2 ▪⚠

2.5K 179 23
                                    

selepas merehatkan tubuh dan menyegarkan mata, areum turun dari tangga untuk menjamu makan malam yang dimasak oleh pembantu dapur. mujur semua pembantu rumah tidak lari meninggalkan dirinya seperti yang lain

"jemput makan cik muda" pelawa maid lingkungan 50an itu

areum menikmati makanan itu dengan berselera dan tetap berfikir berkenaan keluarganya. umur baru mencecah 18 sudah kehilang keluarga yang tersayang dan terpaksa berdikari itu bukanlah perkara yang senang. sememangnya areum bersyukur dia masih mempunyai jeno

suapan terakhir disuap, tisu diambil dan mengelap mulutnya dengan sopan. air diteguk perlahan dan gadis itu bangun menuju ke halaman rumah. langit malam ini boleh memberi ketenagan padanya

"kalaulah appa masih ada dengan areum, areum janji akan jadi anak yang baik"

areum tersenyum pada langit. gadis itu sedar bahawa cecair pada matanya sudah keluar. dia betul betul rindu pada keluarganya dan areum juga sedar bahawa dia gagal menjadi anak yang baik dan menurut kata orang tuanya

telefon bimbit dikeluarkan dari poket pyjamas, gadis itu membaca text daripada jeno

JENO💗

|dah makan ?

|jangan tidur lewat, esok saya tunggu awak depan rumah

8pm
read

ye, saya tahu|

goodnight, jumpa esok💗|

8.01pm
read

aplikasi line ditutup, nampaknya hari makin gelap, areum masuk ke dalam dan mengunci pintu untuk tidur. takut juga dia kalau kalau terbangun lewat esok pagi. jeno pula yang marah nanti

baru saja gadis itu menjejakkan kaki naik ke tangga, telinganya menangkap suara pagar utama dibuka dan kedengaran juga banyak kereta memasuki halaman rumahnya. gadis itu cuba untuk tidak mengeluarkan bunyi dan mengendap di tinggap

"ra-ramainya.." ujar areum ketakutan

terlihat dua orang lelaki keluar dari kereta dengan gaya yang hebat. pistol di tangan tidak lekang dan itu membuatkan peluh di wajah areum tidak henti keluar. tangan yang mula menggigil.

"perompak, call polis !"

areum mengarahkan pembantu dapurnya untuk menghubungi polis dengan segera, telefon rumah segera dicapai, dan mendail number pihak berkuasa.

BANG !

darah yang keluar tidak henti di kawasan kepala membuatkan areum menjerit dengan kuat. pembantu rumahnya jatuh tidak menyedarkan diri selepas ditembak oleh salah seorang lelaki tadi. bertubuh tegap, kulit yang putih menyapa penglihatan areum

areum segera menghampir pembantunya dan cuba mendail number telefon polis, tidak sempat mendail, telefon dirampas dan dibaling sehingga hancur. gadis itu menggigil ketakutan dalam keadaan melutut

"to-tolong, tolong jangan apa apakan areum. per-pergi dari sini" pintar areum

lelaki itu menunduk cangkung di hadapan areum dan menarik dagu areum dengan kasar untuk melihat wajahnya. wajah areum yang penuh dengan tangisan ketakutan dan darah pembantunya tadi

✔DADDY RULES- [JAEYONG]Where stories live. Discover now