suis hidup

1.1K 14 1
                                    

Bila usia dan masa mendaki tinggi.
Semacam ada suis dalam diri.
Yang aku boleh hidup dan mati.

Aku tak suka itu.
Aku matikan suis rasa.
Aku suka.
Aku kejar sampai berjaya.

Aku kadang letak perasaan nombor dua.
Tapi rasa perasaan tiada rasa pun masih perasaan juga.

Aku cakap terus terang sekarang.
Aku tak suka.Aku cakap Aku tak suka.
Aku rasa kata kata suami aku menyakitkan. Aku beritahu aku sudah malas nak layan.

Suami jadi takut pelik tengok perangai Aku.
Aku?
Aku gembira sahaja.
Aku dah tak peduli apa keliling kata.
Bukan mereka Yang Rasa apa Aku Rasa.

Yang mereka tahu hanya mengata sambil menghakimi sahaja.

Manusia sekarang ramai plastik. Menolong dengan harapan dipuji atau dibalas.

Apa nak buat..
Tapi kan lagi bagus bangga buat amal dari bangga buat dosa.

Aku tutup suis prasangka Aku. Aku hidupkan suis Aku bahagia.Walau aku sorang , aku tetap bahagia.

Dengan keluarga bahagia.
Dengan anak bahagia.
Dengan pokok sahaja pun bahagia.

Seronok aku dengan suis hidup aku. Sebab dalamnya hanya aku.

Shhh...Rahsia.Where stories live. Discover now