17⚠

1.2K 129 14
                                    

kereta diberhentikan di hadapan rumah joy. lelaki bernama na jaemin itu setia menunggu diluar untuk melihat gadisnya itu. tidak tenang rasanya bila tak nampak areum satu hari

number areum tidak henti didail. mengharapkan gadis itu menjawab panggilannya dan keluar untuk mendengar penjelasan jaemin. namun, sampai sekarang areum tidak memberi apa apa respon

"jebal areum. angkat call aku. sekali saja..."

"number yang anda dail tidak dapat-tut..."

lelaki itu mengeluh perlahan, wajahnya diraut kasar. rumah joy ditenung lama. dia masih mahu menunggu areum keluar

"kau tak nak jumpa dia ke areum ? lama dia tunggu dekat bawah tu" soal joy

gadis itu hanya menggeleng

"biarlah. aku nak rehat."

"dengarlah penjelasan dia. mungkin ini semua salah faham saja"

areum melihat tubuh jaemin dari atas. tenang bila melihat jaemin tapi hati gadis itu masih marah akan hal yang terjadi tadi

egonya diturunkan, langkah disusun keluar dari rumah untuk berjumpa dengan jaemin. lelaki itu menoleh pabila terdengar bunyi pintu dibuka, segera tubuh areum dipeluk

"areum..."

gadis itu hanya membiarkan dan tidak membalas pelukan jaemin. tangan gadis itu ditarik lembut oleh jaemin untuk masuk ke perut kereta. langkah mereka terhenti pabila areum menarik tangannya kembali

"kau nak bawa aku pergi mana ?" soal areum

"kita pergi tempat biasa. mini mart"

"untuk apa kita nak pergi sana ? cakap saja disini. aku nak rehat" balas areum

jaemin tersenyum lemah. dia tahu gadis ini masih marah padanya. pelukan hangat menyapa tubuh areum, rambut gadis itu diusap perlahan demi perlahan

"sayang, maafkan aku ya. aku buat ini bersebab, kau tahu kan aku cintakan kau" ujar jaemin lembut

areum hanya diam, suara jaemin yang lembut itu mampu mencairkan hatinya yang sedang marah tetapi dia masih tidak mahu bercakap banyak dengan jaemin. kerana areum terlalu benci pada yeri

"kau dah makan ke belum. kalau belum, jom aku-"

"aku dah makan" balas areum


"kau marah kan aku lagi ya ? okay okay, biar aku jelaskan apa yang terjadi. tapi sebelum tu, masuklah dulu. kita cerita dalam kereta. okay ?"

areum masuk ke perut kereta dan menutup pintu dengan kuat. tangannya disilang di dada menunggu penjelasan dari jaemin. dia tidak suka menunggu lama.

"sebenarnya, kebetulan saja aku tumpangkan yeri tadi. kereta dia rosak dekat tepi jalan, jadi aku cuma nak tolong dia"

ahh na jaemin tipu lagi. beritahu saja yang ini rancangan jeno. jeno yang menyuruhnya menjauhi areum, jadi ini saja caranya untuk menjauhi areum. terpaksa jaemin membawa yeri bersama untuk membuat areun cemburu

tangan areum dicapai. wajah gadia itu diperhati dalam. jaemin tersenyum manis melihat wajah areum yang tiada senyumnya itu

"maafkan aku ya. aku cuma nak tolong yeri.."


"tipu. kenapa kau tak call saja jeno untuk tolong yeri ? kenapa kau yang nak tolong dia ? kalau kau ada perasaan dengan yeri, cakap saja. tiada siapa yang akan marah." ujar areum

✔DADDY RULES- [JAEYONG]Where stories live. Discover now