Chapter 27

60 8 2
                                    

Bab 27

Wheein terjaga dari lena. Dia bangun dari baringannya. Melihat Taehyung tidur di sebelahnya. Bau arak dihidu pada suaminya. Wheein berfikir. Dia mengelak fikiran negatif di kepalanya dan berlalu masuk ke bilik mandi. Kedengaran pancuran air di dalam bilik mandi.

Seusai mandi, dia berlalu keluar. Suaminya bangun sambil memegang kepala yang terasa sakit. Wheein mengeringkan rambutnya yang basah. Taehyung mengerut dahi melihat wanita di hadapan meja solek.

"wow cantiknya gadis yang berada di hadapan meja solek tu. Siapa dia ye?" soal Taehyung. Wheein mengeluh.

"you're wife Kim Taehyung" kata Wheein. Taehyung tersengih lalu tertawa kecil.

"my wife. Betullah... Wanita tercantik yang duduk di hati ini" kata Taehyung dengan senyuman di bibir. Wheein menggeleng melihat kecomelan suaminya. Dari marah terus reda marahnya.

"awak pergi mana semalam? Bau arak merata rata" kata Wheein. Taehyung tersengih seperti budak kecil.

"saya stress lepak club saya. Dah lama tak enjoy kan"kata Taehyung.

" enjoy, enjoy juga. Ingat awak tu suami orang dan ada dua anak. Also awak tu dah makin berumur bukan zaman muda muda dulu"kata Wheein. Matanya masih fokus di hadapan cermin. Taehyung tertawa mendengar omelan isterinya.

" of course I won't forget it. I ada isteri yang cukup lengkap lagi. Buat apa I nak cari orang lain?" kata Taehyung.

"dah pergi mandi... Busuk" ejek Wheein. Bulat mata Taehyung. Dia bangun lalu menggeletek tubuh isterinya. Wheein tertawa menolak suaminya itu. Taehyung turut ketawa. Mereka berciuman sehingga Wheein menolak suaminya itu dan menyuruhnya masuk mandi. Taehyung akur dan berlalu ke bilik mandi.

*****************

Jennie berjalan keluar dari kedai. Dia melintas jalan untuk ke keretanya. Tiba tiba satu kereta yang hampir melanggarnya. Jennie cuba mengelak dan kakinya terseliuh kerana dia memakai high heels. Seorang lelaki keluar dari dalam kereta.

"cik tak apa apa?" soal lelaki itu. Jennie melihat gerangan tersebut. Dia menyambut huluran tersebut dan ingin bangun tetapi dia terhenti apabila kakinya terasa sakit.

"saya tak boleh bangunlah. Terseliuh kot" kata Jennie. Lelaki itu mengangkat tubuh Jennie. Terkejut Jennie melihatnya. Lelaki itu masukkan Jennie ke dalam keretanya. Kereta itu berlalu pergi ke klinik.

Seusai membuat pemeriksaan, mereka berlalu keluar. Lelaki itu menolong Jennie. Jennie mengucap terima kasih.

"nama awak apa ye?" Soal Jennie mesra.

"Park Jin young"kata lelaki itu.

" I'm Jennie. BTW terima kasih ye tolong saya. Saya minta diri dulu"kata Jennie.

"it's OK, saya hantar awak balik. Kereta awak nanti saya suruh guard saya hantarkan" kata Jinyoung. Jennie tersenyum malu. Lalu dia mengangguk perlahan. Tersipu malu dia bersama lelaki itu.

WHEEIN termenung jauh memandang pemandangan dari bangunan syarikat ya. Seseorang mengetuk pintu biliknya dan berlalu masuk ke dalam. Wheein menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya apabila melihat gerangan tersebut.

"omg Jin young!!" jerit Wheein riang lalu berlari memeluk Jinyoung. Jinyoung tersenyum melihat Wheein.

"aku fikir kau dah lupakan aku" kata Jinyoung. Wheein menjeling sinis.

"takkanlah aku nak lupakan orang yang pernah tolong aku dulu. Kau macam mana sekarang? Dah ada girlfriend ke?" soal Wheein. Jinyoung tersengih.

"nampak macam ada ke?" soal Jinyoung. Wheein menggeleng kepalanya.

