13 ▪ ⚠

1.3K 141 34
                                    

"areum, lepas basuh ni, tolong ambil kan cawan yang baru ya ?"

"baik tuan..."

hari ini kedai makan uncle donghae kelihatan sibuk dengan hujanan pelanggan. tidak cukup orang yang datang untuk duduk dikerusi yang disediakan, tambah tambah lagi semua pinggan yang perlu dicuci

"lepas kamu cuci pinggan, tolobg hantarkan makanan ni ke meja depan ya ?"

"okay tuan" balas areum

kerana sibuk menolong, gadis itu masih terlupa untuk mengisi perutnya yang lapar dari pagi tadi, ini semua juga demi jaereum dan dirinya. dia tidak mahu sesiapa mengambil kepunyaannga lagi

"areum, ada seorang lelaki nak jumpa kamu di luar" ujar tuan donghae

"lelaki ? siapa ?" soal areum di dalam hati

langkahnya diatur menuju keluar kedai, bayangan seorabg lelaki sedang duduk di bangku luar kelihatan, wajahnya mula memerah. wajah lelaki itu sangat risau pabila melihat keadaan areum yang sangat sibuk, gadis itu dihampiri

"kau buat apa dekat sini ? kau dah makan ? balik nanti aku hantar ya ?" soal jaemin bertubi

"ahh, tak apa. aku boleh balik sendiri. kau buat apa dekat sini ?"

"aku risau kan kau. mesti tak makan lagi kan ? jom aku belanja kau makan"

tangan areun yang ditarik itu ditolak lembut. gadis itu tersenyum nipis

"kerja aku belum habis lagi. hari ni ramai orang yang datang.." ujar areum

"okay, aku tunggu kau sampai kau habis kerja.."

"tak apa jaemin, kau-"

"tiada bantahan. ingat ya sayang, kau sedang menjaga nyawa seseorang di dalam perut tu. dan itu sangat memenatkan. kau perlu juga rehat dan makan"

areum tersenyum nipis mendengar bebelan daripada jaemin, jaemin itu seorang lelaki yang sangat baik dan pemurah. selalu mengambil berat tentang areum dan anaknya

"okay, kau tunggu sini ya. sekejap lagi aku datang balik"

SKIP

"macam mana dengan rancangan kau ? berjaya ?"

jaehyun menoleh kearah suara yang bertanyakan soalan itu. taeyong yang berjalan menghampiri rakannya mengambil tempat disebelah jaehyun

"dia taknak bagi bayi tu.." balas jaehyun

"ahh, aku ada nak bagitahu benda penting. jeno dah sedar daripada koma. dan mungkin dia akan cari areum semula"

kata kata taeyong itu membuatkan jaehyun tersentak. habis musnah hidupnya kalah dia tidak dapat areum untuk menjadi miliknya. dan itu mustahil

"kau patut takut. kau tahu kan jeno takkan benarkan sesiapa ambil kepunyaan dia" ujar taeyong

"aku tak akan takut. areum milik aku dan selama lamanya milik aku"

"dan rose ? siapa ?" soal taeyong

"dia cuma permainan bodoh yang aku main saat aku bosan. kita dah boleh halau dia dari sini."

taeyong hanya tersenyum sinis, pengawal segera dipanggil dan diarahkan untuk menghalau rose keluar daripada rumah itu. dan mungkin mereka akan memaksa areum tinggal di situ semula. mustahil, areum sudah ada cinta hatinya sekarang

---

"makanlah kenyang kenyang. lepastu aku hantar kau balik"

areum hanya tersenyum dan mengusap lembut rambut milik jaemin. jujur dia kata, areum sangat selesa dan rasa selamat bila ada jaemin di sisi. lagi lagi, lelaki ini tidak pernah menyakitinya

"kau ni, macam doraemon. yang selalu ada dengan nobita. dan nobita itu aku"

"tapi pelik kan, kenapa nobita tinggalkan doraemon walaupun doraemon selalu ada dengan dia" ujar areum lagi

jaemin tersenyum dan menggeleng lemah

"nobita tu tak salah. dia patut tinggalkan doraemon dan pilih sizuka" balas jaemin


areum mencebik "eoh ? kenapa pula. ?"


