Sorry for being late... author tak pernah mengikuti perkhemahan di dalam hutan... jadi ia memakan masa untuk author kaji balik novel-nivel yang pernah author baca dan terpaksa bertanyakan kepada kawan author. So enjoy your reading😉
________________________________
Carl memerhati kesibukan KL. Namun pemikiranya jauh melayang memikirkan perkara yang berlaku. Kehadiran badboy di Victoria Highschool, juga dengan keakraban mereka. Bagaikan ada sesuatu yang disorokan darinya. Namun apakah ia? Semuanya menjadi tanda tanya.
Chat nya bersama Qaisara dilihat kembali, ianya kelihatan sangat pelik. Tidak seperti kebiasaannya.
Saya dekat rumah ES.. yang lain balik rumah family diaorang.
Biasanya Qaisara juga akan turut pulang ke rumah mamanya, jika ES balik ke rumah family masing-masing. Ditanyakan pada ES, khabarnya Qaisara tidak hadir ke sekolah membuatkannya menjadi semakin pelik.
"What are you doing Qaisara? Did you hide something from me?" Lirihnya. Barang di atas meja office nya dilempar. Keadaan biliknya menjadi tidak terurus. Kepalanya dipicit, kepalanya sakit daripada tadi cuba mencari jawapan yang hanya Qaisara dapat menjawabnya.
Luke yang kebetulan lalu berhampiran bilik Carl mendengar bunyi yang bising daripada dalam, memasuki ruang pejabat dengan kekerutan didahi melihat keadaan bilik tersebut. 'Apa dah jadi ni~ haishh..' bagaikan ribut yang melanda, itulah yang dapat digambarkan.
"Bro, aku rasa kau patut balik. Kau perlukan rehat, serabut aku tengok kau ni. Lagi pun kalau kau terus macam ni kerja pun tak akan siap bro." Luke menepuk perlahan bahu Carl, lalu beredar dari situ. Tidak betah dia berlama di situ dengan keadaan yang tunggang-langgang.
Carl hanya memerhati pemergian Luke sehingga pintu bilik menjengah pandangannya. Rambutnya diselak ke belakang. Butang intercom ditekan. "Arif, batalkan semua appointment aku hari ni, aku nak balik rehat dan tak akan masuk office balik." Ujarnya kepada Arif selaku PA nya.
Tanpa menunggu balasan talian dimatikan. Malas dia mahu menunggu, lagi-lagi kepalanya tengah serabut. Barang yang penting diambil lalu pergi meninggalkan biliknya tanpa mengemas. Nanti pasti cleaner akan mengemaskan biliknya.
*****
"Carl tak syak apa-apa ke?" Serentak Qaisara memandang Azrrel yang duduk disebelahnya. Dia tidak menjawab pertanyaan tersebut, sebalinya memerhatikan bintang di langit.
Azrrel memerhatikan tingkah laku Qaisara. Perangai mereka sama, dibesarkan sama-sama sebab itu mereka sangat sayangkan Qaisara. Mereka berempat bagaikan adik beradik. Namun sayangnya kebahagian Qaisara hanyalah sementara.
"Asal tak tidur lagi? Esok kita dah flight balik KL pagi. Nanti lambat bangun tertinggal flight, kita dah kena gerak pergi kem esok." Kakinya menendang air kolam sambil mata asyik memerhatikan bintang.
"Hurmm~ aku tak boleh tidur..." Qaisara tersenyum. Padat dan ringkas itulah Azrrel dan Qaisara. Mereka berdua bagaikan kembar tidak seiras.
"Ouhh, ya. Abang kau ada hantar beberapa orang untuk kawal kawasan perkhemahan tu." Terangkat keningnya. Nampanya apa yang menganggu fikirannya bakal terjadi.
"Tak kantoi ke? I think Carl will send his team too." Azrrel tersenyum sinis. Bukan mudah untuk DK mengetahui kehadiran mereka.
"Aah.. I see, he send the hunter to guarding around the camp. Tapi orang yang DK hantar jaga tu hanya perhati dari jauh. They will not expect that has a some group guarding too.. am I right." Senyuman sinis terukir. BE memang sangat licik. Azrrel tersenyum tipis.
Hunter berada di tempat yang tinggi dan tiada siapa yang akan perasan kehadiran mereka. Disebabkan mereka mengetahui Carl juga pasti menghantar orang-orangnya jadi, mereka membuat keputusan untuk menghantar hunter bagi mengawal kawasan kem. Sudah pasti tiada siapa yang akan terfikir untuk menghantar tentangnya😏.
"Jom, masuk tidur dah pukul 3 pagi. Esok nak flight lagi nanti lewat pulak." Azrrel hanya diam memerhati Qaisara berlalu masuk.
'She will know, what she wants. Still same.' Senyuman tipis terlakar dibibirnya. Dia memandang sekeliling kawasan mansion tersebut sebelum berlalu masuk.
*****
Keadaan Victoria Highschool sedik hura-hara. Ada segelintir daripada mereka tidak suka dengan sport check yang dilakukan. Para pengawas sedang menjalankan tugas mereka bagi mengaturkan para pelajar tingkatan 5. ES dari tadi menantikan kedatangan Qaisara.
