chapter 1

172 9 6
                                    

5 tahun telah pun berlalu..

Isya dan kawan-kawanya telah mengambil haluan masing-masing yalah kita hanya mampu merancang tetapi tuhan yang tentukan perjalanan hidup kita dan selama lima tahun tu sekali pun mereka tak berjumpa pun.

Sebab elly sambung belajar dekat luar negara almaklumlah dia tu orang senang tak hairan lah kalau mak ayah dia suruh dia sambung belajar dekat luar negara walaupun dia tak nak. Cuba bayang kan reaksi dia hahahaahaha mesti mengamuk punya...

Dayah? Dengar-dengar dia pindah rumah sebab ayah dia pindah kerja jadi dia pun terpaksalah ikut. Rasanya dia pun ada sambung belajar tapi tak tahulah kat mana dia sekarang ni. Semenjak meningkat alam remaja ni semua sibuk dengan hidup masing-masing.

Umai pula ntah kemana dia tak bagitau pun dia pergi mana tapi apa yang pasti dia pun ada sambung belajar tapi setakat tingkatan 6 jelah. Yelah nak sambung belajar ni kena banyak duit tapi dia bukanlah dari keluarga yang senang jadi dia sambung tingkatan 6 jelah ok lah tu.

Manakala isya pun ada sambung belajar dan selepas dia habis belajar tu dia mula kerja dekat 1 syarikat ni tah nama apa-apa tak tau.. dia dah berkerja kat sana dalam 2 tahun. Haaaaaaa nak tahu yang selanjutnya sila lah baca yaa.

Sebelum tu.. selepas lima tahun tu diorang reunion balik then diorang tinggal sama-sama tapi lain-lain kerja lah.

******************************

"Malam ni malam minggu kan?" Soal isya pada mereka yang asyik bermain telefon sehingga tv yang tengok diorang bukan diorang yang tengok tv hmm remaja zaman sekarang.

"Ha ah.. malam jumaat dah limpas kenapa nak ganti malam minggu ke ??" Ejek elly seraya menaikan keningnya dasar otak kuning memang tak berubah langsung dari dulu.

"Hahahahaha bodoh lah kau ni" kata dayah lalu memukul kepala elly menggunakan bantal. Bole gila kalau ada kawan macam ni hahaha. Umai hanya ketawa kecil sambil menikmati minuman nya.

"Ha ah elly maklumlah dah 5 tahun tak jumpa rindu jugalah nak merasa.." isya hanya melayan karenah kawan-kawan nya yang agak biul itu hahaha. Jangan hairan kalau dah elly yang menyakat ehh macam tak kenal dia.

"Hahahahahaha aku gurau jelah.. ouh ya cakap pasal dia apa cer?" Tanya elly pula bila cakap pasal 'dia' ni semua dah nampak serius.

"Aku tak tahu.. masa aku habis belajar tu aku ada cari dia, aku pergi rumah mak ayah dia tapi diorang dah pindah.." terang isya bingung hendak memikirkan nya.

"Habis tu sekarang macam mana?" Soal dayah pula yelah dah 5 tahun kot tak jumpa tak kan nak biar je.

"Ha ah tak kan dia tak bagitau kau kot? Macam mana kau nak teruskan hidup kalau macam ni?" Soal elly

"Kau tak cari dia lagi ke?" Soal umai pula, bertubi-tubi soalan yang diajukan mengalahkan wartawan kenapa curious sangat nak tahu ni wahai kawan-kawan..

"Err.. aku dah usaha dah semua benda aku dah buat tapi tak jumpa juga.. lagipun aku yang tiba- tiba menghilang dulu bukannya dia.. aku tak tahu nak buat macam mana lagi.." terang isya dengan rasa bersalah dia tahu dia salah tapi masa tu dia tak boleh nak kawal perasaan dia.

"Aku rasa dia pun cari kau juga sebab tangungjawab dia." Kata umai pada isya.

"Hmm betul tu kau doa je banyak-banyak insyaallah kalau jodoh tu datang juga dia dekat kau.." ujar elly cuba untuk meringankan beban isya.

PulangWhere stories live. Discover now