chapter 7

25 2 0
                                    

Telkung dan sejadah dilipat dan di letakkan ditempat asalnya semula, entahlah  isya selalu terlelap diatas sejadah terlalu tenang untuk meninggalkanya.

Jam yang menunjukkan 7:30 pagi itu dipandang sekilas lalu bergegas menukar pakaiannya. Pintu dikuak perlahan, cahaya dari dalam biliknya menerangi ruang gelap itu, dia melihat bawah pintu mereka yang tidak satu pun bercahaya menandakan mereka masih terlena dibuai mimpi.

Kaki diatur masuk kedalam perut kereta lalu menghidupkan enjin, lagu dipasang dengan kuat dan dia mulakan perjalananya.

'ya Allah bagi aku jawapan..
Terlalu banyak persoalan..'

Hatinya bermonolog entah  jika ditanya hala tujunya kemana dia sendiri tidak tahu namun saat kereta diberhentikan dirinya sendiri terkejut.

Entah dia menghayal atau perasaan rindu itu yang membawanya kemari ataupun itulah jawapan yang Allah beri  dari sekian banyaknya persoalanya.

Restoran  yang mereka pergi tempoh hari sudah didepan matanya, kaki dihayun melangkah masuk dan mengambil tempat disudut restoran itu yang jauh dari orang ramai.

Setelah dia memesan makanan telefon dikeluarkan dari begnya, tangan laju saja scroll galeri mencari wajah yang sungguh ia rindui berharap mereka dapat duduk semeja lagi.

Wajah lelaki tua yang tersenyum lebar dan wanita yang berada disebelahnya dipandang sayu.. rindu.. isya rindu, namun apakan daya rindunya itu bagaikan merindui orang yang sudah tiada, ingin berjumpa tidak mampu, melihat dari jauh juga tidak dapat.

Sakit!

Hatinya sakit.. dengan pantas telefon itu dimasukkan kembali dalam begnya dan saat dia memandang sekeliling restoran itu matanya tertumpu pada sebuah keluarga yang juga sama menunggu sarapan mereka sampai.

Ada ayah, ada ibu, along, fira dan juga dirinya. Bayang-bayang keluarganya muncul, persis sama seperti keluarga itu. Air mata yang jatuh dilap dengan hujung pergelangan bajunya.

Dan kini wajah hafiz muncul difikiranya sudah lah sya.. jangan seksa diri kau lagi.. jangan fikir lagi syaa.

Dan dalam masa yang sama .

"Eh!? Isya? Sorang je kat sini??" Suara lelaki yang tidak asing itu menyedarkan dirinya, dia mendongakkan kepala hendak melihat gerangan suara tersebut. Ya Allah. Hafiz!

Hmm kau dah nak terkeluar dah biji mata punya lah dia terkejut kenapalah hari ni pun terjumpa manusia yang paling dia cuba untuk hindari.

"Siapa tu hafiz?" Suara wanita yang berumur di sebelah hafiz bersuara  kerana tertanya-tanya siapa  perempuan yang hafiz tegur itu, maklumlah hafiz tak pernah tegur mana-mana perempuan  sebelum ni.

"Ah~ ummi ni kawan hafiz" jawab hafiz dengan senyuman manis.

Eh mamat ni sejak bila pula kita jadi kawan?

Isya yang terkejut mendengar itu hanya mampu tersenyum saat pandangan wanita itu jatuh padanya.

"Ouhh yeke~" ujar ummi hafiz lalu membalas senyuman isya.

"Sorang je?" Soal hafiz pula bila perasan dari tadi tak bersuara  cinta hatinya itu. Mendengar itu isya hanya mengangguk  terlampau dah terkejut ni lagi-lagi bila dengar hafiz sebut 'ummi'

"Boleh tak kalau kami ikut semeja sebab dah penuh.. ramai pula pelanggan hari ni selalu tak macam ni.." kata hafiz pula.

"Err.. bo-bolehh" sampai teragak-agak isya nak bersuara.

"Er ni ummi saya .." hafiz memperkenalkan ibunya sebelum mengambil tempat duduk berhadapan dengan isya seraya itu isya pun menyalami tangan ibu hafiz.

"Dah lama kenal hafiz?" Soal ummi pada isya namun belum sempat  isya menjawab hafiz sudah memotong ayatnya.

PulangWhere stories live. Discover now