Bab 39
Taehyung dan Wheein masuk ke dalam hospital sakit jiwa bagi melawat Joy. Kelihatan keluarga Joy di situ. Taehyung memandang pelik. Dia tidak pernah berjumpa dengan keluarga Joy.
"aunty uncle" panggil Taehyung. Dia dan Wheein menunduk hormat kepada keluarga Park.
"aunty nak minta maaf atas perkara yang anak aunty dah buat pada kamu berdua"
"takpe aunty... awak pergilah jumpa dia sekejap. Saya tunggu dekat sini"
"awak dah gila ke... Karang dia terkam saya menjerit keluar suara perempuan saya dibuatnya" Wheein ketawa kecil.
"keluarga dia ada dekat sini... Jaga perangai awak sikit" Wheein berbisik sedikit. Taehyung mengeluh dan berjalan masuk ke dalam. Dia menegur Joy. Joy menoleh ke belakang.
"Taehyung oppa... Kenapa dah lama tak jumpa Joy. Joy rindu oppa" Taehyung mengukir senyum. Dia mengusap rambut Joy.
"abang tak dapat nak jumpa Joy. Abang kan dah kahwin dah ada anak... Soon abang akan ada baby" kata Taehyung lembut. Dia menoleh ke belakang sambil tersenyum melihat Wheein. Joy turut menoleh. Dia menunjuk wajah geram.
"tak habis habis perempuan sundal tu. Habis tu Joy ni tak berhak dapat cinta abang ke?"
"tak... Sebab orang lain tak sama macam Wheein. Abang minta diri dahulu" Taehyung ingin berjalan keluar. Joy mula bertindak di luar kawalan. Doktor dan nurse berlari memegang Joy. Polis yang menjaganya turut memegangnya.
Wheein mula merasa risau. Taehyung keluar dari situ. Dia menunduk hormat kepada keluarga Joy.
"kami minta diri dahulu" ucap Taehyung. Taehyung menarik tangan Wheein. Wheein menunduk hormat dan mengikuti Taehyung dari belakang.
"kenapa awak tarik saya macam tu je. Kot ye pon bagi saya masa sedikit"
"mak boyot kan jalan lambat... Patutnya awak yang jalan dulu baru saya" Wheein menumbuk perut Taehyung. Tersedak Taehyung dibuatnya.
"sayang janganlah tumbuk saya macam tu. Sakit tahu tak" Wheein membuat bodoh dan masuk ke dalam kereta.
"nasib dalam perut tu ada anak aku kalau tak dah kene terkam dengan aku" Taehyung berjalan masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan. Kereta porche miliknya hilang dari situ.
TAEHYUNG dan Wheein masuk ke dalam hospital untuk membuat check up. Selepas berjumpa dengan doktor, Wheein dan Taehyung keluar dari bilik tersebut.
Taehyung memegang belakang badan Wheein. Wheein melihat Taehyung yang kali ini semakin mengambil berat tentangnya.
"sayang... Kalau nak apa apa cakap tau"
"aqak ni melebih lah... Doktor cakap baby sehat je. Awak tu yang melebih. Jom makan saya lapar"
"before that... Kita kene ambik twin dekat rumah omma"
"kalau macam tu makan sana jelah. Omma masak lagi sedap" Wheein jalan mendahuluinya. Taehyung tidak habis terkejar isterinya itu.
Mereka tiba di rumah Taehyung...
Woojin dan Wooyoung berlari memeluk omma mereka. Taehyung di sebelah hanya memandang. Anak anaknya selalu melupakan dia hrmm apalah nasib.
"papa tak nak peluk ke? Korang tu papa yang buat tau" Wheein meluku perut Taehyung. Lelaki itu mengerang kesakitan.
"apa ajar budak bukan bukan tu?" soal satu suara. Puan Kim keluar dengan menyarung selipar.
"betul apa... Takkan salah pula" Wheein menggelengkan kepalanya. Mereka berjalan masuk ke dalam. Taehyung mengusap perutnya.
YOU ARE READING
Play Date [C] ✔️
RomanceBook | 2 Kim Taehyung seorang lelaki kaya. Dia seorang lelaki yang suka ke club. Dia juga dikelilingi oleh wanita.Dia juga bertemu seorang gadis yang menawan hatinya di sebuah club baru di Seoul. Wheein seorang perempuan yang bekerja di club pada wa...