11 ▪ ⚠

1.4K 160 52
                                    

3 MINGGU KEMUDIAN...

gadis bernama kim areum itu berjaya temui kerja yang sesuai untuk dirinya. cafe terdekat menjadi pilihan bekerja untuk menampung kehidupan baharu, tanpa ia sedar dia masih belum bebas daripada jaehyun

sebarang berita tentang jeno langsung tidak didengari, mungkin sudah bahagia dengan kehidupan lain. walaupun sudah putus, areum tidak pernah lupa semua kenangannya bersama jeno. lelaki yang terlihat gembira di setiap waktu

"latte dan hot chocholate dua. mahu tambah apa apa lagi ?"

"tidak, itu saja"

minggu ini merupakan minggu ke tiga gadis itu menjadi pelayan cafe tanpa ada masalah apa pun. perut yang dah mula buncit diusap perlahan pabila terasa sedikit penat. sudah ada nyawa di dalam tubuhnya

lepas saja dihalau, areum mengalami muntah yang kerap, dan disah kan mengandung pada usia yang muda. tentu saja ayah kepada anak ini adalah jaehyun, tetapi gadis itu tekad takkan mengganggu atau menyusahkan sesiapa. dia mahu berusaha sendiri

"perhatikan setiap langkah dia. jangan sampai apa apa berlaku"

arahan didengari dari telefon bimbit canggih yang dipegang oleh seseorang. seseorang yang telah diupah untuk memerhatikan areum sejak gadis itu dihalau. seseorang yang selalu mengikut areum ke mana saja

"baik tuan jaehyun"

telefon dimatikan setelah areum datang menghampiri. dua cawan latte dan hot chocolate diletak rapi di atas meja pelanggang dan beredar untuk ke meja seterusnya

"harini anak mama nak makan apa ? mama beli saja okay ? barang dapur dekat rumah dah habis"

sudah menjadi rutin areum yang selalu berbual dengan bayinya dan bercerita tentang hari hari yang dia tempuhi. tidak berubah perangai manja areum seperti dulu

"harini mama balik awal, jadinya kita boleh rehat awal sikit. tunggu ya ?"

areum mengusap perutnya yang terlihat buncit dan tersenyum. sejenak dia terasa seseorang mengusap perutnya dengan lembut dan turut tersenyum. kepalanya diusap perlahan

"kalau kau nak balik awal, balik lah. aku cover kau."

"tak apalah joy, aku boleh buat"

"tak apa, balik je. aku boleh buat. aku kan boss"

areum hanya ketawa halus dengan rakannya yang juga pemilik cafe mini ini. mereka berjumpa di klinik kesihatan saat joy mengedarkan kertas jawatan kosong pada areum dua minggu lepas. dan sekarang, mereka berkawan baik

beg dicapai, loker pekerja dikunci rapi. areum bertolak menuju ke pasaraya murah untuk membeli makanan segera dan bahan mentah untuk mengisi ruangan kosong di dapur rumahnya itu. dia perlu berjimat kerana dia tidak sekaya dahulu

dua tin sardin, satu papan telur, susu pekat, milo, garam dan gula dicapai. hanya itu saja yang dia perlu. mujurlah dia tidak mengidam pelbagai makanan yang mahal, kalau mengidam pun dia akan cuba menahannya sehinga hari gaji

tanpa ia sedar satu pasang mata di dalam kereta sedang memerhatinya dengan tajam.
sudah menjadi rutin jaehyun mengintip areum seperti ini. dia cuma mahu tahubagaimana keadaan gadis itu setelah apa yang berlaku

keluar saja areum di pasaraya itu, wajahnya sedikit berkerut pabila barangannya berat. sudahlah jalan kaki, mahu taknya penat dan lenguh tangan seorang ibu mengandung, tetapi areum tidak cepat mengalah. dia teruskan perjalanannya

"hari ini mama masak sajalah di rumah. barang barang pun dah beli. mama rasa penat semacam saja hari ni." rungut areum pada bayinya

"esok mama cuti, jadinya mama nak cari baju untuk awak. senang sikit kalau mama dah lahirkan awak nanti. takla kalang kabut kan"

✔DADDY RULES- [JAEYONG]Where stories live. Discover now