"Kash, asal korang tak datang sekolah? 4 hari pulak tu, sama macam Qaisara." ES yang berada berhampiran badboy juga tertanya.
"Eeh.. Ryan. Kitaorang ada hal family maklumlah kamikan cousin..." Ryan mula mencurigai badboy. Dia merenung Kashrey.
"So... sorry, aku lambat jem tadi. Korang dah buat sport check ke?" Ujar Qaisara sedikit tidak teratur, cuba menstabilkan pernafasannya.
"Dah, diaorang nak naik bas dah tu. jomlah naik." ES, TP dan badboy mula menaiki bas, beg mereka telah dimasukan. Dilupakan keraguan mereka sebentar tadi.
Dalam perjalanan Qaisara hanya melelapkan mata sambil mendengar lagu. Akibat tidur lewat semalam dan terpaksa mengejar masa untuk flight ke KL. Sangat melelahkan. Dia sebenarnya sudah lama sampai bersama dengan badboy cuma lambat sedikit.
Dia tahu bahawa Aryan sudah mula syak sesuatu tentang mereka. Nampaknya dia tidak boleh sering bertemu dengan badboy lagi.
Setelah hampir setenggah jam perjalanan, mereka berhenti di RnR. Pelajar yang tidur mulai bangun. Qaisara yang masih nyenyak dibuai mimpi dikejut oleh Diana. Mereka turun bas bersama TP dan Badboy tidak ketinggalan juga turut serta Rayden bersama Ben. Qaisara hanya tersenyum sinis di belakang mereka. Dirinya dapat mengagak apa yang bakal berlaku nanti. Dia juga tahu nyawanya bakal terancam.
Mereka makan tengah hari bersama. Qaisara hanya mengendahkan mereka, namun matanya tidak lari daripada memerhatikan keadaan sekeliling. Kadangnya dia tersenyum sinis, apabila terlihat musuhnya.
Skip
Sampai sahaja mereka di tapak perkhemahan Hutan Lipur, mereka turun mengambil beg masing-masing. Terdapat juga sekolah lain yang turut serta perkhemahan tersebut, tersangatlah familiar. Qaisara bagaikan terpaku melihat pelajar sekolah lamanya berada di situ. ES dan TP mula menjalankan tugas mereka, mengaturkan para pelajar.
"Baik pelajar, sila diam dan beri tumpuan kepada para fasi untuk memberi taklimat terlebih dahulu." Tersentak Qaisara daripada lamunannya.
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat datang ke Camp Hutan Lipur. Nama saya Syarul boleh panggil abang Arul, sebelah abang Arul ni abang Arif, kak Zalikha, kak Amira dan abang Rizqi." Camp menjadi bising dengan siulan pelajar lelaki tak ketinggalan juga perempuan yang terjerit kecil.
Namun hanya Qaisara seorang yang sibuk melihat kawasan sekeliling camp. Matanya tidak sengaja bertentangan dengan ex nya. Sakit.
"Baik abang Arif bagi masa sejam untuk korang selesaikan apa yang patut. Dirikan khemah di kawasan lapang, 2 orang untuk khemah kecil manakala 4 orang untuk khemah besar. Yang lelaki cari kayu untuk hidupkan ungun api malam ni. Bahagikan masa untuk rehat, mesti korang penat duduk 4 jam dalam bas tadi dekat sini abang nak korang pandai berdisiplin. Ingat kita berada di tempat orang bukan kita sahaja penghuni di muka bumi ni, jaga tingkah laku korang! Abang Arif tak nak benda buruk terjadi. Jangan sesekali menjadikannya sebuah gurauan!" Abang Arif memerhati satu persatu para pelajar dengan pandangan dingin. Qaisara hanya tersenyum sinis mendengar taklimat tersebut.
Mereka mulai bersurai untuk mendirikan khemah. Hanya Girls sahaja yang masih tidak melakukan apa-apa. Mereka hanya tahu mengedik. Qaisara mula muak dengan perangai mereka, menawarkan diri untuk mencari kayu ditemani Aryan.
Dalam diam Qaisara memerhati sekeliling apabila ternampak anak buahnya dia memberikan senyuman. Seperti yang dikatakan mereka tidak kelihatan oleh orang lain. Dia juga terserempak dengan ahli DK namun mereka hanya bersembunyi berdekatan semak samun. Nampaknya musuh mereka atau lebih tepat musuhnya tidak berada di situ lagi.
'Aah... I see~ that's what you think😏' senyuman sinis mula terukir dibibir Qaisara. Dia dapat mengagak corak permainan musuhnya. Makin mudah untuknya menghancurkan rancangan musuhnya.
YOU ARE READING
Darkness (ebook)
ActionStatus (Complete) Kisah seorang gadis menjadi mafia pada umur 17tahun kerana tidak diterima oleh spy agensi. Disebabkan dirinya yang terlalu taksub ingin menjadi mafia telah membawa dirinya dalam bahaya. silap langkah nyawanya melayang. **** Seoran...