"Akhirnya,kau akan bangkit makhluk kegelapanku!Sekarang....lakukan segala perkara yang kalian mahu dan hancurkan segala benda yang berada di hadapan kalian!!!!!"
"AAAAAHHH!!!!!!"
'Slash!'
'Boom!'
"To...Tolong...."
"Sesiapa,tolong!!!"
"Aku tak nak mati!!!!!"
"TOLONG!!!!!"
'GROWWLLLL!!"
"Sekarang,kau akan musnah,The Element.Tiada sesiapa lagi yang dapat tolong kau.Bahkan The Guardian sekalipun.....hahaha....HAHAHAHA!!"
***
"Aah!!"Eliza terjaga dari tidurnya dengan nafas yang tercungap-cungap.Peluh dingin mula menitis di setiap penjuru kulit putihnya yang semakin pucat.Matanya terbuntang luas sambil memerhatikan sekeliling biliknya dengan perasaan ketakutan.Eliza memeluk erat badannya dengan percikan air mata yang berkumpul di tubir matanya.Dia masih lagi trauma dengan mimpi yang baru sahaja dia hadapi sebentar tadi.Rakaman mimpi tersebut masih bermain dengan jelas dalam kotak fikiran Eliza.
Dia melihat keadaan Arendelia yang sudah hancur,darah menghiasi bangunan dan tanah kerajaan tersebut,mayat yang mati dalam keadaan brutal bergelimpangan dalam bilangan yang terlampau banyak sehingga setiap selok belok jalan Arendelia akan dihiasi dengan mayat tersebut,sekumpulan haiwan yang tersangatlah besar dan ganas menyerang kerajaan Arendelia sehingga berlakunya pembunuhan scara besar-besaran dan meratah sisa-sisa mayat tersebut dengan keadaan yang menjijikkan.
Tetapi,perkara yang lebih menakutkan bagi Eliza ialah kehadiran seorang lelaki.Seorang lelaki yang berpakaian sut hitam dengan mantel putih.Dia berdiri di belakang askar-askar makhluk buas tersebut dengan tatapan yang penuh dengan nafsu membunuh.Gelak tawa jahatnya mula bergema di gegendang telinga Eliza sehingga menyebabkan sang ratu tersebut mula mengalirkan air matanya.Dia menekup kasar kedua-dua belah telinganya dengan harapan bahawa bunyi itu akan segera menghilang.
Dia takut.Sudah berapa hari dia bermimpi perkara yang sama.Sudah berapa kali dia melihat mayat,darah dan kehancuran Arendelia dalam keadaan yang menggenaskan.Dia sudah tidak sanggup.Dia takut bahawa mimpinya itu akan menjadi kenyataan.Dia tidak mahu salah satu wasiat terbesar ayahnda dan bondanya dihancurkan dan dimusnahkan sedemikian.Dia juga tidak mahu kerajaan sekitar Arendelia menerima nasib yang sama seperti kerajaanya di dalam mimpi tersebut.
Dia menjadi semakin takut bahawa seluruh kejadian yang berlaku itu disebabkan oleh dirinya.Lebih tepat,kuasa manipulasi aisnya.Tangisan Eliza mula bergema di dalam bilik kedap suaranya itu.Air matanya mengalir dengan banyak.Dia merapatkan dadanya dengan kakinya manakala kedua-kedua belah tangannya ditekup kasar pada telinganya.
Mengapa segala hal yang buruk perlu berlaku terhadap dirinya?Mengapa dia sentiasa menjadi mangsa?Kalau benarlah Arendelia di serang akibat kuasa supernaturalnya,mengapa dalam berjuta-juta orang di Northludra dia yang kena menerima kuasa tersebut?Bukannya dia mahukan kuasa tersebut."Kuasa ini menunjukkan bahwa ananda itu istimewa.'Mereka' tahu yang ananda itu kuat,tabah dan sabar."
Perbualan antara dirinya ketika berusia 6 tahun bersama Iduna mula bermain di fikiran Eliza.
"Tapi....ananda tak mahu kuasa ini.Semua orang fikir ananda monster.Diorang tidak mahu berkawan dengan ananda."
"Biarkanlah.Apa yang bonda tahu ananda merupakan orang yang terpilih.Anak bonda yang paling istimewa.Tidak kisahlah apa kerajaan yang lain panggil ananda.Yang pasti,bonda dan ayahnda sayang ananda dalam apa jua keadaan ananda.Faham?"
YOU ARE READING
The Guardian & The Element
FantasyDua dunia yang berbeza,seorang ratu yang cool dan seorang roh jejaka yang langsung tak matang. Seoarang the Fifth Element,seoarang lagi The Fifth Guardian. Mereka mempunyai satu matlamat yang sama untuk mempertahankan dunia daripada Penguasa Kegelap...