14 ▪ ⚠

1.3K 128 34
                                    

"jaehyun, saya keluar dulu ya ? nak pergi kerja"

areum yang berdiri berhadapan dengan jaehyun itu sudah siap untuk bertolak pergi ke tempat kerjanya, tetapi lelaki dihadapannya ini masih ralit mengetik sesuatu di computer miliknya

kata kata areum hanya diendahkan dan membuatkan gadis itu mengeluh perlahan. langkah mula diorak, tangan gadis itu digenggan lembut. lantas areum melihat jaehyun yang berdiri di sebelahnya

"jom, aku hantar.."

tangan areum yang digenggam itu ditolak perlahan oleh areum. gadis itu menjauhkan dirinya satu langkah

"tak apa, saya boleh pergi sendiri. awak teruskan lah kerja awak"

"biar aku hantar. kalau jadi apa apa nanti, siapa yang susah ?" ujar jaehyun

"tak apa, jaem- maksud saya, saya boleh jaga diri sendiri"

wajah lelaki itu bertukar menjadi serious. mata areum ditenung tajam membuatkan gadis itu lari untuk bertentangan mata dengannya. bahu areum dipegang

"jangan degil."

"tak apa, saya-"

"diam atau aku cium" mata jaehyun turun pada bibir merah areum

lantas areum menunduk menahan malu dengan ugutan jaehyun. lengan gadis itu ditarik untuk masuk ke dalam perut kereta dan mereka bertolak ke cafe joy. perjalanan yang sunyi hanya terdengar radio yang memutarkan lagu moden

sesampai di cafe, lengan areum ditahan untuk keluar membuatkan gadis itu melihat ke arah jaehyun. wajah jaehyun ditatap

"ingat amaran aku. jangan dekat dengan mana mana lelaki. terutama, na jaemin. faham ?" ujar jaehyun dengan tone suara yang menyeramkan

"fa-faham..."

"aku akan perhatikan kau dari luar, jaga batas kau dengan mana mana lelaki. pergi"

lantas areum keluar dan melihat sejenak jaehyun di dalam kereta. betul, jaehyun tidak pergi malah lelaki itu betul betul akan memerhatikannya membuat kerja dari dalam cafe. tak selesa...

"areum , nanti kita lunch sama sama nak ? ada restoren baru bukak dekat seberang jalan sana" ujar joy

"maaf joy, lunch ni aku dah janji dengan jaemin nak makan sama sama"

"ahh its okay. aku taknak kacau pasangan sejoli ni. haha"

areum hanya tertawa dan berfikir bagaimana mahu lari daripada jaehyun untuk makan bersama jaemin. sejenak gadis itu tersentak pabila pelanggan datang untuk memesan makanan

"order ?" soal areum

"satu cheese cakes dan satu latte"

tangan dihulur untuk mengambil duit, tubuh areum terkelu melihat pelanggan yang mengisi kekosongan cafe joy. mereka berpandangan mata macam tiada hari esok. lantas areum hentikan lamunan dan sedia memberi baki duit

"areum..."

"sila tunggu giliran encik"

areum lari ke dapur dan mengambil nafas yang dalam. tidak sangka mereka akan bertemu disini. di cafe ini, dan pada waktu ini. lee jeno datang kembali

secawan latte dan cake dihantar pada jeno di meja hujung tingkap. mata lelaki itu tidak lekang melihat kekasihnya yang lama dia mencari setelah koma dari kemalangan yang teruk. diperhati semua gerak gerinya dan pantas menahan tangan areum

✔DADDY RULES- [JAEYONG]Where stories live. Discover now