chapter 5

62 6 4
                                    

01.45 am

Dayah keluar dari bilik lalu dia melihat isya yang berada di beranda namun dayah hanya turun mendapatkan minumanya.

"Awal bangun?" Kata dayah yang telah pun berdiri di sebelah isya sambil mengirup minumanya.

Isya hanya memberikan dayah senyuman yang manis lalu meneguk minumanya.

"Tengok k drama lagi?" Soal isya namun pandanganya fokus ke langit yang dipenuhi bintang. Cantik.

"Macam kau tak kenal aku.." ujar dayah sambil ketawa kecil diikuti dengan isya.

Beberapa saat hanya kesunyian yang menyapa dayah membuka suara.

"Syaa.." panggil dayah lalu menghadapkan badanya memandang isya, isya hanya menoleh pada daya sambil mengangkat keningnya.

"Kadang ya diam tu lebih baik tapi diam itulah yang memakan diri kita sendiri.." kata dayah menatap bola mata isya mengharapkan dia faham maksudnya.

"Sebaik baik nya aku nak kau cerita apa saja masalah yang kau hadap.. aku kenal kau bukan baru sesaat lepas.. dah bertahun syaa.." sambung dayah lagi, isya hanya memandang dayah.

"Kau suka menyendiri dan itulah hobi kau.. tak de laa hobi lain" dayah ketawa kecil membuatkan isya tersenyum.

"Selagi kitorang masih ada kat dunia ni selagi itulah aku nak kau mengadu sakit kau.. sebab bila mana kitorang dah terbaring berlilitkan kain putih aku tak nak kau datang nangis dekat aku.. sebab aku tak bole nak lap air mata kau, aku tak bole nak peluk kau supaya kau tak keseorangan.."

Kata kata itu membuatkan isya sayu dan dayah hanya memandang langit, dia mahu isya tahu yang dia bukan keseorangan.

Kemudian daya kembali memandang isya lalu memberikanya senyuman yang paling manis sebelum berkata

"Bagi aku lap air mata kau.. bagi aku peluk untuk comfort kau.. datang dekat aku bila kau ada masalah..." Seraya berkata begitu dayah memeluk isya dan isya membalas pelukanya.

Sesungguhnya dia sangat beruntung dihantarkan sahabat seperti mereka.

"Dah aku nak letak cawan.. nak tengok oppa aku nanti melepas aku" ujar daya lalu mencuit pipi isya yang sejuk itu. Melihat gelagat daya isya hanya tertawa lalu mengucapkan good night.

"Hhahahahahaha" ketawa daya dia tahu isya cakap cam tu nak suruh dia tidur.

.
.
.
.
.

"Aku betul betul pasti yang dia adalah orang yang kau cari selama ni" seraya berkata begitu bob terus menghulurkan beberapa gambar pada hafiz.

Setelah meneliti gambar gambar itu hafiz memandang bob, bob yang memahami pandangan itu hanya mengangguk.

Keesokan harinya

Seperti biasa isya akan menghantar umai dan dayah dahulu di tempat kerja mereka lalu dia dan elly menuju ke tempat kerja mereka.

"Sya.. aku dah lama tak nampak zurain.. dia berhenti kerja ke?" Kata elly yang panasaran dengan ketidakhadiran zurain.

"Kau ni.. kalau dia ada asyik gaduh ni sekarang dia dah tak ada kau rindu pulaa.." usik isyaa nak sangat tahu kang dia juga sakit hati elly elly..

"Bukan lah! Ish takda makna nya nak rindu ngan betina cam diaa tu menyundal je tahu.."

"Amboi amboiii mulutttt ke longkang eh.."

Seraya itu mereka berdua tertawaa bercerita bersama. Mengumpat la tu.

Setelah meletakkan kereta ditempat letak kereta elly dan isya memasuki perut lift dan pada masa yang sama muncul laa zurain diikuti hafiz.

Melihat itu isya dan elly bertukar pandangan lalu isya berkata   'panjang umur' tanpa mengeluarkan suara dan elly hanya menaikkan bibir bahagian kirinya ke atas tanda menyampah, gelagat elly membuatkan isya tertawa kecil.

PulangWhere stories live. Discover now