Nanti..

899 15 2
                                    

Nanti,
Andai ummi tiada lagi,
Jangan lupa solat tiang agama.
Ummi tiada dah nak paksa paksa..
Bisu sudah ummi tiada leteran.

Nanti,
Andai ummi tiada lagi,
Ngaji lah usai maghrib,
Biar pun selembar sehari,
Jangan lupa sedekah kat ummi,
Biar bercahaya rumah ummi nanti.

Nanti,
Andai ummi tiada lagi,
Ingat ingat pesan ummi,
Biarpun rumah kecik,
Tapi bersih sejuk hati.

Nanti,
Andai ummi tiada lagi,
Jangan lupa kekayaan bukan paksi kebahagiaan,
Kita hendak kaya supaya kita boleh tolong orang lain juga.

Nanti,
Andai ummi tiada lagi,
Rebutlah peluang kebaikan,
Kerana nyawa bukan abadi,
Akhirat lah kita kekal di sana nanti.





Shhh...Rahsia.Where stories live. Discover now