Chapter 3

299 10 0
                                    

Bab 3

Wheein meneguk air arak tersebut. Dia memandang atas. Dia mula berfikir bagaimana mahu berjumpa dengan lelaki itu semula.

"cari saya ke?" soal seorang. Wheein memandang belakang. Taehyung duduk di sebelahnya dengan sebuah senyuman.

"ye saya cari awak, no i mean no" kata Wheein. Taehyung ketawa kecil.

"you look different. Apa kerja awak?" soal Taehyung.

"siang saya kerja sebagai waiter di sebuah restaurant and malam sebagai pelacur" kata Wheein tanpa lapik. Taehyung memandang Wheein.

"jujur eh awak" kata Taehyung.

"hidup kena jujur nanti jadi masalah pula" kata Wheein.

"harini apa kerja awak?" soal Taehyung.

"saya nak dapatkan lelaki tu" kata Wheein. Dia menunjuk ke arah lelaki kaya tersebut. Taehyung ketawa kecil.

"seriouslah. Awak nak dapatkan lelaki tu?" soal Taehyung. Wheein menganggukkan kepalanya.

"ok first awak kene goda dia betul betul. Dia bukan lelaki yang senang digoda tau" kata Taehyung.

"saya tahulah ni kepakaran saya tau. Awak pergi main jauh jauh. Saya nak buat kerja saya" kata Wheein. Dia mula mengambil cawannya dan berjalan ke arah lelaki kaya tersebut.

Taehyung hanya memerhati tingkah laku Wheein. Wheein duduk di sebelah lelaki tersebut. Pada mulanya lelaki itu jual mahal tetapi Wheein berjaya mengambil hati lelaki tersebut. Dia mula menggoda.

"hebat dia ni" kata Taehyung seorang diri.

"perempuan mana?" soal Namjoon.

Taehyung memandang Namjoon. Dia meneguk air araknya. Namjoon masih menunggu jawapan Taehyung.

"perempuan tu. Dia lain bagi aku" kata Taehyung.

"dah tu cakap dengan dia elok elok" kata Namjoon.

"nantilah" kata Taehyung.

"kalau kau betul betul sayang dia, ask her" kata Namjoon. Dia menepuk perlahan bahu Taehyung dan berlalu pergi. Taehyung mengetap bibirnya. Matanya hanya memandang Wheein.

********************

Taehyung bermain dengan bola pingpong. Dia baling lalu menangkapnya sambil baring. Dia masih berfikir. Perlu ke dia bertanya kepada Wheein. Atau dia perlu mengajak wanita itu keluar bersamanya.

"kalau aku ajak dia, nak ke dia?" soal Taehyung seorang diri. Dia mengambil bantalnya lalu menekup ke mukanya.

Jimin masuk ke dalam. Dia memandang Taehyung lalu menggelengkan kepalanya. Dia duduk di birai katil.

"kau ok ke tak ni?" soal Jimin. Taehyung menggelengkan kepalanya. Jimin ketawa kecil.

"haih comel kawan aku sorang ni. Tak habis lagi fikirkan perempuan tu?" soal Jimin. Taehyung menggelengkan kepalanya.

"kau kalau suka terus terang sahajalah. Tak pun kalau tak nak buat dia rasa pelik kan, kau bawaklah dia jalan jalan. Mana tahu dia dapat rasa macam mana kau rasa" kata Jimin. Taehyung memandang Jimin.

"betul jugak kata kau tu. Tapi macam mana? Aku bukannya pernah bercinta pun selama ni. Cakap dengan perempuan pun kene buat ayat" kata Taehyung.

"kalau kau cinta seseorang semua benda jadi senang. Trust me. Pergilah ajak dia keluar" kata Jimin.

"malam nilah. Kalau sekarang bukannya aku tahu dia kerja dekat mana, mana dia tinggal" kata Taehyung.

"kau bukan kaya ke? Upah jelah orang" kata Jimin.

Play Date [C] ✔️Where stories live. Discover now