chapter 6

51 4 2
                                    

*Lunch tadi*

Sedang asyik isya menjamu selera namun ketengan itu hilang serta merta ketika dia sedar bahawa seseorang sedang memerhatikan dirinya.

Hafiz yang menenung hanya berbuat tidak tahu kerana dia tahu ianya bukan sesuatu yang haram menenung miliknya sendiri, senyuman terukir dibibir nya mengetahui bahawa wanita dihadapanya ini adalah miliknya

Pandangan hafiz membuatkan hati isya tak keruan entah kenapa setiap kali dia bersama lelaki ini dia merasakan jiwa yang telah lama mati hidup kembali.

"Cantik sama macam dulu" ujar hafiz sayup-sayup kedengaran.

"Hmm?"  Kata yang samar-samar kedengaran isya menjadi tanda tanya di hatinya.

"Takde apa makan laaa sedapkan" jawab hafiz dengan senyuman yang tak lepas dari bibirnya membuatkan isya makin tak senang duduk ngan mamat ni.

Degupan jantung yang begitu kuat membawa tangan kanan isya memegang dada kirinya. Entah kenapa rasa itu memberikan dia rasa seolah olah dia sudah pulang, mata dipejam rapat, dibenak kepalanya dia bertarung untuk melupakan 'moment' itu

"Ya Allah aku tau aku salah kerana pergi begitu sahaja tapi saat itu..

Seketika kata katanya terhenti mengingat kenangan yang terlalu pahit untuk diimbau kembali, esakan tangisan cuba ditahan agar tidak kedengaran orang lain.

"..aku .. ak-

Hendak mengatakan pada penciptanya sendiri saja sudah begini apatah lagi mahu bercerita pada orang lain.

Isya rebah diatas sejadah tangan menekup mulutnya agar tidak mengeluarkan suara esakan tangisanya..

kerana merasa terlalu berat untuk dibicarakan biarlah air mata menceritakan dia terlalu penat dan terlalu berduri jika hendak dilewati lagi kenangan itu.

...

Pintu bilik dikuak.. dia keluar dari biliknya namun saat dia berjalan kakinya terhenti dihadapan bilik seseorang.

Suara yang samar-samar kedengaran cukup membuatkan dia yakin bahawa isya sedang menangis, ingin dia mengetuk pintu bilik isya tapi dia tahu isya macam mana jadi dia buat keputusan untuk memberikan dia masa.

Lalu laju saja kakinya berjalan kebawah dilihat semua kawan" nya sibuk dengan dunia masing masing.

Bukan kami tak tahu tapi semenjak hari itu isya berubah boleh la dikatakan berubah kadang dia jadi diri dia yang dulu tapi jarang dah macam diri dia tu dah mati dan sekarang ni..

Dia suka menyendiri dulu pun tapi tak la macam sekarang, sekarang ni dia nak lari je dari kami kalau bole aku tak nak dia lari aku nak dia datang kat kami cerita semua benda tapi dia makin lama makin senyap.

"Elly?" Panggil umai apabila melihat elly hanya bermain dengan sudunya dari tadi sesuap pun tak masuk.

Umai dan dayah bertentang mata kerana panggilan umai diabaikan elly masih lagi dalam dunianya sendiri

"Elly" panggil dayah pula namun masi diabaikan

"Laaa dia ni dah kenapaaa buat buat pekak pulaaa..nak cari gaduh kee??" Hmm sape tak kenal diorang dua ni bukanya pandai aman kalau dah jumpa.

PulangWhere stories live. Discover now