⛄⛄⛄
TAHUN 1840
Seorang gadis berambut blonde cair sedang duduk bersendirian di dalam sebuah perpustakaan lama membaca buku.Pelbagai jenis buku yang terletak bertimbun-timbun di sebelah gadis itu.
Mata biru kristalnya bergerak dari kiri ke kanan mengikut ayat yang terdapat pada lembaran buku yang sedang dibacanya.Sejak dahulu lagi,hanya dirinya sahaja yang menyerikan keadaan perpustakaan tersebut.Sudah berapa dekad perpustakaan itu tidak dikunjungi oleh orang istana.
Angin sejuk dari tingkap menghembus masuk lalu menampar perlahan wajah putih mulus milik si gadis.Dia kemudiannya bangun dan menutup tingkap tersebut.Dia tidak mahu terkena flu walupun si gadis itu jarang sekali terkena flu mahupun demam.Si gadis itu kembali ke tempatnya lalu menyambung pembacaannya yang tergendala tadi.
Sedang si gadis khusyuk membaca,dia menangkap satu suara dari arah pintu perpustakaan.Si gadis menaikkan keningnya.Siapakah gerangan yang 'sangat rajin' untuk memasuki perpustakaan lama ini pada waktu senggang begini?Kalau hendak dikatakan para pelayan istana,dia sudah mengarahkan mereka supaya tidak memasuki perpustakaan untuk menganggunya membaca kecuali ayahnda dan bondanya sudah pulang dari melawat Kerajaan Sunset.
"Kakanda Eliza!!"Eliza tersenyum nipis apabila melihat adik perempuannya sedang berlari anak ke arahnya.
"Haih,bukankah adinda sekarang sedang belajar bersama Lady Jade?Adinda ponteng lagi ya...?"Eliza mencubit manja hidung adiknya sebagai balasan kerana ponteng belajar walaupun sang adik sentiasa melakukannya setiap hari.
"Ehehehehe...."Sang adik hanya tersengih ke arah Eliza lalu mengambil tempat di riba Eliza.
"Adinda bosanlah belajar benda-benda pasal istana ini...dahlah peraturan terlalu ketat,terlalu berpihak pada golongan yang kaya dan yang paling penting sekali, ianya sangat membosankannn...."Gadis kecil itu melentokkan kepalanya ke dada Eliza sambil menggulingkan matanya ke atas.Ergh,dia memang tidak suka akan peraturan Arendelia.
Eliza yang mendengar celoteh adiknya hanya tersenyum kelat.Ya,dia akui bahawa perturan Arendelia memang begitu.Sangat berbeza dengan dua jiran Arendelia iaitu,Kerajaan Sunset dan Kerajaan Norway yang mengamalkan sistem demokrasi dalam pemerintahan manakala Kerajaan Arendelia yang masih lagi mengamalkan sistem monarki.Ayahnda dan bondanya juga sudah mencuba sedaya upaya untuk mengubah sistem Arendelia namun sentiasa ditolak mentah-mentah oleh para bangsawan.
"Jadi,apa kena mengena antara bosan belajar dengan jumpa kakanda?"Eliza menanya adiknya yang sepertinya agak keliru melihat bahan bacaan kakaknya.Apa kejadahlah yang kakanda Eliza baca ini?Kuno dan usang.
"Kalau pasal itu...adinda mahu kakanda bermain bersama adinda.Alah...bukannya selalukan kita bermain dengan 'kuasa' kakanda itu...Marilah..."Si adik memujuk Eliza dengan muka seposennya.Rambut hazel yang diambil dari gen bonda dipintal manakala mata tourqoise yang diambil dari gen ayahnda sengaja dibesarkan agar terlihat comel
Eliza hanya tersenyum senget melihat percubaan muka seposen adiknya itu.Dia menurunkan si adik dari pangkuannya lalu bercangkuk di hadapannya agar ketinggian mereka sama.
"Ann tahu bukan yang para pekerja di istana mahupun masyarakat Kerajaan Arendelia tidak senang akan 'kuasa' kakanda.Apa kata mereka nanti apabila melihat kakanda menggunakan kuasa itu di Istana Arendelia?"Eliza mengusap kepala Ann dengan tujuan untuk memujuknya.Biasalah,kanak-kanak berumur 8 tahun memang susah sedikit untuk dipujuk.
"Alah,kali ini je...please.....?"Ann masih lagi tidak mengalah untuk memujuk kakandanya yang tidak suka menujukkan 'anugerah' yang dia miliki sejak dia dilahirkan.Dan sepertinya,kakandanya itu agak tertutup dengan 'kuasanya' sendiri.
YOU ARE READING
The Guardian & The Element
FantasyDua dunia yang berbeza,seorang ratu yang cool dan seorang roh jejaka yang langsung tak matang. Seoarang the Fifth Element,seoarang lagi The Fifth Guardian. Mereka mempunyai satu matlamat yang sama untuk mempertahankan dunia daripada Penguasa Kegelap...