"Selamat datang ke Memory Island,wahai sahabatku yang bebal lagi diperbebalkan."Kata Louise dengan senyuman selebar model di iklan Colgate sambil menarik kolar Jack yang masih lagi tidak boleh bergerak akibat mantera Louise.Jack hanya menjeling tajam ke arah jejaka berambut perang itu.Menyampah pun ada.
"Ya,ya aku tahulah nama tempat ni Memory Island.Lagi satu,lepaskan lah aku woi.Aku pun reti apa jalan sendiri."Bebel Jack sambil berusaha untuk melepaskan dirinya daripada kuasa Louise namun tidak berjaya.
"Reti ke tak reti ke,kisah apa aku?Lagipun bukannya selalu aku dapat tarik salah satu daripada The Guardian macam ni.Bukankah ianya merupakan suatu pengalaman yang baru dan menyeronokkan?"Balas Louise sambil tergelak besar.
"Kepala bijak anda!Lepaskan aku sekarang!"
"Tak nak."
"Cepatlah....!"
"Aku kata tak nak,tak naklah."
"Tapi masalahnya apa yang kau buat sekarang ni memalukan aku tahu tak?!"Marah Jack dengan muka yang semakin memerah.
"Heh~apa yang memalukannya?"Tanya Louise dengan nada mengejek.Saje je nak menyakat si Jack sambil berlakon acah-acah innoncent.
"Apa yang memalukan kau kata?!Aku salah satu daripada The Guardian,Jack Frost ditarik paksa oleh tangan kanan Tiana yang beratus-ratus kali ganda lagi lemah dari aku.Mestilah ianya merupakan sesuatu yang memalukan!"Jerit Jack dengan kepalanya yang berasap.Eh mamat ni,aku cukur karang rambut perang hodoh kau tu biar botak licin baru tahu.Biar jadi bujang single sampai ke mati walaupun Jack pasti yang Louise juga pernah mati sebelum menjadi roh bawahan Tiana.Tapi biarlah,biar dia rasa nikmat kena tarik nyawa kali kedua.Padan muka.
"Itulah yang membuatkannya menjadi lebih seronok."Balas Louise sambil mengenyitkan matanya ke arah jejaka berambut putih itu sambil tersenyum sinis.
"Tak guna punya member!Sekali kau lepaskan aku,aku cincang-cincang kau pakai kuasa--AUCCHH!!!"Secara tiba-tiba,Jack mula mengerang kesakitan.Mukanya semakin memerah manakala ekpresi wajahnya berkerut hebat.Louise yang perasan akan perubahan ekspresi rakannya itu terus melepaskan mantra yang dikenakan pada Jack sebelum bergegas ke sisi jejaka berambut putih itu.
"Hey,kau tak apa-apa ke?Woi,janganlah buat aku risau wei!Are you okay,Jack?Answer me!"Jack yang sudah terkulai lemah di atas tanah sambil mengenggam erat rambutnya itu hanya menganggukkan kepalanya.
"Aku... aku...."Jawabnya dengan nafas yang termegah-megah.Manakala tangan putih pucatnya digerakkan ke arah Louise.
"Kau nak aku panggil tabib istana ke?Kau nampak macam orang dah nak nazak tahu."Tanya Louise dengan nada yang panik.Baru-baru ini dia ada mendengar rumor dari Tiana yang sejak kebelakangan ini,Jack kerap pengsan atau diserang sakit kepala yang kuat.Ianya memang agak pelik kerana The Guardian merupakan reinkarnasi roh yang istimewa dan kuat berbanding dengan roh-roh yang lain seperti Louise yang merupakan bawahan para Guardian.Ini menjadikan mereka immortal dan susah diserang penyakit apatah lagi pengsan tanpa sebab.Namun lain pula ceritanya dengan Jack.
"Louise....aku ada....benda nak...bagi tahu....ni...."Bisik Jack dengan mafas yang termegah-megah.Louise yang mendengar rintihan lesu milik Jack terus mendekatkan dirinya ke arah sang jejaka tersebut.
"Apa dia?"
"Kau tengok....sana...dekat patung tu...."Tunjuk Jack sambil menunding jarinya ke arah sebuah patung kecil yang merupakan sebuah ajimat keselamatan yang diletakkan diseluruh pulau tersebut untuk mengelakkan daripada dicerobohi oleh orang luar.
"Kenapa dengan patung ajimat tu?"
"Kau tengok...betul...betul...kat sana..."
"Ahah.....kenapa?"
YOU ARE READING
The Guardian & The Element
FantasyDua dunia yang berbeza,seorang ratu yang cool dan seorang roh jejaka yang langsung tak matang. Seoarang the Fifth Element,seoarang lagi The Fifth Guardian. Mereka mempunyai satu matlamat yang sama untuk mempertahankan dunia daripada Penguasa Kegelap...