"kesian Mrs. Park. Dia teringin nak tengok anak dia kahwin lepastu ada cucu. Kau ni bagi lah dia menantu" kata Wheein. Jinyoung ketawa kecil.

"nantilah... Kahwin ni tak boleh dipaksa" kata Jinyoung. Wheein menjeling.

"kau macam mana dengan Taehyung?" soal Jinyoung. Wheein tersentak. Dia memandang Jinyoung.

"ok je... Macam biasa" kata Wheein.

"goodlah... Kalau dia buat kawan aku sorang ni sedih, memang aku belasah dia" kata Jinyoung. Wheein tertawa kecil. Jinyoung tahu ada yang tidak kena. Dia perasan akan riaksi Wheein sebentar tadi.

*******************

Wheein sekali lagi menunggu kepulangan suaminya. Dia melihat jam di dinding menunjukkan pukul 12 pagi. Wheein baring menghadap siling.

Dia bermain game uno yang di download di dalam telefonnya. Sekali lagi dia mengerling jam menunjukkan pukul 12:30 am. Wheein mengeluh. Makin lama suaminya pulang lewat. Dia mengeluh dan naik ke atas.

Keesokan harinya, dia perasan suaminya tiada di sebelah. Dia asyik terjaga sahaja. Pukul 3 pagi masih tiada lelaki itu. Dia berfikiran positif. Wheein membersihkan dirinya.

"mommy, harini mommy hantarkan?" soal Woojin yang menerjah masuk ke bilik mommy nya. Nasib waktu itu mommy nya sedang bermakeup.

"haah sayang. Tunggu ye nanti mommy datang" kata Wheein. Setelah siap, dia berjalan keluar. Tidak lupa juga bag baju untuk suaminya. Dia berjalan keluar dari dalam bilik.

Seusai menghantar anaknya ke tadika, dia pantas menuju ke office suaminya. Dia masih berfikiran positif. Dia melihat pekerja di situ memandangnya. Dia menunduk hormat dan pekerja di situ membalasnya. Wheein menekan butang lift.

Tiba di tingkat atas, dia keluar dari dalam lift. Melihat PAnya yang tiada di tempatnya terus Wheein menerjah masuk. Kelihatan Taehyung dan PAnya itu duduk bersebelahan.

"hello bitchess!" kata Wheein kuat membuatkan mereka menoleh memandang Wheein. Terkejut Taehyung memandang isterinya yang berada di hadapan pintu.

"hello sayang" kata Taehyung mesra. Wheein tersenyum sinis. Dia mencampak bag kertas yang berisi baju Taehyung.

"hrmm... I think tak perlu kot baju tu. But maybe you perlu untuk satu malam lagi. I blah dulu" kata Wheein. Dia sempat memberi pandangan tajam pada Joy. Gadis itu menundukkan wajahnya. Wheein berlalu keluar. Taehyung mengejar isterinya lalu menarik tangan isterinya.

"lepaslah!" Marah Wheein.

"kenapa marah ni? You lately mood lain macam. Period ke?" soal Taehyung. Wheein tersenyum sinis.

"period? Excuse me, kenapa you tak balik semalam? Saya tunggu awak tahu tak?" Marah Wheein. Taehyung mengusap belakang lehernya.

"sorry sayang, saya lupa nak bagitahu yang saya kerja lewat malam. Sorry eh buat sayang risau. Thank you hantarkan baju" kata Taehyung. Wheein menjeling dan terus pergi. Jangan main main bila isteri tengah marah.

Wheein masuk ke keretanya. Dia menjerit sepuas puasnya. Marah beuul rasanya melihat suami sendiri dekat dengan PA macam tu sekali. PA dia pon satu bukannya nak jarak. Dah tahu tu laki orang pi rapat lagi. Habis dihonnya kereta itu.

Guard masuk ke bilik kerja Taehyung dan memaklumkan perkara tersebut. Taehyung melihat rakaman cctv dan kelihatan isterinya menekan hon. Dan kereta itu meluncur laju keluar dari bangunan tersebut. Taehyung menggigit jarinya. Ada sesuatu yang tidak kena dengan isterinya itu. Apa yang difikirkan pun dia tidak tahu.

🦝🦝🦝🦝

Please vote and comment tq💙

Play Date [C] ✔️Where stories live. Discover now