Bila Kita Mati...

467 7 2
                                    

Bila kita mati..
Rahsia yang tidak diketahui.
Gugurnya daun nama kita nanti,
Bila sampai janji.

Bila kita mati,
Bersediakah nanti,
Malaikat menjengah setiap hari,
Melihat roh bakal ditarik nanti,

Bila kita mati,
Bagaimanakah nanti,
Mati beramai atau seorang diri,
Terseksa atau diam diam pergi?

Bila kita mati,
Adakah kita tahu?
Adakah malaikat datang maklum dulu?

Beratkah hati hendak melangkah pergi?
Bagaimanakah nanti dengan mereka yang ditinggalkan nanti?
Kejamkah kita kalau rasa baiklah aku bawa dia bersama sekali..
Kerana ragu dengan penjaganya kelak nanti..

Berebutlah sekarang hendak menganti,
Segala qada, dosa dan hutang sendiri,
Setiap dosa yang ada tanpa sedari,
Setiap caci yang keluar dari bibir sendiri,
Setiap noda hitam yang merajai hati,
Setiap nafsu yang melilit diri,

Bila kita mati,
Amal saja bakal menanti,
Keluarga,
Anak,
Harta,
Teman,
Gelaran..
Semua tiada makna lagi.

Kerana mati itu pasti.

1.12.2021

Shhh...Rahsia.Where stories live. Discover now