakan kawan kepada Wheein pantas menangkap gambar gadis itu. Lalu dia menghantar ya kepada Wheein. Phone di sorokkan.

"kenapa?" soal Taehyung.

"boss nak pergi mana?" soal Joy.

"oh saya nak pergi dekat isteri sayalah" kata Taehyung sambil menarik tangannya.

"how about the meeting?" soal Joy.

"just cancel it. Tak pon awak take lead. Kalau awak rasa nak buat" kata Taehyung dan berlalu pergi. Keretanya meluncur pergi dari situ. Joy mengeluh.

Taehyung menghantar message kepada Wheein. Wheein menghantar location di mana dia dan anaknya berada. Dia menekan pedal minyak dan kereta itu bergerak laju ke destinasi.

*******************

Taehyung masuk ke suatu tempat. Kelihatan Wheein menembak tepat ke arah sasaran. Woojin dan Wooyong turut menembak. Taehyung memerhati mereka dari belakang. Wheein menyuruh mereka menyerahkan gun lagi satu. Dia menarik nafas lalu hembus. Dia menekan picu lalu tepat ke arah sasaran.

Semua di situ ternganga melihat. Wheein masih melepas marahnya. Taehyung yang melihat turut menelan liur. Dia memegang bahu Wheein dan dia mengacau pistol ke wajah Taehyung. Terkejut lelaki itu dan membuatkan dia berundur ke belakang.

Wheein terkejut melihat suaminya berada di situ. Setahunya lelaki itu berada di office dan mempunyai meeting. Dia mencabut cermin mata yang dipakai. Anak anaknya turut menoleh lalu memeluk papa mereka. Wheein tersenyum melihat mereka.

"awak buat apa dekat sini? Bukan ada meeting ke?" soal Wheein. Dia mendapat gambar dari rakannya. Marah masih berada dalam dirinya tetapi dia masih dapat mengawalnya.

"oh saya batalkannya. Saya dengar awak datang ambik anak anak. Kenapa tak bagitahu saya?" soal Taehyung.

"Well saya utamakan anak anak dahulu dari kerja saya" perli Wheein. Wooyong memandang papanya.

"papa, nak ice cream" kata Wooyong. Nasib ada anak itu kalau tak kaku dia dengan jawapan Wheein. Mereka berjalan keluar dan menuju ke mall bersama. Kereta Wheein dibawa pulang ke rumah. Dia meminta ya dari bodyguardnya.

Mereka makan ice cream Baskin Robbins. Woojin dan Wooyong gembira dapat makan ice cream bersama keluarga tercinta. Taehyung hanya diam. Wheein makan ice creamnya. Dia terasa menang pula waktu itu.

"sayang, awak marahkan saya ke?" soal Taehyung berhati hati. Wheein hanya diam.

"saya buat salah apa?" soal Taehyung lagi.

"tak da salah apa apa. Awak sendiri akan tahu nanti. Saya tak nak mood saya hilang so tukar topik" kata Wheein. Taehyung diam sambil memuncungkan mulutnya.

"papa nak toys" kata Wooyong.

"habiskan ice cream dulu baru papa belikan" Kata Taehyung.

Anaknya akur lalu sambung makan ice cream. Taehyung mencuri lihat isterinya. Seusai membeli belah di situ, mereka pulang ke rumah.

🦝🦝🦝🦝

Please vote and comment tq💙

Play Date [C] ✔️Where stories live. Discover now