DI sebuah bandar yang berwarna putih akibat musim salji,suara kanak-kanak dapat didengari dengan jelas, bunyi lonceng bergema di setiap pelosok bandar,pokok krismas yang di pasang hampir di setiap rumah,kawasan bandar yang disinari dengan cahaya lampu yang berwarna-warni.
Ya.Hari ini merupakan 25 Disember.Hari Krismas.
Semua kanak-kanak sedang bergembira bermain salji.Siapa sahaja yang tidak sukakan hari krismas? Dengan pelbagai jenis makanan yang sedap, biskut dan susu,salji,dan yang paling penting sekali,hadiah daripada Santa Claus.
Setiap kali hari Krismas, ikon Santa pasti akan menjadi sangat terkenal.Semua kanak-kanak menyukai Santa Claus.Jack hanya ketawa kecil apabila melihat sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain bola salji.Jelas kedengaran gelak dan tawa dari mereka.
Kemudiannya, dia menunggang tongkat panjang miliknya yang membuatkan dirinya boleh terbang ke atas langit untuk melihat kawasan bandar dari pemandangan atas.
Entah mengapa dirinya berasa rindu akan sesuatu.Sesuatu yang tidak diketahui bahkan oleh dirinya sendiri.Pelik bukan?Jack hanya menggelengkan kepalanya untuk menyangkal perasaan tersebut dan memperlahankan kelajuannnya.
Sehinggalah dia tiba di sebuah perkampungan yang sudah moden akibat daripada perkembangan masa.
Bagi dirinya,keadaan sekitar berubah dengan sangat cepat.Tidak silap,ketika dia pertama kali bangun daripada sungai ais 10 tahun lepas,keadaan perkampungan masih lagi ketinggalan zaman manakala,bahagian bandar sudah semakin maju dengan adanya kereta (jenis zaman dahulu punya), televisyen (yang besar gedabak yang bentuk macam kotak),dan pelbagai lagi macam perkara yang baharu pada pandangan matanya.
Namun,sekarang dia sudah terbiasa dengan pemandangan tersebut.Jack mula meninjau kawasan itu sambil berjalan dengan tongkat panjang miliknya yang di letakkan di atas bahunya.Dia berjalan ke mana sahaja yang dia suka.
Setelah agak lama berjalan,dia tiba di sebuah tempat yang dipenuhi oleh orang ramai.Yang pastinya,mereka semua sedang sibuk merayakan Hari Krismas.
Dia kemudian terserempak dengan beberapa kanak-kanak yang sedang bermain bola salji.Gelak ketawa kanak-kanak tersebut membuatkan Jack ketawa kecil.Gembira sungguh hatinya apabila melihat mereka bermain Dan ketawa.Secara tiba-tiba,Jack merasakan sesuatu.Sesuatu yang.... hilang dari dirinya.Dia berasa, rindu dan sedih.Hatinya mula berkecamuk dengan dua perasaan tersebut.Dia melihat sekeliling dengan pandangan yang sayu.Dia ingin mencuba mengingati perkara yang membuatnya berasa sedemikian,namun ia hanya menghasilkan imej yang sangat kabur dan gelap.Jadi dia sudah serik untuk mencuba mengingatinya lagi.
Sedang sibuk Jack bermonolog sendiri,dua orang kanak-kanak yang sedang sibuk membaling bola salji mula mendekati Jack yang hanya berdiri diam di satu tempat.Dan secara tidak sengaja,salah satu daripada bola salji tersebut mengenai tepat pada muka sang jejaka berambut putih itu.
Namun bola salji itu hanya menembusi kepala Jack seperti bola salji itu mengenai udara.Langsung tidak meninggalkan kesan.Jack hanya tersenyum pahit apabila kejadian itu terjadi.
Ya,dia hanyalah seorang roh yang bergentayangan di dunia ini.Apa yang dia tahu,bulan telah memilih dirinya untuk dihidupkan semula.Untuk apa?Adalah.Malas pula author mahu beritahu.Jack kemudian terus berjalan sehingga dia tiba di hadapan satu pokok krismas yang sangat besar yang dipenuhi dengan hiasan lampu yang berwarna-warni.Dan di puncak pokok tersebut terdapat satu bintang besar yang bersinar dengan sangat terang.Jack merenung bintang tersebut dengan senyuman di bibirnya.Ah,rindunya dia.
Tanpa disedari,Jack sudah berada di sana sehingga matahari sudah melabuhkan tirai.Dia hanya sibuk melayan perasaan sehingga tidak sedar akan masa yang sedang berjalan.
YOU ARE READING
The Guardian & The Element
FantasiDua dunia yang berbeza,seorang ratu yang cool dan seorang roh jejaka yang langsung tak matang. Seoarang the Fifth Element,seoarang lagi The Fifth Guardian. Mereka mempunyai satu matlamat yang sama untuk mempertahankan dunia daripada Penguasa Kegelap...