Malam itu, aku tiba lewat di rumah guruku. Setiba di situ, terdapat seorang pesakit berada di dalam rumah guruku.
Tangannya terikat. Wajahnya kelihatan suram. Kepalanya bersopak; kudis-kudis kelihatan jelas di kepalanya. Tubuhnya kurus kering seperti sudah lama menanggung sakit dan hanya menanti hari untuk pergi menemui Ilahi. Sesekali pesakit itu ketawa, menangis dan juga meraung.
"Jebat, pergi ambik wudhuk cepat! Apa terpacak je dekat situ?" arah guruku. Aku yang dari tadi berdiri melihat keadaan pesakit itu bergegas mengambil wudhuk. Ketika aku ingin mengambil wudhuk, pesakit itu merenung aku secara spontan. Kemudian, aku diludah oleh pesakit itu. Jika diikutkan darah muda, hendak sahaja aku meninju pesakit itu kerana bersikap biadap.
Aku mencuci muka lalu mengambil wudhuk. Aku beristighfar untuk menyejukkan hati yang sedang menggelegak panas. Kemudian, aku duduk di samping guruku.
"Jebat, kau buka semua ikatan yang ada pada pesakit itu." Walaupun aku masih bengang dengan pesakit itu, aku tetap melaksanakan arahan guruku. Ketika aku sedang meleraikan ikatan-ikatan pada tubuh pesakit itu, aku terkena sepakan padu daripada pesakit itu.
Selesai meleraikan semua ikatan, guruku berkata, "Kau jangan banyak cakap, Jebat. Ikut apa sahaja yang aku suruh. Perhatikan semua gelagat pesakit ini. Banyakkan memerhati dan belajar dari situasi."
Tangan pesakit itu laju menyentap rambutnya sendiri. Kini, baru aku tahu punca kepalanya bersopak. Bau darah hanyir menusuk ke dalam hidung kami. Cuba bayangkan, rambut yang kita genggam, kita rentap sekuat hati. Apa yang akan terjadi pada kulit kepala kita? Itulah punca kepala pesakit itu menjadi kudis.
"Kamu orang kenapa ganggu aku? Aku orang baik. Budak ni yang jahat; aniaya anak dara orang, permainkan perasaan orang. Dan orang itu datang mengadu pada aku. Aku hanya membantu orang. Jadi, jangan kamu semua ganggu dan sibuk dalam urusan aku!" kata suara disebalik pesakit itu.
Guru aku meminta izin untuk ke belakang bagi menunaikan solat sunat hajat. Selesai berdoa, dia menyambung ruqyah sehingga gangguan pada pesakit itu hilang. Kemudian, dia memberi ruang kepada pesakit itu untuk berehat selama lima minit untuk memulihkan tenaga pesakit supaya pesakit itu tidak menjadi lebih teruk.
Guru aku menyoal siasat pesakit itu. Selepas bersoal siasat, barulah kami tahu bahawa pesakit itu sudah lama menanggung sakit iaitu hampir enam bulan. Pesakit itu asyik masuk keluar hospital kerana doktor mengesahkan bahawa pesakit itu dalam keadaan baik. Bukan itu sahaja, apabila pesakit berjumpa dengan pakar psikiatri, beliau mengatakan pesakit itu hanya mengalami tekanan.
Nama pesakit itu ialah Haikal. Sebelum Haikal menderita penyakit ini, dia ada menolak cinta seorang perempuan. Haikal seorang 'Happy Go Lucky'. Jadi, dia mudah dan cepat mesra dengan sesiapa pun. Dia juga suka memberi harapan palsu kepada para wanita sehingga dia dicop sebagai kasanova.
'Kalau aku tak dapat kau, kau ingat kau boleh terlepas begitu sahaja daripada aku? Kau pernah simpul mati perjanjian kau ingin menikahi aku. Tapi sekarang kau dah hancurkan hidup aku. Sekarang, masa kau pula rasa apa yang aku rasa.'
Saban hari, tubuh badan Haikal semakin susut. Dia juga mengalami gatal-gatal di seluruh tubuh badan sehingga ke kepala. Selera makan langsung tiada, ibarat nafsu Haikal diikat. Haikal menjadi seperti orang gila; bercakap seorang diri, menangis dan yang paling mengerikan ialah Haikal mulai menggigit tangannya sendiri. Akibatnya, tangan kanannya mendapat infection.
Bukan itu sahaja, Haikal akan menghentakkan kepalanya ke dinding kerana ada suara-suara halus yang sering menghantuinya. Haikal juga akan mencabut rambutnya kerana dia tidak mampu lagi menahan gatal di kepalanya.
Ada suatu hari, Haikal bertindak seperti orang kurang siuman. Dia lari dari rumah tanpa seutas benang pada tubuhnya. Haikal terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Pihak hospital mengesahkan bahawa Haikal mempunyai masalah schizophrenia (mental disorder). Sepanjang tempoh beberapa bulan, keluarga Haikal berikhtiar dengan pelbagai cara seperti berjumpa dengan bomoh, ustaz dan sebagainya.
YOU ARE READING
12 Kisah Seram
УжасыKisah seram yang dikongsi diadaptasi daripada pelbagai sumber. Semoga perkongsian ini mampu memberi manfaat kepada pembaca. Selamat membaca! #kisahseramsuamsuamkuku