" Amboi wan. Beberapa minggu ni, aku tengok bahagia sja kau. Ada benda yang aku nda tau ka? Kau kapel suda sama si Alin?"
Tanya si Suhai"Ish tiadalah. Kau ni. Aku memang macam ni. Sentiasa gembira dan bahagia. "
" Eleh, hari tu time abang Redhuan pindah, berabis pula kau nangis tu. Jangan sangka aku nda tau ah"
Terkejut aku Suhai cakap begitu. Mungkin dia perasan juga kali.
" Hmm. Itu lain. Cerita lama sudah tu. Sudahlah, jangan cakap pasal aku lagi. Kau apa cerita dengan Shada?" Aku cuba ubah topik.
" Macam biasa ja. Tapi aku mau kasi break dia. Sebab boring bah dia. Suka kongkong aku. Aku nda suka macam tu. "
" Yala, bagus kau single ja macam aku. Nda payah banyak fikir. Bah aku pergi library dulu. Mau kasi balik buku ni. Hari ni tarikh last aku pinjam buku ni. Bye"
Aku berjalan menuju ke Library. Ya, aku semakin bahagia dengan abang Husaini. Setiap malam dia tidur disebelah ku. Kawan2 di dorm pun nda kisah sebab dorang biasa juga dengan abang Husaini tu. Cuma aku takut hubungan aku dengan Abang Husaini tu sampai kepada Abang Sham. Habislah aku nanti.
Aku menanggalkan kasut lalu membuka daun pintu library. Terkejut aku ada abang Sham dengan geng- geng pengawas dia. Aku tenangkan diri , lalu masuk dengan lagak biasa saja.
" Assalamualaikum Puteri. Saya nak kembalikan buku ni . " Ujarku kepada Pengawas Pusat Sumber yang bertugas.
" Waalaikumussalam. Ok boleh. Mari sini buku tu. Sementara tu, kamu bolehlah cari buku lain untuk dipinjam. "
" Ok puteri. Saya pergi cari dulu ya."
Aku berjalan menuju rak buku bahagian novel. Ya, aku suka membaca novel, sebab jalan cerita dalam novel sangat mendalam, realistik dan kadangkala aku terbawa diri ku ke dalam cerita tersebut. Sedang aku kusyuk mencari buku, tiba-tiba ada satu suara menyapa aku.
" Assalamualaikum. Kau Shazwan kan?"
Aku menoleh ke belakang.
" Waalaikumussalam. Ya bang. Saya Shazwan. Kenapa tu ya?"
" Oh, kau pula yang selalu dekat dengan adik aku si Husaini tu. Patutlah dia mau dekat dengan kau, comel pula. "
Jantungku berdegup lagu
" Eh tiadalah bang. Kami kawan saja tu. Saya selalu minta ajar dia."
" Minta ajar apa? Bercinta? Janganlah kau berpura-pura lagi. Sekarang aku akan ingat muka dan nama kau. Kau bersiap sedia lah. " Abang Sham menjeling aku lalu berjalan menuju ke arah kawan- kawan pengawasnya.
Aku mahu menangis . Tapi aku tahan. Nasib aku masih tingkatan 1, tidak mampu mau lawan senior😭. Aku bergegas keluar dari library, tanpa meminjam apa- apa buku. Aku perasan, abang Sham melirik ke arah ku dengan pandangan tajam.
Aku masuk ke kelas dengan keadaan perasaan yang bercampur aduk. Sedih, takut, gementar. Perlukah aku beritahu abang Husaini hal tadi? Atau aku jauhkan diri dari dia? Tapi aku sayang dia😭 Aku tak sanggup kehilangan dia. Cukuplah aku kehilangan abang Redhuan.
" Wan, ni nah ada surat dengan aiskrim lagi. Dari abang Husaini. Kalau macam ni, gemuklah kau wan. Setiap hari makan aiskrim🤣". Ujar Andy.
" Haha.. kau ni . Terima kasih ah Andy. "
Aku membuka surat tersebut.
"Assalam adk abang yang comel. Jangan lupa malam ni k. Abang mau peluk beruang abang ni. _Sayang selalu_"
Hatiku kembali berbunga- bunga. Aku nekad, aku teruskan ja hubungan dengan abang Husaini. Alah, adk beradik angkat saja pun. Bukan bercinta sakan. Pedulilah abanh Sham tu. Dia bukan kuat juga tu.
