Vaksin Nation

854 14 4
                                    

Pelik betul penyakit kali ini,
Datangnya misteri,
Sakitnya tak diketahui,
Maut datang tanpa nanti,
Sesak nafas, jantung terus terhenti.

Isteri kelu,
Suami termangu-mangu,
Anak yatim piatu,
Sekelip mata tanpa tahu.

Satu dunia berhenti bekerja,
Senyap sunyi sepi bungkam sahaja,
Keluar rumah penuh wasangka,
Tempat ramai orang itu tempat bahaya.

Pelitup muka semakin berharga,
Pembasmi kuman semakin naik harga,
Pengambil kesempatan berleluasa,
Penunggang-penunggang beraja.

Harga makanan melambung,
Orang politik bersabung,
Orang biasa berkabung.

Tutup semua,
Masjid tutup,
Sekolah tutup,
Bank tutup,
Pejabat tutup.

Tetapi,
Pusat beli belah ada bukak ada tutup.
Kilang ada bukak ada tutup.

Pelik.
Pelik.
Penyakit pelik. Orang jadi pelik.

Sekali nampak sketsa orang orang kayangan.
Double standard terang terangan.
Orang biasa biasa di saman.
Orang kayangan ?

Orang bagi bantuan ada yang tidak suka,
Siap sampai hujung tempat orang sana,
Siap buat press conference segala,
Wahhh,bersatu semua agamawan kita.
Kami ada bukkkkti!
Kami ada audit!!!
Laungnya.

Aku tak dengar dorang bersuara.
Tatkala agama diinjak.
Dicemar.
Tatkala hak orang Islam dijual sewenangnya.
Masa itu dimanakah mereka?

Orang solat jemaah digari dirantaikan,
Pakcik pakcik tua solat rapat disaman,
Suami hilang isteri diambil tindakan,
Anak hilang ibu sikit pun tak rasa kesian,
Terlebih jemaah solat, satu orang pun sanggup ditolak keluar dari kawasan,


"Saya ada tugas perlu dijalankan" ,

Pemakan rasuah di simpan,
Penipu scam dilepaskan,
Penipu rakyat masih diagongkan.

Siapa tak sekepala,
Pung pang pung pang,
Dipijak sampai senyap.
Lepas tu mereka hilang bak buih di lautan.

Hari ini vaksin datang,
Ditunggu tunggu,
Diiring rapi,
Disambut siap selfie.

Hei semua! Saya dah divaksinasi!
Tak vaksin tak boleh kerja nantiii..
Tak vaksin jangan datang hampiri. kami,
Bodoh semua orang antivaksin ni.

Terkejut .
Orang tolak satu vaksin yang ini, pakat label semua antivaksin.
Patut dipulau,
Patut dibunuh,
Patut dicerca walau itu ahli keluarganya?
Lupa terus itu saudara seislamnya.

Hebat.
Hebat.
Tidak perlu tunggu dajal datang.
Kita akan tahu suasananya nanti bagaimana.

Ini bukan marah sebab sama prinsip.
Aku hormat pilihan mereka,
Aku cuma sebab vaksin,
Kau anggap kau kebal kah?
Kau tahukan tidak tapi kenapa kau anggap yang tidak vaksin itu bawa bencana?

Apa kau pasti vaksin itu bukan juga punca penyebabnya?
Apa memang vaksin itu satu sahaja jawapan pastinya?
Apa memang teori tersebar itu teori tanpa asas semata?

Makin ramai mati tanpa sebab pasti.
Pergi cucuk sihat, lepas tu tetiba tiada.
Masa itu baru kau kata ia takdir, sudah ajalnya.

Cuba yang mati tidak vaksin,
Wahh, semua kempen.. Kempen.. Kempen..

Macam lupa Allah itu kuasa,
Manusia itu debu,
Tiada apa kuasa juga.

Betul perkiraanku,
Ini memang penyakit paling pelik didunia.
Yang hitam itu putih,
Yang putih akan jadi hitam.

Ku kira mati kerana sakit ini lebih baik rasanya daripada mati jiwa kerana wahan si buta.

Shhh...Rahsia.Where stories live. Discover now