"nobita tahu, satu hari nanti doraemon akan tinggalkan dia. dan yang akan tetap di sisi nobita ialah sizuka, bukan doraemon.."

areum memandang jaemin dengan tatapan sayu. lelaki ini sangat lain. hanya jaemin yang boleh membuat areum terdiam dan merasa terkelu

"jadi, aku tak nak jadi doraemon, aku nak jadi sizuka yang selalu ada di sisi nobita. aku nak selalu ada dengan kau" ujar jaemin lagi

pipi areum diusap lembut, jaemin tahu yang gadis itu akan mengalirkan air mata dan pantas dia mengesatnya dengan ibu jari. senyuman yang manja dihadiahkan pada gadis itu

"nobita juga kena bezakan, realiti dan imaginasi. doraemon itu imaginasi dan sizuka realiti"

sejenak areum merapatkan dirinya dan menguncup lembut pipi jaemin. lelaki itu dipeluk erat sehingga bahagia bahu jaemin basah terkena tangisan areum

"kau janji takkan tinggalkan aku kan ?" soal areum

"iya sayang, tidak sama sekali.."

---

"langgar lelaki tu"

"a-apa tuan merepek ni ? kita di tempat awam"

jaehyun menumbuk pintu kereta miliknya setelah melihat agenda manis jaemin dan areum. taktahu kenapa jaehyun sangat marah pabila areum dekat dengan mana mana lelaki termasuk taeyong. dia mahu gadis itu hanya untuk nya. bukan orang lain

mereka mengikut dua pasangan manis itu pulang ke rumah. nampak saja areum sudah memasuki rumah, lantas jaehyun memanjat tingkap dan duduk di ruang tamu supaya areum terfikir bahawa dia sudah menunggu lama kepulangan areum

KREKK

"kau pergi mana sampai lewat malam baru nak balik ?. kalau apa apa jadi dekat anak aku macam mana !?" bentak jaehyun

sejurus areum menjauhkan dirinya pabila jaehyun datang menghampiri nya. tangan areum direntap kasar sehingga gadis itu merengek kesakitan. dagu gadis itu ditarik kasar

"aku dah bagi amaran. jangan dekat dengan mana mana lelaki ! kenapa kau masih tak faham !?"

"ar-areum minta maaf.." balas areum

"mulai hari ni, kau tak boleh keluar daripada rumah tanpa kebenaran aku. kalau tak, kau akan terima balasannya"

"awak bukan sesiapa nak kawal pergerakan saya. berhenti berlakon seperti awak ambil berat tentang saya !" balas areum

PANG !

memerah pipi areum pabila sebuah tamparann mendarat di pipi kananya, sejurus gadis itu terjatuh ke lantai dan menangis dengan perlahan

"dengar arahan aku kalau kau tak nak sakit. anak dalam perut kau tu anak aku, bukan jaemin"

tubuh areum didukung ala bridal style dan jaehyun membawanya masuk ke bilik. tubuh gadis itu dibaringkan diatas katil dan memaksanya tidur. areum yang diperhati jaehyun itu semakin tidak selesa untuk tidur

"jangan buka mata. tidur sekarang !"

first aid dicapai, jaehyun mengubati luka di bibir areum akibat tamparan kuatnya tadi. dia tahu gadis itu sedang ketakutan, dan dia akan merawatnya dengan perlahan dan lembut

"jangan menggigil, susah aku nak lap darah ni" ujar jaehyun

areum yang ketakutan itu tambahan lagi dengan cuaca yang sejuk. sebab itu la dia menggigil

"b-boleh areum pakai selimut ? areum...areum sejuk" pinta areum

jaehyun berdehem, lantas areum menarik selimut dan memejamkan mata sehingga dirinya terlelap

"aku masih keliru. sama ada aku sayangkan kau atau tidak. tetapi ego aku tidak membenarkannya. maaf kan appa ya jaereum ?"

"aku mahu memilik diri kau. tapi aku tahu, kau takkan terima aku ..."

TBC

✔DADDY RULES- [JAEYONG]Where stories live. Discover now