chapter 8

33 2 2
                                    

"APA NI? BUAT KERJA KE TAK?? HAH!!" dari luar kedengaran suara hafiz memarahi salah satu pekerja disana, tak pernah-pernah ni baru hari ni.

Tidak lama kemudia kelihatan pekerja itu keluar dengan cepat sambil menundukkan mukanya, malu mungkin.

"Apa kes tu??" Soal elly yang dah ada disebelah isya.

"Bad mood kot" teka isya lalu menjongketkan bahunya tanda entah. Selambe je kau meneka ye sya kang kena dekat kau baru kau tau.

"Habislah.." kata elly lalu kembali ke tempat asalnya dan sambung buat kerja.. ngeri woiii.

"Halamak.." ujar isya, sambil memandang fail dihadapannya itu. Elly yang mendengar itu seraya memalingkan kepalanya memandang isya.

"Kenapa?" Soal elly kerusi yang beroda itu dibawa ke sebelah isya, suka hati dia je almaklumlah sebelah meja ja.

"Nak kena jumpa boss" jawab isya lalu menepuk dahinya sendiri.. hmm kan dah kata padan muka kau.

"Oh.. aku tak nak masuk campur" elly mengangkat kedua tanganya tanda tak nak ada kena mengena. Pandai hang eh lepas tu nanti kalau ada apa-apa yang nak kena urus dengan boss isya juga kau suruh.

Adeh elly elly..

"Haish malas laa macam ni .. elly tolong aku.." keluh isya, sungguh! Dia tak hingin nak jumpa hafiz dah la kemarin baru jumpa dia, alahai dunia tak boleh ke berpihak kat aku hari ni?

Nak tak nak kaki yang terasa berat itu dihayun menuju ke bilik pejabat hafiz, dengan lafaz bismillah isya mengetuk pintu itu namun tidak ada respon, PA pun dah lari aku lari juga boleh?

"Masuk!" Terkejut beruk isya sampai terjongket bahu dengar suara hafiz, dalam hati Allah je tahu nak saja dia lari saat ini. Pintu dikuak isya terus masuk dan memberikan fail itu pada hafiz, hafiz pula terus cek fail yang isya bagi dan sign mana perlu.

Ni badmood betul dah ni! Mampus aku kalau salah cakap!

Fail yang siap di cek hanya diserahkan pada isya tanpa berkata apa-apa, lalu isya pun cepat-cepat lah keluar sedikit lega kerana hafiz tak minta itu ini. Namun!

"Tunggu kejap!" Nada yang baru saat ini kedengaran di telinga isya, sebelum ni lembut je bercakap hari ni dah mengalah kan singa dah.

"Er ..err ye encik hafiz?" Soal isya, gila kau tak mengeletar baru dia cakap tunggu dah lemah lutut.

"Buatkan saya coffee" kata hafiz yang terus fokus dengan kerjanya tanpa melihat isya, sebenarnya ada dikerling nya isya tu kejap hehe.

"Oh oke!" Laju kaki dihayun buat coffee, kau membantah karang kau juga yang kena jadi lebih baik ikut je apa yang dia nak. Siap buat coffee dia terus hantar dekat hafiz.

Tok..

Tok..

Tok..

"Hmm"

Mendengar suara hafiz biarpun hanya 'hmm' dengar sampai keluar, lelaki kalau badmood memang macam ni ke? Mengalahkan orang perempuan yang datang bulan dah.

Cawan yang ada ditangannya diletakkan disebelah hafiz, lalu hafiz terus menghirup namun terhenti ditengah jalan. Isya dah telan air liur memang salah dia.

"Saye suruh buat coffee awak buat apa? Ni apa?" Soal hafiz pada isya sambil memandangnya tajam.

"Errm.. i-itu hot chocolate, bukan tak nak buat coffee tapi encik hafiz kan tak boleh minum coffee nanti sakit kepala" jawab isya yang dah tak keruan dibuatnya.

Mengdengar itu hafiz hanya menenung isya lama, kemudian dia minum seteguk. Sedap!
Cawan itu kemudian diletakkan ditepi, isya masih berdiri tegak disisi meja itu. Takut!

PulangWhere stories live. Discover now