❄❄❄
TAHUN 1700
"Hmmmmm......"Jack bersenandung sambil melompat kecil di hutan yang sudah dilitupi oleh salji berwarna putih murni.Remaja berumur 17 tahun itu sedang mencari kayu api untuk bekalan musim sejuk yang akan berlarutan.
Bekalan kayu api di rumahnya juga sudah semakin berkurang.Ibunya juga sedang demam jadi dia perlukan bekalan api yang lebih banyak."Haih,bosannya....."Jack memotong kayu balak di hutan lalu dipikul di bahunya yang bidang untuk dibawa pulang.Sedang dia berjalan2 mencari kayu api,satu snowflakes jatuh di hidungnya yang mancung.
"Salji?"Jack kemudian mendongak ke arah langit lalu melihat lebih banyak salji turun dari langit dan menerpa mukanya yang berwarna putih pucat itu.
"Wow,beautiful..."Jack kemudiannya meletak semua kayu api yang berada di bahunya di tepi pokok lalu berlari untuk menangkap salju.
Sebelum dia pergi menangkap salju,dia mengambil satu kayu panjang yang berbentuk seperti tongkat Gandalf dalam cerita The Hobbits untuk dibawa bermain bersamanya(kalau masih tak tahu,readers boleh tengok cover ada satu tongkat yang Jack Frost pegang.Itulah tongkatnya).
Tidak padan dengan umurnya,Jack Frost merupakan seorang remaja lelaki yang berperangai tidak matang dan kekanak-kanakkan.Saling tidak tumpah seperti budak berumur 5 tahun.
Jack berlari ke sana ke sini sambil mendepakan tangannya.Angin sejuk menyapa mukanya.Dia tersenyum lebar sebelum memanjat pokok lalu melompat ke pokok yang seterusnya.
Jack sangat sukakan musim sejuk.Ibu dan bapanya juga menyatakan bahawa ketika dia lahir,keadaan rumah kayunya menjadi sejuk begitu juga dengan kampung,tasik-tasik di kampungnya juga membeku manakala salji turun walhal ketika itu musim luruh dan bukannya musim sejuk.
Dari situlah dia dikenali sebagai Jack Frost kerana badannya tahan terhadap cuaca sejuk.Badannya juga sejuk apabila disentuh.Dan fitur mukanya juga lain daripada orang di kampungnya.Kulitnya berwarna putih pucat dan rambutnya juga berwarna putih.Hanya matanya sahaja berwarna biru pekat mengikut genetik ibunya.
Ada juga penduduk kampung yang memangilnya sebagai ancaman mahupun monster tapi dia hanya memekakkan telinganya.Buat apa mahu mendengar cacian orang lain?Dia lebih suka menjadi diri sendiri walaupun perangainya agak nakal dan tak matang.Lelaki mana je yang cepat matang?Semuanya lambat matang juga kan?
Tanpa Jack sedari,dia sudah berlari jauh dari tempat kayu apinya tadi.Senja juga sudah melabuhkan tirai.Jack yang sedang keseronokkan bermain salji dan bergayut dari pokok ke pokok yang lain tidak sedar bahawa malam sudah tiba.Akhirnya setelah kepenatan bermain,dia merebahkan badannya ke atas salji yang tebal lalu membuat snow angels.
Setelah itu baru dia tersedar bahawa dia sudah berada jauh di dalam hutan.Tetapi ianya tidak membuat Jack ketakutan kerana seluruh kawasan hutan sudah dihafal oleh Jack dengan jayanya.Jadi Jack tidak akan tersesat mahupun hilang di hutan itu.
"Alamak,dah nak malam dah ni.Pasti ibu membebel macam mak nenek nanti.Itulah Jack lain kali ingat-ingat sikit masa tu.Haish..."Jack membebel sendiri sebelum berjalan pulang sambil membersihkan baju kulitnya yang dipenuhi dengan salji.
"TOLONGGG!!!AAAHHH!!"
Jack berpaling ke arah bertentangan apabila mendengar suara seorang lelaki meminta tolong.Dengan sepantas kilat,Jack bergayut dari pokok ke pokok layaknya ninja.Apabila suara lelaki itu semakin mendekat dia semakin laju bergayut lalu berlari dengan pantas ke arah tersebut kerana tiada lagi pohon di kawasan tersebut untuk digayut.
YOU ARE READING
The Guardian & The Element
FantasíaDua dunia yang berbeza,seorang ratu yang cool dan seorang roh jejaka yang langsung tak matang. Seoarang the Fifth Element,seoarang lagi The Fifth Guardian. Mereka mempunyai satu matlamat yang sama untuk mempertahankan dunia daripada Penguasa Kegelap...