MALAM PREP
POV HUSAINI
Adeh, rindu pula aku dengan adik aku tu. Padahal semalam sudah tidur sama dia. Malam ni aku mesti tidur dengan dia lagi.
" Oi Husaini. Tu nah, abang Sham panggil kau. Nda tau sebab apa. Di bilik pengawas ah" Ujar abang Fattah kepada aku.
" Ok bang. Terima kasih"
Kenapa lagi lelaki tu panggil aku? Aap lagi dia mau ni? Bukan aku ada urusan apa-apa dengan dia. Pergi ja la.
" Assalamualaikum bang. Saya ni Husaini. " Aku ketuk pintu pengawas lalu membuka nya.
" Waalaikumussalam. Sini masuk, adik kesayangan abang'
Bluek, geli aku. Kalau si Shazwan yang panggil aku sayang, boleh juga. Ni si sotong kering ni.
" Ish abang ni. Saya dah cakap kan, saya tak suka kena cakap macam tu. Saya tak suka berangkat- angkat ni. Saya hormat abang sebagai abang senior saja."
" Oh, kalau aku, kau marah panggil sayang. Jadi , kau dengan budak tu boleh la? Berutus surat bagai. Kau ingat aku nda tau? "
Aku terdiam. Macamana abang Sham boleh tau ni? Habislah aku. Kesian lah si Adik Wan.
" Eh, apa kaitan dia dengan cerita kita? Hal kita , kita ja la. Jangan kaitkan dia"
" Jangan harap kau akan tenang. Kalau aku nda dapat kau, dia pun nda akan dapat kau. Percayalah. Pergilah kau balik kelas kau sana. "
Aku keluar dari bilik pengawas dengan perasaan marah campur geram. Boleh pula dia ugut aku. Dia tiada hak buat macam tu. Aku bukan siapa- siapa untuk dia.
Tapi, aku risau dia apa-apa kan si Wan. Dia ni gila, sanggup buat apa saja. Tengoklah apa jadi dengan abang Aman, habis dia fitnah masa pemilihan Ketua Pengawas . Dia cakap abang Aman ramas dia time tidur. Padahal abang Aman tiada buat benda tu. Tapi cikgu percayakan kata- kata abang Sham sebab abang Sham ni manis kata-katanya. Sampai abang Aman pindah sekolah bah. Kesian pula. Tak pa, aku akan jaga adik Wan ni. Aku tak kan biar abang Sham ni buat apa- apa dekat dia.
POV SHAZWAN
"Handsomenya abang Husaini ni. " Aku bermonolog sendiri sambil melihat muka abang Husaini yang sudah lena diulit mimpi.
Aku tidak sanggup kehilangan dia. Cukuplah aku kehilangan abang Redhuan sekali, aku tidak mahu jadi begitu lagi. Aku sedar, sayang aku terhadap abang Husaini semakin mendalam. Bahkan, aku rasa perasaan tu lebih dari seorang abang😭 Aku rasa aku jatuh cinta lagi!!!! Apa patut aku buat? Luahkan perasaan tu? Tapi nanti abang Husaini geli sama aku, sebab aku tengok dia cuma anggap aku sebagai adik dia saja. Hm. Takpalah, aku pendam sendiri dulu perasaan ini. Tiba masanya, aku akan luah juga.
" Eh adik abang belum tidur? Sini abang peluk. Mesti rindu abang ni kan.'
Aku senyum lalu terlena di samping abang kesayangan ku ini. Wangi badannya yang aku rindukan, halus belaiannya, lembut tutur bicara.
Ya, AKU JATUH CINTA LAGI!!!
* Maaf, rasanya berkarat sudah otak admin sebab lama nda buka watpadd ni. Admin cuba update cerita ni utk tatapan semua followers yang masih setia bersama admin. Love uols..
YOU ARE READING
AKU DAN HIDUPKU
PoetryCerita ini berkisarkan kisah seorang budak lelaki yang bernama Shazwan baru melangkah kaki masuk ke sekolah berasrama penuh. Cabaran, rintangan dan halangan semua mampu dia hadapi. Sekolah buruk, asrama lapuk, tilam tak empuk. Semua dia tidak kisah...