Seminggu sudah kepergian Abang Redhuan. Aku masih sedih. Ya, insan yang aku sayang telah jauh dari diriku. Depan orang lain, aku buat-buat gembira tetapi tiap malam sebelum tidur, aku akan menangis di dalam selimut.
" Aku rindu kau, abang Redhuan."
Tapi lepas saja abang Redhuan pindah, abang Husaini cuba dekat2kan diri dengan aku. Rimas eh. Nda aku tertarik sama dia. Ya, memang dia handsome dan ramai peminat, tapi entahlah, hati aku untuk abang Redhuan saja.
" Wan, nah, ada surat untuk kau. Ada juga ni Ice Cream untuk kau"
Andy meletakkan surat dan juga ice cream itu di atas meja ku.
" Dari siapa ni Andy? " Tanyaku pelik. Tidak pernah aku dapat surat2 macam ni.
" Dari abang Husaini. Aku ni tukang kasi sampai saja. Aku terjumpa dia tadi di koperasi masa aku mahu beli ice cream. Terus dia bagi lah ni surat sama ice cream, suruh sampaikan sama kau."
" Oh bah, terima kasih ah Andy. "Aku binggung sekejap. Tapi perlahan2 aku buka kertas aiskrim tu. Cornetto tu. Siapa yang mau tolak. Haha. Lalu aku buka dan baca surat dari abang Husaini.
" Assalamualaikum dik. Pertama kali abang nampak adik, adik comel sangat. Abang pun tak tahu, asal nampak adik, mesti abang senyum. Tenang saja tengok. Kalau boleh, abang nak ambil Wan jadi adik angkat abang, boleh? Harap Wan terima pelawaan abang ni ya. Abang tiada adik di rumah, abanglah anak bungsu. Abang janji, abang akan jaga Wan dengan baik. Salam sayang dari abang."
Dei, macam surat mau mengurat saja. Haha. Macamana ni ah? Aku ni nda minat bah berangkat2 ni. Aku keliru. Apa patut aku balas ni. Mau terima kah tidak. Ah biarlah. Malas aku fikir. Kasi habis dulu aiskrim ni. Nanti baru aku bagi jawapan sama dia.
Waktu pembelajaran habis jam 12.45pm. Aku dan rakan2ku yang lain menuju ke surau untuk menunaikan solat Zohor.
Selepas ambil wudhuk, aku melangkah masuk ke surau. Alangkah terkejutnya aku, abang Husaini ada di muka pintu, mahu keluar dari surau. Aku cuma memberikan senyuman lalu masuk ke dalam tanpa menegurnya. Itu tanda jual mahal kah apa tu? Hahaha.
Selesai solat, aku baringkan diri sekejap di atas karpet surau. Aku masih memikirkan isi kandungan surat tadi. Patutkah aku terima ah? Lagipun, dia cakap dia mahu jaga aku saja memandangkan dia tiada adik. Hm, terima sajalah. Tapi macamana mau bagitau dia yang aku terima ah? Takkan mau jumpa dia bagitau sendiri? Tidak mahulah aku. Haha.
Aku bangun, lalu menuju ke dewan makan. Selesai makan, aku menuju ke kelas semula bersama kawan yang lain.
"Assalamualaikum abang Husaini Wan ni. Abang, saya terima untuk jadi adik angkat abang. Terima kasih sebab mahu jadikan saya jadi adik abang. InshaAllah, saya akan jadi adik yang baik untuk abang. Syukran jazilan"
Selesai menulis, aku ke meja Andy dan menyerahkan surat tersebut untuk dia serahkan kepada Abang Husaini.
" Andy, nanti tolong sampaikan surat ni kepada abang Husaini ah. Tq Andy. Nanti aku belanja kau makan mee kahwin babu kantin. Haha"
" Uish, betul ni? Jaga kau kalau tiada ah. Aku pokai sudah ni. Haha. "
" Ya bah, nanti petanglah, lepas Asar"Lalu ku lihat Andy keluar kelas menuju ke bangunan kelas belakang. Kelas tingkatan 1 masih lagi bangunan kayu usang, manakala kelas belakang kelas tingkatan 2 , bangunan simen, sebab bangunan lama terbakar.
Sedang aku membuat nota komsas memandangkan cikgu yang mengajar tidak masuk, Andy pun masuk ke kelas.
" Wan, sudah aku sampaikan. Dia kirim salam sama kau. "
" Waalaikumussalam. Terima kasih Andy. Jangan lupa temujanji kita petang ni ah. Haha.."
" Beres geng. Aku tunggu tu janji kau haha. "
YOU ARE READING
AKU DAN HIDUPKU
PoetryCerita ini berkisarkan kisah seorang budak lelaki yang bernama Shazwan baru melangkah kaki masuk ke sekolah berasrama penuh. Cabaran, rintangan dan halangan semua mampu dia hadapi. Sekolah buruk, asrama lapuk, tilam tak empuk. Semua dia tidak kisah...